18 November 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSP 2011


Saya memang tak jangka sangat tentang peperiksaan akhir tahun Qayyum. Yelaa...diakan baru 4 bulan jek bersekolah. memang dia bersekolah tadika tapi dia agak lemah sedikit. Kadang-kadang saya malu dan jeles dengan anak-anak orang lain yang bijak pandai...tapi itu bukan penyebabnya untuk Qayyum tidak boleh maju. 

Setiap kali Qayyum ada ujian, saya akan bertanya dapat nombor berapa? 

Dan Qayyum akan jawab "Adik dapat No. 2" dengan selambanya. Rupa-rupanya markah dia 2 jek...kekekekeke... 

Bila peperiksaan akhir tahun..dia cakap dia dapat No. 2..kami gelak-gelak jek.. 

"Mama ngan Babah tak caya ke? Nah!!" sambil tunjuk slip keputusan peperiksaannya. Kami terkedu dan saya menangis kesyukuran. Saya rasa bangga sangat walaupun Qayyum kelas terakhir dan baru 4 bulan mempelajari pelajaran Darjah 1 tapi dia boleh berjaya. Saya malu dengan diri sendiri sebab memperkecilkan kebolehan Qayyum. Anugerah Allah buat Firhan Qayyum. Tidak terjangka.




Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong a.k.a SKSP adalah sekolah saya dari darjah 1-6. Kini..anak-anak saya yang bersekolah. Memang ada yang cakap sekolah saya sekolah kampung tapi bukan sebarangan kampung. Kini dah maju dan saya rasa sangat jeles sebab ramai budak-budak pandai.






kesayangan kami


Saya rakamkan setiap detik gerak langkah Firhan Qayyum. Saya mahu dia bangga dengan diri sendiri. Saya mahu dia terus berusaha.


Dah 2 hari buat latihan penyampaian hadiah. Nasib baik mood dia okay walaupun malu-malu..


Menurut kata kakak Balqis..masa latihan..Qayyum tak mau salam ngan cikgu besar. Amik adiah terus blah je. Nasib baik semalam dia okay..Tengok! dia salam cikgu besar :)


Kakak Balqis takde rezeki tahun ni. Balqis dapat no. 6. Kalau dapat no. 1-5 baru hadiah. Alhamdulillah..tahun 2011 ni anak-anak saya menjadi. Walaupun tahun ni memang agak sibuk dan kurang pantau anak-anak..tapi Balqis & Qayyum pandai bawak diri.Syukur sangat.


Generasi ke 3 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Bermula mak saya, saya dan anak-anak saya. Semoga anak-anak saya berjaya hingga ke menara gading. 



Chenta Jiwa Lara saya :) 

Tahun depan Balqis darjah 5 dan Qayyum darjah 2. Kesekejapan jek anak-anak saya besar. Rindu zaman baby dorang. Masing-masing dapat naik kelas. Walaupun bukan kelas terbaik tapi saya mahu dorang dapat A semuanya sudah memadai. 

Tahun hadapan kena keje keras skit.  Balqis dah nak masuk pra UPSR. Kena struggle sikitlah..Qayyum kena banyak latihan membaca sebab bab tu dia masih lemah. 

P/S : dapat jumpa kawan lama yang sama-sama bersekolah di SKSP dan anaknya jugak bersekolah di SKSP

31 October 2011

APPOINMENT QAYYUM DI PPUM 2011

Temujanji di PPUM. Seram. 

Tidak tahu mengapa banyak-banyak tempat..hospital adalah tempat yang paling gerun nak pergi. Cuba hospital tu ala-ala cam The Curve ke..Ikea ke..kan best..
Dari rumah lagi perasaan saya berdebar-debar. Menggeletar. Takut. Saya tahu..saya harus tabah menghadapi segalanya. Saya harus kuat. Saya harus sorok segala perasaan saya demi Firhan Qayyum. Encem boy saya nan seorang itu.
Bila sampai di PPUM. Jiwa saya kosong. Sejuk. Beku. Tapi saya harus senyum buat Qayyum.


Budak encem yang notti…


Masa menunggu giliran untuk x-tray setelah 6 bulan….


Qayyum dan gadjetnya : PSP…tidak boleh dipisahkan. Memang kena bawak..kalau tidak dia akan bosan  Dan saya terpaksa bergegas ke Low Yatt untuk cari memory card yang dirosakkan oleh Qayyum. Ada ke patut memory card tu dia masuk kat lappy?


 Muka sedih + boring.



 Tempat paling saya geruni. Macam-macam orang jumpa.



Untuk pengetahuan…selama berkali-kali berulang alik ke hospital untuk check up Qayyum….ini kali baru pertama saya mempunyai kekuatan untuk masuk bersama-sama Qayyum. Saya mahu dia tahu bahawa saya amat menyayangi dia. Saya mahu dia tahu..saya jugak tidak takut doktor.


