30 March 2018

DALAM KENANGAN

Yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah. Siapalah kita untuk menidakkan. Sudah 35 hari arwah meninggalkan kami. 

Rupa-rupanya kenangan di Janda Baik adalah kenangan terakhir kami bersama arwah.

Permergiannya yang tidak disangka oleh waris-waris IB Clans. Ketika menerima perkhabaran duka itu, ada di antara kami menganggapnya cuma gurauan. Rupanya tidak. Ianya kenyataan yang pahit untuk ditelan oleh kami apatah lagi keluarga beliau.


Kenangan ketika Hari Keluarga pertama IB Clans di Jeram.



Hari Keluarga di Lumut. Banyak kenangan terpahat di hati ketika di sini.


Kenangan manis Hari Keluarga kali ke 3 di Kuantan.


Kenangan manis main masak-masak Shell Out bersama. Tak sangka arwah tunjuk bakat terpendam masa.


Kenangan terakhir di Janda Baik pada Disember 2017. Lepas balik Janda Baik kami tak jumpa lagi walaupun rumah dekat jer. Terhalang dek kekangan masa jer. Selalu berhubung dalam whatsapp jer. Itupun arwah selalu whatsapp tentang kematian. Masa tu kami tak anggap apa-apapun. Rupanya dari Hari Keluarga di Janda Baik lagi arwah dah tunjuk tanda yang dia akan pergi selamanya (menulis dalam sebak). Aku rasa ralat sangat masa ni sebab memandangkan aku tengah tak berapa sihat masa ni jadi tak berapa nak berborak dengan arwah. Patutlah malam tu dia beria-ia suruh semua beratur berkumpul untuk saling bermaafan. Sempat gak dia seloroh takkan raya jer baru nak mintak maaf. Ya Allah .... sebaknya bila dikenang-kenang.

Diberi nama Azhar Al Ansar tapi keluarga kami panggil Abang Hai. Jujurnya dulu kami tak rapat sangat tapi sejak 5-6 tahun kebelakangan ini kami sangat rapat. Abang Hai suka berkumpul reramai. Dialah yang jadi pengerusi IB Clans kami memandangkan dia menantu cucu sulung keluarga Ibrahim & Bibah.

Pemergiannya mengejutkan kami. Pemergiannya juga mengajar aku erti kebaikan.

Berbaiklah sesame insan walau ada insan yang tidak menyukai kita kerana kebaikan itulah yg akan dikenang ketika nyawa bepisah dari badan. Memang terasa sangat kehilangan dia ...

Ya! Allah. Engkau ampunkanlah segala dosa Abang Hai dan tempatkan beliau bersama-sama orang yang soleh. Jauhkanlah dari seksaan api neraka. Al  Fatihah. Amin.

P/S : Sehingga ke hari ini masih teringat-ingat kenangan manis bersama arwah. Buat Kaklong dan anak-anak, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

29 March 2018

RESEPI PUDING ROTI NOXXA

Assamualaikum & Salam Sejahtera ...

Dah lama kakak tak kongsi resepi kan? Kakak ni takdelah pandai masak sangat. Tapi sekarang kakak makin suka masak pulak sejak ada periuk ajaib :)

Harini kakak nak kongsi resepi rahsia masak cepat dengan periuk ajaib. Orang lain dah bertahun pakai, kakak baru nak pakai kan ... kekekeke ...


Bahan-Bahan Puding Roti yang sempoi sangat.

Sebelum ni kakak selalu buat Puding Roti guna oven jer (bakar). Sejak ada Periuk Ajaib Noxxa ni, lagi mudahlah keje kakak. Cuma on butang steam jer dah jadi Puding Roti. Lembut pulak tu.

RESEPI PUDING ROTI NOXXA

Bahan-bahan :-

8 keping roti (dipotong 4)
2 biji telor
1 tin susu cair
6 sudu makan gula
2 sudu makan butter
1 sudu kecil esen vanilla
Kismis (ikut suka)

Cara-cara :-
  1. Blender semua bahan kecuali roti dan kismis.
  2. Masukkan separuh bahan blender dalam inner periuk noxxa.
  3. Masukkan separuh roti. Kemudian kakak akan lenyek-lenyek sikit (ikut suka). Tabur sedikit kismis.
  4. Masukkan baki bahan blender dan baki roti serta kismis.
  5. Tekan butang Steam hingga 25. Tekan Onn.
  6. Nanti akan bunyi bib .. bib .. abaikan.
  7. Apabila telah 25. Tekan Off.
  8. Siap dihidang.
P/S : Thanks Mama Mus beli Periuk Noxxa ... pastu bagi resepi macam-macam lagi :)



Siap dah Puding Roti Noxxa 25 minit jer :)

Kakak jenis tak suka makan pudding roti bersama sos tapi kalu korang suka meh kakak sharekan. 

