12 May 2018

RESEPI GULAI AYAM NOXXA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...

Dah masak ke? Biasalah hari-hari minggu ni kadang kita malas nak masak kan ... tapi bagi yang bekerja ni ... hari cutilah nak tunjuk skill kan 😁

Harini Akak Kembang nak share Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Noxxa atau  Gulai Cili Padi Ayam Noxxa.


Bahan-bahan :-

Seekor ayam (dipotong kecil)
15-20 cili padi *
3 biji bawang besar *
1 inci kunyit hidup *
1 cawan santan pekat (kakak guna santan kotak)
5 biji kentang (potong 4)
1 helai daun kunyit
2 batang serai (dititik)
2 keping asam keping
1 cawan air
Garam secukup rasa

*bahan ini dikisar

Cara membuat :-

1. Masukkan ayam, bahan kisar dan 1 cawan air ke dalam inner periuk noxxa.
2. Tutup periuk dan laraskan tombol ke arah PRESSURE.
3. Tekan HIGH PRESSURE 6 minit dan ON.
4. Apabila periuk berbunyi tit-tit, laras tombol ke arah STEAM dan lepaskan wap tekanan. Tunggu sampai habis wap tekanan. Tekan butang OFF dan buka tudung periuk perlahan-lahan.
5. Masukkan kentang, tekan HIGH PRESSURE 2 minit dan ON. Ulang cara 4 jika telah berbunyi tit-tit.
5. Kemudian, tekan butang STIR FRY dan ON. Masukkan santan, daun kunyit, serai, asam keping dn garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih.
6. Apabila sudah mendidih, tekan butang OFF dan sedia untuk dihidang.

P/S : Kenapa saya letak kentang kemudian? Sebab kalau letak awal takut lembik sangat. 


Anggaran masa masa dalam 12 - 15 minit jer ... ni anggaran jer ... kalau korang tembel lambatlah ... hehehehe ... tapi memang mudah sangat sebab korang tak payah berdiri tepi dapur sambil kacau gulai (takut taik minyak). 

Berminat Pressure Cooker Noxxa?
Harga pasaran Periuk Noxxa ialah RM863. Kakak kasi diskaun RM820 jer.
Boleh ansuran sehingga 4 kali. Bayar ansuran pertama korang terus dapat barang. Suka tak?
Nak murah lagi? Boleh join ahli :)

Untuk detail boleh hubungi Akak Kembang

WHATSAPP 013 4235479 @ 013 3670079
DM Instagram : Amway Akak Kembang

No comments:

Post a Comment