Nota : Sis ubah tarikh post entri supaya korang takde tercari-cari mana part 1 dan part 2 yang dah siap awal-awal dulu. Bila buat entri sederet senang korang nak rujuk kan.
Hello peps! lama giler tak ngobrol-ngobrol dalam blog nie sebab masa tak berapa cukup nak menulis ...
Hello peps! lama giler tak ngobrol-ngobrol dalam blog nie sebab masa tak berapa cukup nak menulis ...
Izinkan sis menulis tentang pengalaman sis bercuti ke Jakarta dan Bandung bulan Feb 2019 ritu ye ...
Kali ini sis travel bersama Balqis, Adik Azie & Adik Moon. Ada rezeki lebih sikit, sis saja bawak Balqis jalan sempena habis SPM.
my dream comes true, travel with my princess
Trip Jakarta Bandung kali ini 4 hari 3 Malam. Semalam di Jakarta dan 2 malam lagi di Bandung. Saja jer turun di Jakarta, boleh kakak Balqis jenjalan Jakarta jugak. Masa kakak Balqis gi Jakarta dulu usia dia baru 9 tahun.
mama makin gems, kakak makin tinggi
Sekejap jer anak sis dah besar panjang. Memang wishlist sis nak travel bersama anak (berduan). Alhamdulillah tercapai satu hajat. Next nak travel ngan anak bujang pulak (tupun kalau dia naklah)
Macam selalu, kami naik kapal terbang Air Asia jam 7 pagi ke Jakarta. Sampai di airport Jakarta, kami terus amik teksi Silver Bird (adik badik Bluebird)
Touch down je di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, hingus sis keluar lajunya. Padahal dari Malaysia dah jaga kesihatan tapi kuasa Tuhan kan. Bila dah selsema tu sis punya mood mulalah spoil. Takde nak amik-amik sangat gambar sebab takde mood.
Credit : Google
Inilah rupanya Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta. Memang selesa dan cantik. Dari Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta ke Stesyen Keretapi Gambir Jakarta mengambil masa dalam 15 minit jika tidak macet. Awalnya, kami nak amik hotel yang lebih dekat dengan stesyen keretapi Jakarta tapi semuanya penuh. Mahu tidak mahu kami memilih Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta kerana terletak di kawasan bandar Jakarta dan kami mudah terpengaruh 😝
Inilah bilik kami berdua. Ok bangat untuk kami berdua. Lepas letak beg, solat dan berehat sekejap, kami keluar untuk cari simkad. Takde simkad tak boleh hidup ... huhuhuhu ...
Selain punya kamar tidur yang selesa, lobi Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta juga sangat best. Ada cafe yang simple dan cozy bangat deh!
Pendek kata, Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta memang memang recommended. Hotel yang selesa dan nyaman. Nak kemana-kemana juga panggil uber atau teksi je ...
Last but not least, Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta ni berdekatan dengan Pasar Baru Jakarta ye. Akhirnya sis sampai jugak Pasar Baru Jakarta. Takdelah best sangat pun. Biasa-biasa jer. Lepas dapat beli simkad, kami terus naik uber ke Tanah Abang. Dalam sejam dua jer kami ke Tanah Abang. Kami balik semula ke hotel sebab nak dinner pulak di Pondok Laguna.
Pendek kata, Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta memang memang recommended. Hotel yang selesa dan nyaman. Nak kemana-kemana juga panggil uber atau teksi je ...
Last but not least, Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta ni berdekatan dengan Pasar Baru Jakarta ye. Akhirnya sis sampai jugak Pasar Baru Jakarta. Takdelah best sangat pun. Biasa-biasa jer. Lepas dapat beli simkad, kami terus naik uber ke Tanah Abang. Dalam sejam dua jer kami ke Tanah Abang. Kami balik semula ke hotel sebab nak dinner pulak di Pondok Laguna.
Muka sememeh ... huhuhu ... harapa esoknya laratlah ...
Moksu dan Balqis
Dah dua kali sis cuba makan di Pondok Laguna ni tapi takleh lawan kesedapan di Restoran Bandar D'Jakarta, Anchol.
Cumanya di Pondok Laguna ni tak perlu nak kena bayar tiket masuk berbanding Restoran Bandar D'Jakarta. Kosnya jimat sedikitlah.
Okay daa!! Esok nak gerak ke Bandung pukul 4 pagi weiii ...
with love 💗
pls follow/like/subcribe
Mudah2an suatu hari nanti dapat jejak kaki ke Jakarta... :)
ReplyDeleteInsyaAllah Mak, ada rezeki sampai tu nanti
Deletewah bestnya ... lama dah tak pergi bandung... rasanya last 8 tahun lepas. haha
ReplyDeleteBandung dingin tu yg best
DeleteRindunya Jakarta..nanti nak pi berdua ngan dania jugak..trip Haatyai cancel baru ni sbb covid 19..sedih betul rasanya..kalau x jadi trip pertama berdua ngan dania...anak dh besar mmg best ajak berjalan
ReplyDeleteInsyaAllah satu hari boleh pi berdua Dania. Tula ... Alin pun baru plan nak gi Hatyai sblm raya ritu ... takpelah tggu Covid habis baru leh gi
Deleteseronoknya merasa naik tren ke Bandung.
ReplyDeleteMemang seronok boleh relaks
Deletebilik nampak selesa dan makanan pun nampak sedap tu.
ReplyDeleteHehehehe ... sesekali kan
Delete