RESEPI SOS KASTARD 

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla

*Putar semua bahan sehingga likat. Siap!

Sapa yang dah ada Pressure Cooker Noxxa tu silalah guna weiii ... rugi tak guna. Senang hidup korang ... percayalah ....

Berminat Pressure Cooker Noxxa?
Ansuran sehingga 4 kali.
Bayar ansuran pertama terus dapat barang.
Untuk detail boleh hubungi Akak Kembang

WHATSAPP 013 4235479 @ 013 3670079
DM Instagram : Akak Kembang

26 March 2018

NAIK GENTING HIGHLANDS

Alang-alang Janda Baik bersebelahan jer dengan Genting Highlands, maka kami nak buat lawatan muhibbah ke Genting Premium Outlet (GPO).

Perjalanan dari Janda Baik ke GPO mengambil masa dalam 35 minit. Tak semua waris IB Clans ikut ke sana. Nenek-nenek dan atuk-atuk semua berehat di hotel jer. Lagipun kami ke sana nak usya line jer … kekekekeke … siap tempah baju sesamer lagi.

Rupanya GPO ni terletak sama bangunan dengan Cable Car Awana Skyway yang baru. Senanglah … lepas shopping boleh naik Genting pulak … Jangan risau, parking kereta banyak dalam bangunan GPO ni. Bayar jer …

Lebih 16 tahun kami (suami isteri) tidak menjejak Genting Highlands ni. Dan kali ini adalah kali ke 3 aku jejak Genting Highlands.


Kami sekadar cuci mata jelah di GPO ni. Jalan-jalan sambal hirup udara nyaman di sini sudah memadai.


Sebenarnya masa sampai je di GPO ni Qayyum mula tak larat nak jalan. Sakit kaki katanya. Mana tak sakit, sehari suntuk dok berendam dalam kolam. Sekarang ni, kaki Qayyum tak boleh sejuk-sejuk sangat, nanti akan rasa krem. Kakak memang risau yaamat tapi ditenangkan oleh Abang Kembong.


Anak bujang kakak sorang lagi ... nasib baik yang ni tak banyak hal :)


Anak dara kakak ... semuanya pertama kali jejak Genting Highlands.


Geng Akak Gorjes :)


Susah nak berkumpul berenam ni.
Takde kazen lain ke? Ya Ampun ... kazen kakak ramai tapi inilah yang paling sekepala ... yang lain sebantal ... hehehehe


Pengalaman naik Cable Car Awana Skyway
Ini adalah pengalaman pertama anak-anak kakak naik cable car ... 
kalau bawak mak ajah lagi dia nebes ni ... ngeh ... ngeh ...


Teringat zaman muda mudi (lepas pantang 2001) kita naik Genting kan ...


Qayyum agak teruja tapi tak tunjuk sangat ... sambil menahan sakit.


Terima kasih abang merealisasikan impian gedik bini dan anak-anakmu ini ...

Awalnya, kami hampir nak pulang terus ke hotel tapi memandangkan ini kali pertama nak bawak anak-anak kakak naik cable car, Abang Kembong meneruskan jugak misi. Tupun banyak kali tanya kat Qayyum ‘Larat ke dik’. 'Tak tau' jawabnya. Ok. Kita jalan pelan-pelan ye dik. 

Turun jer dari Genting, kena jalan lagi rupanya. Dah lain benor Genting Highlands. Takpe. Kita cari tempat makan dulu bagi kaki adik relaks dulu ye. Sampai je tempat makan, Abang Kembong urut-urut kaki Qayyum (nasib baik Moksu bawak minyak). Alhamdulillah, dekat setengah jam ... perut pun dah kenyang, Qayyum kembali bertenaga. 

Sapa kata kata bawak budak 13 tahun tak mencabar? Lagi mencabar weiiiii (anak akulah) kekekekeke ....

