25 November 2014

KENDURI BERKHATAN QAYYUM

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Illahi. Majlis Berkhatan Firhan Qayyumberakhir dengan sempurna walaupun banyak drama berlaku. Biasalah anak bujang aku nan seorang tu. Banyak ragam. Banyak kerenah. Banyak songeh. Apa yang paling ditakuti…takut dia tak mahu naik pelamin je..
Mesti ramai tertanya-tanya…pehal pulak anak aku yang baru 10 tahun tu dah naik pelamin kan?hehehehehehe…..
Memang tradisi keluarga #ibclan. Bila nak sunat je buat kenduri sikit pastu bersanding macam nak kawin. Tapi tak semua yang buat. Aku buat cuma ingin kekalkan tradisi. Saja seronok-seronok. Dulu punya lagi best kot…budak-budak siap kena julang lagi….hehehehehe….


permulaan majlis dimulakan dengan kumpulan marhaban mak aku….
Kumpulan Muslimah Paya Jaras. Semua geng mak aku nie….wajib kena panggil…sebabkan kesibukan diorang jugaklah, aku terpaksa adjust cepatkan masa nak buat kenduri ni.



Ketibaan Pengantin Cilik. Sebelum ni dah banyak drama berlaku. Dengan Qayyum buat perangai…taknak pakai sampinlah…puaslah pujuk nanti tengok wayanglah….Nasib baik jugak pengantin perempuan tu tak banyak ragam…excited lagi adalah….



Masing-masing tengah malu…wakakakakakaka….sib baik ada kompang dari Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni..kalau takde…lagilah haru biru…


Dah macam kahwin paksa bebudak nie….sorang ke hulu…sorang ke hilir…puas adjust….hehehehe….


Giler comel semuanya kesayangan mamalong nie……teringat zaman kecik-kecik dulu…bila ada orang kahwin kat rumah arwah nenek…mesti kami sepupu sepapat pun sibuk main kahwin-kahwin….:)


Tengok anak aku…dah mula buat muka tak puas hati…..


Ramai yang kagum dengan nilai kerapatan keluarga #IBClans. Memang antara kami makcik, pakcik dan sepupu sangat rapat. Tipulah kalau aku kata kami tak pernah gadoh. Selalu sangat gadoh. Dari kecik sampai ke besar. Tapi itu semua rencah pahit manis nilai sebuah ikatan persaudaraan. Semua itu mematangkan kami. Membuat kami lebih rapat dan merasai pahit maung kehidupan. Prinsip #IBClans, kalau masuk keluarga #IBClans…kenalah ikut cara kami yang gila-gila remaja ni. Kalau tak suka dengan cara kami, belajar-belajarlah suka.  








 Dua-dua kawan baik aku dari sekolah rendah lagi.  


 Kawan sekelas 5A2 di Sekolah Menengah Bukit Gading. Terima kasih Kak Sal dan Mona sudi datang


Terima kasih Kak Effa dan Kak Wani sudi datang. Persahabatan dengan Kak Effa pun sudah terjalin lamanya. Sayang akak berdua 🙂





 Terima kasih Abang (Fazli), Fita, Salina, Mona, Lily, Ajim & Iwan sudi datang. Tak sangka yang dulu tak rapat tapi sekarang makin rapat. Terima kasih korang. Paling terharu Iwan. Sanggup tahan sakit semata-mata nak datang kenduri aku. Esoknya terus Iwan kena tahan sebab buasir. Sayang korang ketat-ketat 🙂


Tak sangka Kak Yon sudi datang rumah Alin. Mak Alin sukalah tu ada kawan baru…hehehehehe….


Terima kasih buat saudara mara, ipar duai, jiran tetangga dan sahabat handai kerana sudi datang ke Majlis Berkhatan Firhan Qayyum. Pada yang tidak dijemput, maafkan saya kerana kekurangan bajet 🙂 Ada rezeki bertemu lagi.
Tajaan :-
Makeup Artist : Azie Maziah dari Ratu Mahligai Eksklusif
Photobooth & Candy Buffet : Ratu Mahligai Eksklusif

13 August 2014

HARI RAYA AIDILFITRI 2014 (Part 2)

RAYA BERSAMA GENG SEKOLAH

Bukan senang nak berkumpul dengan kengkawan sekolah ni. Tak semua sporting.