Hasil x-tray

Saya tidak faham sebenarnya nak tengok hasil ujian x-tray itu.Cuma dengar pendengaran dari 2 doktor. Satu Jr. Doktor..satu lagi Sr. Doktor.
Kaki Qayyum di periksa oleh Doktor Cina yang cute..(Mama yg suka..kalau doktor pompuan..mesti Qayyum lagik suker). Satu persatu pergerakan dibuat. Semua okay. Qayyum dah tak rasa sakit..seperti mula-mula berjalan dulu.
Saya : Doktor yang cute..Qayyum boleh aktif sukan?
Jr. Doktor : Ermmmm…buat masa ni tak payah kot…kalau swimming boleh..sebab pergerakan perlahan..
Saya : Naik basikal?
Jr. Doktor : Doktor senyum. Better swimming…(degil tol mak budak ni!)
Hati saya lebih berdegup kencang bila Jr. Doktor tu bangun dan ke hulu ke hilir. Saya lebih risau tapi masih senyum sambil memandang Qayyum.
Rupa-rupanya..dia menunggu Senior Doktor untuk mintak lebih penjelasan. Lagi kencang degupan jantung saya.
Sr. Doktor : Buat masa ni anak u masih okay. X-tray ok. Tapi kita tak boleh nak tau masa akan datang. Sebab dia  masih budak. Ada masa tulang dia lurus. Ada masa tulang dia akan bengkok. Kalau bengkok..baru buat operation.
What???
Sr. Doktor tu macam tau mata saya dah berkaca-kaca. Dia pandang saya dan jelaskan…
Sr. Doktor : Buat masa ni everthing is going well…don’t worry. Kita perlu pantau 6 bulan sekali. Tak perlu x-tray. Tengok perkembangan kaki jek.
Memang waktu tu kalau toreh tangan saya pun takkan menitis darah kot. Cuma senyuman Qayyum yang menguatkan semangat untuk terima itu semua.
Saya rasa ingin peluk Qayyum sambil nangis-nangis jek masa tu..tapi still kontrol ayu lagi. Saya tak mahu Qayyum sedih..sebab saya tau..setiap kali saya menangis..dia pun akan menangis sekali.
Memang pada luaran kita melihat Qayyum seperti biasa jek..tapi apa yang ditanggungnya tak tahu sampai bila. Tak mahu rasanya saya bayangkan. Saya mahu dia bahagia + gembira + membesar seperti kanak-kanak lain.
Saya akan cuba berfikiran positif. Saya tahu ada orang lebih malang dari anak saya. Saya tahu ada orang lagi hebat dugaannya. Ini baru dugaan kecil buat saya sekeluarga. Saya harus berfikiran positif.
Dan….pada malam selepas balik PPUM…saya menangis keseorangan. Dan sehari selepas itu juga..saya menangis lagi…tapi dalam senyap.
Bagi yang ingin tahu kisah Qayyum..boleh cari di label Cerita Tentang Qayyum.
Dan pada blogger yang bergelar Doktor-doktor..boleh bagi penerangan lebih lanjut tentang masalah anak saya ini. Apa yang perlu saya buat untuk menguatkan tulangnya semula? Adakah tulang yang hilang itu akan tumbuh semula? Apakah kesan masa panjang?Alin Marlini : Tak akan pernah berhenti berdoa buat Firhan Qayyum.

12 October 2011

BLOGGER BERTEMU BLOGGER


Assalamualaikum... 

Rasanya sayalah orang terakhir buat entri ni...hehehehehe..saje jek simpan-simpan dulu.. 

2 minggu lepas saya telah di pelawa oleh Kak Yan yang comel ke rumahnya di Shah Alam. Ada makan-makan katanya. Ramai jugak bloggers yang dipelawa. Saya sangat berbesar hati dengan jemputan itu. Terus set date ngan Encik Suami. Bila dia tanya nak kemana? Saya jawab rumah kawan..sehinggalah pada masa tersebut baru saya bagi tau..rumah siapa yang akan kami pergi. Dia ok jek... 

Hati berdebar-debar sebenarnya. Ini kali kedua saya jumpa blogger. Saya akui..memang saya pemalu. Tapi disebabkan kalah dengan keramahan Kak Yan..saya terus jadi tak malu. Ngeh! 

Dan lagi saya suka..seorang lagi blogger yang memang saya suka jenguk sebab dia suka melancong. Best sangat. Tak lain dan tak bukan...Kak Leez. Suka tengok mata dia. Cantik! Kak Leez.....Alin masih menunggu gambar kita berdua...   