Bila dah okay sikit, kami sedut angin sejuk je kat luar hotel Awana Genting tu ...


Tengok! Dia dah senyum sikit kan. Sebelum tu memang tak tenang hati mama ni ...


Terima kasih pada Mak Ita sudi bawak kami naik Genting (dia dah naik 100 kali kot). Walaupun hanya sedut udara sejuk, bahagia sekali rasanya.

P/S : Happy Birthday buat anak buah mamalong yang comel Ahmad Farrell a.k.a Roro. Sekejap je dedek dah besar. Semoga membesar sebagai insan yang berguna pada ibu bapa dan negara. Mamalong love you so much :)


23 March 2018

SUP MELETOP PA' LONG JANDA BAIK

Tidak sah jika bercuti kalau tak cari tempat makan best.

Hasil google, kakak jumpa Tempat Makan Best di Janda Baik. 

Maka terjumpalah kedai makan Sup Meletop Pa' Long di Janda Baik. Tidak jauhpun dari hotel kami, 101 Resort & Spa. Boleh guna waze untuk ke Kedai Sup Meletop Pa' Long Janda Baik ye :)


Sebahagian kedai IB Clans konker.


Memasing dah kelaparan.


Kedai Pa' Long Sup Meletop Janda Baik ni sempoi jer ... 

Selain sup, Kedai Sup Meletop Pa' Long ini turut menyediakan makanan lain iaitu Nasi Ayam, Nasi Lemak dan Nasi Kerabu.

Kedai ini juga turut terkenal dengan kopi buatan sendiri. Pokok kopi juga turut ditanam sendiri di tepi-tepi kedai. 


Abah possing kat pokok kopi.


Muka orang tak mandi hahahahaha ...


Buat penggemar sup bolehlah try di Kedai Sup Meletop Pa' Long Janda Baik ni. Abang Kembong kata sedap sup kat sini. Kakak bukanlah penggemar sup, jadi makan sekadar alas perut.

Tapi kopi o dan kopi ais kat sini memang sedap. Tak cukup secawan. Siap tapau lagi ... hehehehe ..

Sangat direkomenkan datang ke sini untuk mencuba sup dan kopi buatan sendiri. Tak rugi mencuba kan ...

22 March 2018

HARI KELUARGA IB CLANS DI JANDA BAIK (Part 4)

Terhenti seketika entri Family Day kakak ek ... jom sambung ...

Hari kedua ...

Seawal jam 8 pagi kami dah ready kat padang. Masing-masing excited nak join Acara Sukaneka. Dah pesan dengan AJK Sukan supaya cari acara sukan hari keluarga yang senang lenang gitew ... hehehehe ...

Alhamdulillah, rezeki kami dapat breakfast percuma di 101 Resorts & Spa Janda Baik. Kasi pulunlah dulu untuk stamina (padahal aku agak tak sihat pagi tu)


Kita setting apa yang patut dulu ek ... Semua dah dibahagi dengan tugas masing-masing supaya tidak kelam kabut. Apa yang penting ... kerjasamaaaa...


Sebahagian hadiah Acara Sukan Hari Keluarga IB Clans.

Sebelum meneruskan acara sukan, kami berkumpul dan baca doa agar dipermudahkan urusan kami pagi itu.

Alhamdulillah, cuaca cantik dan redup jer. Kemudian kami teruskan dengan pemberian doorgift buat setiap keluarga.
  



Acara penyerahan doorgift oleh Pakcik Rahim

Setelah selesai, barulah kami mulakan acara sukan keluarga.

Dimulakan dengan sukan kanak-kanak dulu. Acara Sukan Cari Gula-Gula Dalam Tepung.


Habis comot bebudak ni ..


Acara Sukan kedua ialah Acara Sukan Isi Air Dalam Botol Guna Span.


Pemenang Acara Sukan Cari Gula-Gula Dalam Tepung. Comel-comel anak buah Mamalong ni ...

Dah habis kanak-kanak, kita pi ke Acara Sukan Remaja pulak. Kita pilih sukan senang lenang jer. Saja suka-suka hati memasing.



Untuk kategori remaja pula, kami buat Acara Sukan Isi Air Dalam Botol Guna Span.


Syabas ketua AJK Sukan. 