Tapi bila dah berkumpul, meriahnya lenmacam.



Baraan raya ke rumah Azim. Meriah ramai yang join.





Baraan Raya rumah Fita


Baraan Rumah Lily



Terima kasih korang sudi beraya ke teratak aku. Panjang umur tahun depan jumpa lagi.

7 August 2014

HARI RAYA AIDILFITRI 2014 (Part 1)

Salam Aidilfitri.

Selesai sudah ibadah puasa kita selama sebulan.

Raya jika tiada baraan memang tidak meriah. Setakat ni, orang kampung aku masih mengamalkan amalan baraan raya yang dibuat pada malam raya. Orang kampung akan datang bertakbir dari rumah ke rumah.


Panjangkan umur-umur pakcik ni agar tahun depan boleh baraan bersama lagi


Tiap kali baraan raya mesti Abah sediakan buah anggur


Gambar keluarga kecilku.












Tahun ni tema baju raya kami #emeraldgreen.

30 April 2014

Appoinment PPUM 2014

"hiduplah arjuna beta, biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada, takkan engkau tercela”
Aku…kalau becerita tentang anak keduaku, Firhan Qayyum memang akan agak emosional sikit. Sambil taip sambil tahan air mata keluar. Maafkan akak ye jika korang rasa terkesan macam akak 🙂
Semalam aku ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk temujanji Firhan Qayyum yang kini setahun sekali.
PPUM kini banyak yang berubah. Banyak renovation. Banyak tempat baru. Banyak  buat orang berjalan.
Tempat x-tray yang selalunya di Aras 2, Menara Utama telah beralih ke Aras 5, Menara Selatan iaitu bangunan baru. Pada siapa yang tidak biasa dengan PPUM ni mesti akan pening kepala kot. Walaupun PPUM ni tempat main-main aku masa kecik aku masih kepala kot. Berbelit-belit jalannya. Masih banyak renovation yang belum siap. Tu pasal macam kelam kabut. Dari Aras 5, Menara Selatan kami menuju ke Klinik Ortopedik pulak di Aras 2, Menara Utama.
Sepanjang berada di Klinik Ortopedik, bermacam-macam jenis pesakit korang akan lihat. Untuk pengetahuan, hari selasa adalah hari klinik ortopedik buat kanak-kanak. Memanglah aku tak sanggup menatap wajah anak-anak kecil yang menanggung penderitaan tu. Tapi kekadang aku curi pandang jugak nasib anak-anak kecik ni. Bukan pandangan sinis tapi pandangan sayu bercampur bahagia. Aku kagum dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Sanggup korbankan segalanya demi anak. Terkenang nasib arjunaku, masih ramai yang lebih teruk dari arjunaku rupanya. Ya. Itu selalu menjadi kekuatan buatku.
Kali ini, doktor pakar ortopedik adalah Prof. Dr. Sim. Memang dia sedia maklum dengan kes Qayyum. Katanya, jarang terdapat kes kehilangan tulang ankle seperti kes anakku. Itu membuat aku menjadi risau. Tapi itu kata doktor. Doktor bukan Tuhan (nak sedapkan hati).
Prof. Dr. Sim buat regangan sikit kat kaki kanan Qayyum. Semua ok katanya. Jalan pun ok. Cuma katanya, kaki kanannya pendek sedikit dari kaki kirinya. Memang dari awal rawatan, pakar ortopedik mengatakan bahawa kes Qayyum mungkin akan ada kekurangan sedikit pada kaki kanannya. Mungkin akan kecil sedikit dari kaki kanan. Mungkin akan pendek sedikit dari kaki kanannya. Mungkin.
Aku tak dapat baca isi hati anakku Qayyum sebab dia pandai menyembunyikan perasaannya. Tapi dari senyumannya…dari sengihnya…aku tahu…dia mula faham dengan kekurangan yang bakal dialaminya. Hati aku? Bagai dirobek-robek melihat wajah manis arjunaku itu. Suamiku bijak menyembunyikan perasaannya tapi aku tidak.
Aku tak dapat bayangkan apabila dia mulai besar. Korang fahamkan apa yang aku rasa. Kalau korang mempunyai kekurangan diri, mesti korang akan rasa down. Ya! Tuhan. Aku berharap agar aku diberi kekuatan untuk melawan segala prasangka burukku.
Suami aku selalu cakap, kita kena pandai main peranan. Itu dia yang cool tapi aku yang selalu terkesan memang tak pandai sembunyikan perasaan sedih. Cuba korang bayangkan, anak yang dikandung 9 bulan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Usia baru menginjak 6 tahun dia sudah menghadapi saat getir perit dalam hidupnya.
Aku juga kerap memikirkan masa depannya kelak. Perasaan dia. Hati dia. Semuanya tentang dia. Aku bimbang sekali jika dia merasa kekurangan dirinya kelak. Aku jadi takut. Aku tak mahu dia jadi rendah diri.
Ya! Allah. Aku sepatutnya bersyukur kerana anak aku masih bernyawa dan diizinkan berjalan. Mengapa aku selalu begini? Selalu mengeluh….sepatutnya aku kena bersyukur dan terus bersyukur….
Umumnya, di mata kasar kalian…anakku seperti kanak-kanak lain kan? Bermain. Tidur. Makan. Berjalan. Sekolah. Ye. Benar. Sebaliknya, anakku menanggung sesuatu yang sukar diluahkan dengan perasaan.
Takpelah sayang…walaupun kaki adik pendek sebelah ke…kecik sebelah ke…Pada mama tiada sedikit kekurangan adik buat Mama. Mama redha dik. Mama tahu adik kuat kan. Doa mama tak pernah putus buat adik. InsyaAllah.