Selain Kak Leez, saya dapat berkenalan dengan 2 orang lagi blogger iaitu Dr Hanie dari blog Dr Hanie & Kak Ati  dari blog Wanati. Dua-dua orang ni pun best. Tak rasa canggung pun bila berbual. Saya tidak pernah mengikuti blog Dr Hanie..tapi blog Ati Masrif memang saya menjadi followernya. Lepas ni hari-hari saya akan jenguk blog dorang. Best!    


Bersama blogger Kak Yan dari blog Yan's Family, Frenz, Travel & Food Journal



Bersama blogger Kak Leez dari blog My Journey, My Life, My Family

Dua-dua peminat tegar FM. Dua-dua peramah. Macam dah kenal lama plak. Saya ni pulak..kalau orang tu peramah..saya terlebih peramahlah...hehehehehehe...tapi kalau orang tu diam jek..saya pun terlebih-lebih diam. Speechless. Malu.hehehehehe.. Insyaallah..satu hari kita jumpa lagi ek. 

P/S : memang tak pandai amik gambar sambil nampak gigi. Buruk...hehehehehe..


7 September 2011

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI 2011


Selamat Hari Raya kawan-kawan. Saya pasti korang mesti dalam mood raya lagikan? Kerja berlambak pun buat bodoh jek. Tengok Mukabuku...semua update gambar raya. Saya belum kesempatan lagi...cuma entri ni khas untuk kawan-kawan blogger jek... 

Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi cuma bersuka ria. Tidaklah rasa gah sangat sebab itu satu niat yang tidak baik. Memang cara saya berhari raya begitu. Harus meriah! 

Okay..saya mulakan Raya pertama saya. Memang setiap tahun kecuali ada satu tahun tu jek..saya akan beraya dirumah mak abah saya di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Samada petang raya, raya ke 2 @ raya ke 3 baru saya akan pulang ke rumah mentua saya di Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban.  

Disebabkan kami mendapat keluarga baru tahun ini..lebih meriah gitu. Selepas menunaikan solat raya..kami adi-beradik bersalam-salaman. Kali ini, pagi raya kami lebih sadis sebab diselang seli tangisan. Mesti banyak dosa tu....alhamdulillah...tiada sengketa lagi. Dan lebih sadis lagik...Qayyum siap mintak duit raya "Seribu" kat atuk dan neneknya. Siap nangis-nangis + mengajuk lagi. Spoil mood pagi raya... 

Lepas bersalaman..kami akan meronda kampung mak..dekat jek..sebelah kampung jek..Kampung Paya Jaras Hilir ^_^..tapi still suasana kampung. Memang meriah..konvoi reramai. Tahun ni tema kami Pink + Grey. Semua tu idea designer keluarga saya..tak lain dan tak bukan adik tengah saya..Azie Maziah. Memang tiap-2 tahun kami serah bulat-bulat nak fesyen camner kat dia...sebab dia kreatif.


Lakonan semula ahakks!!


Masa ni mood Qayyum dah okie skit..pasal Mama dah janjikan sesuatu untuk dia...hehehehe...


Muka semua dah macam belacan..gagah jugak nak berpossing pasal raya kali ni tak sempat nak bergaya sangat..macam-macam hal Qayyum nie..


Anak Babah ...


Anak Mama ... sikit masa lagi, dia lagi besar dari Mama ...


Nilah..satu-satunya gambar family saya yang elok rupernye...tu pun guna self timer...syok sendiri...hehehehe....

Alin Marlini : ada lagik gambar raya tapi pada adik tengah saya..kena tunggu weekend ni baru boleh C & P dari dia..Jangan sampai termuntah nengok pulak nanti..hehehehe...

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

26 July 2011

Outdoor Moon & Yuz

Lagi marathon gambar kahwin adikku..
Zaman saya dulu mana ada outdoor2 wedding nie...paling koman pon pi amik gambar kat studio..yang gambarnyer sangat skema...hahahaha...
 
Tu yang jeles bila nengok gambar pengantin zaman sekarang nie..cantek!
 
 
 
Best kan ??

25 July 2011

Majlis Bersanding Moon & Yuz

Tak habis lagi entri tentang adikku kahwin ye.....
 
Kali ini gambar-gambar masa persandingan di siang harinya. Layan jek gambar2 ye..

Sweets Pengapit
 
 Acara baling gula2 + duit syiling. Yang nipun tradisi turun temurun keluarga kami.
 
 Gambar famili ni jelah yang ada..
 Lagi gambar keluarga yang tak lengkap..
 Bersama-sama makcik-makcikku yang Diva's
 Penyambut tetamu....
 Mak & Abah tercinta...
 3 hero + photogragher..
 
 
Sila abaikan selipar itu ye...tak menyempat2 nak sarung kasut tumit tinggi..^_^