Sukan untuk kategori dewasa/pasangan paling ngetop ialah Sukan Baling Tin. Memang sukan ni paling syok dan kelakar. 


Seterusnya Acara Sukan Ikat Kaki Pasangan. Mencabar sungguh sukan ni. Memerlukan kaki yang kuat dan kerjasama ...


Yang terakhir Acara Sukan Balingan Kasih Sayang. Sapa baling belon tanpa pecah, dialah pemenangnya.



Kenangan bersama Pengerusi IB Clans ...



Kami hebat!!!! poyo je kan




Macam-macam gaya dan aksi ketika serah hadiah memasing. Yang penting semua happy.

Sapa-sapa nak buat hari Keluarga meh kakak bagi Idea untuk jenis Sukan Hari Keluarga :-

1. Cari Gula-Gula Dalam Tepung
2. Bawa Bola Pin Pong Dalam Sudu
3. Isi Air Dalam Botol Guna Span
4. Lari Guna Tempurung
5. Lari Bawak Belon
6. Baling Tin
7. Balingan Kasih Sayang

P/S : Untuk pengetahuan IB Clan tu singkatan pada Ibrahim Bibah. Ni keluarga belah mak aku. Biasalah selalunya kita akan lebih rapat dengan keluarga belah mak kita. Sebab selalunya dorang lebih memahami kita kan. Tak taulah napa ... huhuhu.

Ibrahim Bin Lembut adalah arwah atuk kami (abah Mak kakak) dan Bibah Binti Lembang adalah arwah nenek kami (mak mak kakak). Kedua-dua mereka meninggal ketika kakak sekolah rendah lagi. Banyak kenangan manis bersama arwah. Semoga arwah nenek dan atuk ditempatkan bersama orang-orang yang soleh & solehah. Al- Fatihah.

6 March 2018

HARI KELUARGA IB CLANS DI JANDA BAIK (Part 3)

Malamnya pulak, acara kami santai jer. Ada acara Pertukaran Hadiah. Karoeke. Gelak-gelak. Yang penting happy.

Disebabkan semua kena caj, awalnya cadangan kami nak wat acara "Exchange Gifts" kat tepi kolam. Dahlah padang kena caj RM150. Pondok pun kena kena walaupun kita tak buat bbq.

Pastu dalam group whatsapp IB Clans, abang long kawasan (Abang Hai) a.k.a pengerusi kata kita buat kat pondok bbq. Bila tanya boleh ke? Dia kata semua boleh kawtim .... sukalah kami sebab selesa sikit. Ada meja dan kerusi.

Sebenarnya kakak tak berapa nak sihat. Dengan batuk dan hingus tapi kakak takleh tahan takat tengok jer. Terkinja-kinja jugak ... hehehehe. Nasib baik ada asisstant untuk tukang cakap ...


Keluarga Makngah Leha. Antara orang kuat Hari Keluarga IB Clans 2018.


Sepupu sepapat ...


Kemain makngah Ijah dengan bakal perantin ni ...


Bakal pengganti kami. Generasi ke 4 IB Clans.


Acara dimulakan dengan pertukaran hadiah. Mak ajjah Enab dapat toto dari mak ajjah Eton :)


Akak Kembang ngan Abang Kembong dapat hadiah dari Dik Not & Aziz Family.


Tertunggu-tunggu sapa yang bertuah tu ...


Adik Moon dapat hadiah dari opie


Kakak disuruh oleh Abang Hai untuk panggil pakcik dan makcik naik ke pentas. Dalam hati dok berkata, takde dalam agenda ni. Apalah agaknya Abang Hai nak buat kejutan ni. Dia suka buat suprise ... hehehehe. 

Rupanya Abang Hai kata, mohlah kita bermaafan dengan orang tua. Takkan nak tunggu raya je baru mintak maaf. Terkesan kakak tau. Good Idea. Tengkiu Abang Hai.


Tema kami malam tu "Tema Baju Tidur". Hehehehe ... senang balik bilik terus tidur.

Alhamdulillah. Acara malam tu berlangsung dengan gembira dan jaya sekali. Semua rasa bahagia. Yang tak bahagia sila simpan bawah katil ... hehehehe.

Selesai satu acara. Esoknya ada acara sukan pulak. 

P/S : Masa akan datang, Hari Keluarga IB Clans diwajibkan slot acara bermaaf-maafan secara terbuka. Amanat tu.