13 March 2014

Kedai Makanan Halal di Ho Chi Minh

Mesti korang tertanya-tanya, sepanjang aku di Vietnam...tak pergi makan ke? Takkan makan maggi je kot sebab bos sponspor tiket & penginapan je?
Giler ko tak makan? Mesti abang-abang Long ni boleh pengsan maaa....
Saja je buat entri lain untuk Makanan Halal di Ho Chi Minh ni....banyak sikit entri nak tulis kan...hehehe...
Masa hari pertama kami sampai di Ho Chi Minh City, kami main ikut langkah kaki jek. Tak tengok map pun walaupun dah siap-siap print dari Malaysia. Dalam perjalanan dari hotel menuju ke Ben Thanh Market...kami jumpa satu kedai makan Halal iaitu Restoran Serai. Disebabkan tiada banyak pilihan kedai makan Halal di kawasan itu (tak nampak pun kedai makanan Halal) , kami masuk jek.
Gambar ini nak fokus wayar yang berselirat atau Restoran Serai?..huhuhu...
Dekorasi dalam Restoran Serai yang berlatar belakangkan Malaysia :)
Memang benar kata orang yang pernah ke Vietnam, makanan Halal di sana agak mahal. Mee Goreng je sudah berharga RM17 manakala air sedap-sedap pula berharga RM7-9. Tapi serius...mee goreng ni memang sangat sedap :) Dan paling best...portion memang untuk 2 orang makan. Banyak hokey! Berbaloi-baloi....
Lepas je kami habis makan, dapat whatsapp dari salah sorang kawan "Jangan makan Restoran Serai..sebab cekik darah". Blurpppp (~_~) dah kenyang pun. Sesekali makan makanan mahal....apasalahnyakan...hehehehehe...
Malam hari pertama tu pulak, kami gamble je cari kedai makan Halal lagi padahal dah print map kedai-kedai makanan Halal di Vietnam. Jalan punya jalan jumpa satu kedai makanan halal, Restoran Halal Saigon SeriPenang.
Kedatangan kami disambut oleh manager restoran halal tersebut. Dia mula ambil order makanan. Dalam hati aku berkata, pandai betul mamat Vietnam ni cakap Melayu. Tengok macam orang kita. Tanya punya tanya, rupa-rupanya orang Seremban, Negeri Sembilan. Orang Malaysia rupanya. Baru 6 bulan jadi manager di Restoran Halal Saigon Seri Penang. Namanya Muhd Syukri. Peramah dan baik sangat. Kami sampai pun dah agak lewat. Kebanyakkan menu dah habis. Kami makan apa yang ada je.
Dalam gambar tu ialah owner Restoran Halal Saigon SeriPenang, Datuk Helmy. Orang Malaysia jugak.
Makanan terkenal di Vietnam. Pho (tapi orang sana sebut Perghh :)) atau keow teow sup. Boleh tahanlah....
Kat depan Restoran Halal Saigon SeriPenang ada jual telekong lycra dan cotton. Kami semua pakat beli kat situ je. Telekong lycra yang terkini (ada renda) cuma RM33 je dan telekung sulam tangan RM58. Kakak yang jual tu pun fasih cakap Melayu.
Sambil membeli belah di lorong Restoran Halal Saigon SeriPenang, Syukri pelawa kami bergambar untuk menghiasi ruang facebook restoran tersebut. Balik je hotel, baru dapat tengok kat facebook Syukri dan Restoran Halal Saigon SeriPenang. Glamer kami ek :)
Terbaik!!! Terima kasih Syukri sebab layan kami macam di negara sendiri :)
Makanan apa yang sedap di Restoran Halal Saigon SeriPenang?
  1. Daging masak blackpepper. Serius...sangat sedap.
  2. Nasi Goreng Seafood.
  3. Kopi Ais.
