Morning Jeju! eh KL 😝 maklumlah masih dalam mood honeymoon & mood anniversary 💓
Orang lain sibuk Covid19, sis masih sibuk menyiapkan tesis Jeju ni ... entah-entah sampai Covid19 pupus pun sis masih tak habis-habis dengan cerita Jeju 😍
Okay, hari ke 3 ni itinerary kami bertemakan angin sepoi-sepoi bahasa. Kami akan dibawa melawat laut dan pantai yang cantik di Pulau Jeju ni.
Dah hari ke 3, mata sista tetap tak memberi kerjasama lagi ... masih ber eyebag sekilo huhuhu ...tak tahulah sebab tak cukup tidur ke atau contact lens sis tu tak ngam ngan mata sis ke. Terpaksalah sista pakai cermin mata hitam je manjang ... takleh nak nunjuk mata kelabu sis lah pulak ... huhuhu ...
Tema #ootdwinter sis untuk hari ke 3 ialah Merah Merah Cintaku 💓
Patutnya winter coat yang Abang Kembong pakai tu sis yang punya. Sekali terbeli saiz besar maka jadi hakmilik dia ler gamaknya. Tema Abang Kembong haruslah merah jugak 😅
GIMNYEONG BEACH
Jeju terkenal dengan laut dan pantai yang cantik sangat. Salah satunya ialah Gimnyeong Beach yang terkenal dengan pasir putih dan batu lava hitam yang terbentuk cantik.
Sis syak dorang ni letak jaring atas pasir tu sebab takut pasir terbang-terbang kot 😊
Sis teruja dengan air laut yang cantik giler
Taknak balik pleaseeee ...
Nampak tenang kan? Sejuk benarnya weiii ...
Tudiaaa Abang-Abang maneh possing ...
💖💖💖
Macam tak percaya dapat travel berdua dengan laki 😉
Dapat pulak geng travel yang sama kepala... memang ngamlah...
Saranghae 💕
Hot Couple 😍
Satu lagi laut dan pantai yang cantik di Jeju iaitu Woljeong-Ri Beach. Kalau korang dok tengok orang dok amik gambar kat kerusi coloufull tu....haaaaa kat sinilah. Tak jauh pun dari Gimnyeong Beach. Kat sini jugaklah banyak cafe-cafe yang hipster tapi tak sempat sis nak menyinggah beb. Baru amik pic yang ke 699 dah kena panggil masuk bas 😜
Kat sini memang tak nampaklah manusia-manusia tersadai berjemur...
Sotong adalah tengah berjemur 😅
Nak tunggu scene depan tu kosong tanpa manusia punyalah lama menunggu beb!
Disebabkan pantai ni sangat cantik, tak kisahlah kena tunggu lama ...
Peace yo!
P/S :
Tips pakaian musim sejuk di tepi pantai. Korang wajib pakai tebal-tebal dan berlapis sebab sejuk yaamat! Nampak macam tak kan bila dalam gambar, tapi angin tepi laut tu tak boleh bawak bincang gaissss.
Tips kedua, orang perempuan tolong jangan pakai tudung flip flip sangat (macam sis) sebab nanti murung sehari ... huhuhu
Tips ketiga, walaupun sejuk nakmatik korang wajib pakai sunblock tau. Nanti silap haribulan terbakar pulak muka korang.
No comments:
Post a Comment