Hari-hari berikutnya kami still mencari kedai makanan halal. Kami cuba mencari kedai Hajah Bashiroh. Malangnya, kedai makannya agak sempit dan tak muat untuk rombongan kami. Kemudian kami ternampak Restoran Melayu bersebelahan dengan kedai Hajah Bashiroh. Tanpa menoleh kanan dan kiri kami menonong masuk sebab tengahari itu kami hanya makan jajan ringan jek. Rupa-rupanya owner Restoran Melayu ini adalah sama dengan Restoran Halal Saigon SeriPenang.
Alhamdulillah...malam tu Aisyah yang belanje kami makan. Memang makanan di Restoran Melayu ni sedap sangat. Semuanya menepati selera kami :)
Kalau korang ke Ho Chi Minh, jangan lupa singgah Restoran Melayu. Air kedondong dorang memang terbaikkkkk :) 1 gelas cuma 45,000 VND. Kat Malaysia susah kot nak jumpa air kedondong ni. Air mangga dorang pun sangat sedap :)
Satey Ikan Vietnam memang terbaik. Sangat sedap beb.....
Nasi Goreng Seafood di Restoran Melayu ni memang mantap. Harga  nasi goreng ni 109,000 VND (RM17). Mahal kan? Tapi berbaloi dengan kesedapannya beb :)
Nampak macam tak sedap kan? Serius....ayam masak merah ni sangat sedap...
Restoran Melayu ini mempunyai 2 tingkat. Agak luas sikit dari Kedai Hajah Bashiroh.  Masih tak cukup korum.....takpelah janji kami kenyang.
Hari terakhir kami, kami singgah sekali lagi di Restoran Melayu. Tak puas makan malam sebelumnya..hehehehe...Kali ni kaum Hawa jek yang singgah sebab dah berpecah sementara.
Kopi Ais Vietnam yang memang sedap. Bagi akulah sedap sangat...kalau korang tak taulah...menyesal sebab tak beli kopi Vietnam...huhuhuhuhu....
Nasi Goreng Ayam Roasted Vietnam memang terbaik. Sedap giler kot :)
Aku di area Malaysian Street. Serius! Korang akan rasa seolah-olah berada di Malaysia sebab korang akan jumpa ramai orang Malaysia kat area sini. Memang haven giler kat area Malaysia Street ni. Ada banyak hotel, keda makan dan kedai shopping area situ. Next time kalau ada rezeki, bolehlah menginap hotel area Malaysia Street.
Makanan apa yang sedap di Restoran Melayu, Ho Chi Minh?
  1. Nasi Goreng Seafood. Sama sedap dengan cawangan Restoran Halal Saigon SeriPenang.
  2. Nasi Goreng Ayam Roasted.
  3. Kopi Ais.
  4. Air Kedondong.
  5. Ayam Masak Merah.
  6. Satey Ikan.
  7. Air Mangga.
Alamat : Restoran Halal Saigon SeriPenang, 29, Luu Van Lang St, Dist 1, HCMC, Vietnam.
(Kalau korang berada ditengah-tengah Ben Thanh Market (pintu depan bulatan yang ada kuda tu), Restoran Halal Saigon SriPenang ini akan berada disebelah kiri korang)
Alamat : Restoran Melayu, 31, Nguyen An Minh, Dist 1, HCMC, Vietnam
(Kalau korang berada ditengah-tengah Ben Thanh Market (pintu depan bulatan yang ada kuda tu), Restoran Halal Melayu ini akan berada disebelah kanan korang. Dekat dengan Malasyia Street, Hajah Bashiroh, Hotel An Tham)
Manager : Mohd Syukri
Tambahan : Harap maklum bahawa Syukri tidak lagi bekerja di Restoran Halal Saigon Seri Penang. Syukri telahpun menjadi Pengurus Kanan agensi pelancongan di Vietnam. Jika mahu melancong ke Ho Chi Minh tanpa rasa takut dan gerun, boleh contact Syukri [+84 934 056480]
p/s : Teruskan komen mengomen ek sampai akak terkesan tau :) InsyaAllah habis je bulan April nanti aku poskan souvenir buat yang comel lote tu tau 

12 March 2014

Hotel Best di Ho Chi Minh

Sebenarnya korang mempunyai banyak pilihan hotel dari yang murah hingga yang mahal. Macam kami, kami dah listkan beberapa hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat shopping. Biar bos yang tolong pilihkan. Akhirnya bos pilih Kingston Hotel.
Seminggu sebelum berangkat, bos kami dah booking melalui agoda.com. Terima kasih bos sebab taja hotel dan flight untuk kami. Belanja makan lagi.
Memang pada mulanya, bos kata nak taja tiket flight je...hotel dan transport sendiri-sendiri. Tapi agaknya dia rasa bersalah kot...langsung taja semuanya kecuali duit poket. Semoga bertambah murah rezeki bos :)
Kami tiba di Hotel Kingston lebih kurang jam 11.40 pagi waktu Vietnam (12.40 tengahari waktu Malaysia). Waktu di sana lambat sejam dari waktu Malaysia. Waktu check in adalah jam 2.00 petang waktu sana. Sementara menunggu bilik yang lain kosong, kami diberi satu bilik dahulu.
Satu malam penginapan di Hotel Kingston berharga RM151.00++ (Superior Twin Room)
Nasib baik penyambut tetamu hotel ni boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Tapi berkerut-kerut dahi nak memahaminya...hehehehe
Ada tv tapi bukanlah led ke lcd ke...ada mini peti ais dan peti besi juga disediakan :)
Bilik air kami ....
Bilik air orang lelaki di sebelah.... Bilik kami berdekatan je....maklumlah...kaum wanita ni selalunya penakut...
Nampak macam single je katil ni kan...tapi kalau orang kurus...boleh tidur 2 orang...hehehe.
Dan paling penting ada wifi dalam bilik. Memang suka sangat. Sesampai je terima whatsapp dar bos...tanya kami hotel okay ke tidak? Pengalaman hotel cikai di Beijing merisaukan bos kami...hehehehe...Memang sangat okay Hotel Kingston ni...
Kami berehat-rehat sebentar tapi kaum wanita memang tak boleh rehat lelamer...dah tak sabar nak melabur duit. Sebelum shopping, kami nak keluar cari makan dulu.......
Untuk pengetahuan korang, jika mahu ke Pasar Ben Thanh dari Hotel Kingston cuma 40 meter dan mengambil masa 5 minit je dengan berjalan kaki.
Tips : Sebenarnya ada banyak hotel lagi yang 2-3 minit dengan Pasar Ben Thanh tu. Antaranya Hotel An Tam, Hotel Saigon Pink 2, Hotel Hoang Long2, Hotel Gia Huy dan banyak lagi. Tak silap saya sepanjang hotel ini dikenali sebagai Malaysian Street sebab dah memang macam kat Malaysia jek. Kalau korang duduk area situ memang haven giler nak shopping. Asal beli je, hantar barang kat hotel...pastu turun sambung shopping lagi...
*bersambung....