31 October 2011

APPOINMENT QAYYUM DI PPUM 2011

Temujanji di PPUM. Seram. 

Tidak tahu mengapa banyak-banyak tempat..hospital adalah tempat yang paling gerun nak pergi. Cuba hospital tu ala-ala cam The Curve ke..Ikea ke..kan best..
Dari rumah lagi perasaan saya berdebar-debar. Menggeletar. Takut. Saya tahu..saya harus tabah menghadapi segalanya. Saya harus kuat. Saya harus sorok segala perasaan saya demi Firhan Qayyum. Encem boy saya nan seorang itu.
Bila sampai di PPUM. Jiwa saya kosong. Sejuk. Beku. Tapi saya harus senyum buat Qayyum.


Budak encem yang notti…


Masa menunggu giliran untuk x-tray setelah 6 bulan….


Qayyum dan gadjetnya : PSP…tidak boleh dipisahkan. Memang kena bawak..kalau tidak dia akan bosan  Dan saya terpaksa bergegas ke Low Yatt untuk cari memory card yang dirosakkan oleh Qayyum. Ada ke patut memory card tu dia masuk kat lappy?


 Muka sedih + boring.



 Tempat paling saya geruni. Macam-macam orang jumpa.



Untuk pengetahuan…selama berkali-kali berulang alik ke hospital untuk check up Qayyum….ini kali baru pertama saya mempunyai kekuatan untuk masuk bersama-sama Qayyum. Saya mahu dia tahu bahawa saya amat menyayangi dia. Saya mahu dia tahu..saya jugak tidak takut doktor.


Hasil x-tray

Saya tidak faham sebenarnya nak tengok hasil ujian x-tray itu.Cuma dengar pendengaran dari 2 doktor. Satu Jr. Doktor..satu lagi Sr. Doktor.
Kaki Qayyum di periksa oleh Doktor Cina yang cute..(Mama yg suka..kalau doktor pompuan..mesti Qayyum lagik suker). Satu persatu pergerakan dibuat. Semua okay. Qayyum dah tak rasa sakit..seperti mula-mula berjalan dulu.
Saya : Doktor yang cute..Qayyum boleh aktif sukan?
Jr. Doktor : Ermmmm…buat masa ni tak payah kot…kalau swimming boleh..sebab pergerakan perlahan..
Saya : Naik basikal?
Jr. Doktor : Doktor senyum. Better swimming…(degil tol mak budak ni!)
Hati saya lebih berdegup kencang bila Jr. Doktor tu bangun dan ke hulu ke hilir. Saya lebih risau tapi masih senyum sambil memandang Qayyum.
Rupa-rupanya..dia menunggu Senior Doktor untuk mintak lebih penjelasan. Lagi kencang degupan jantung saya.
Sr. Doktor : Buat masa ni anak u masih okay. X-tray ok. Tapi kita tak boleh nak tau masa akan datang. Sebab dia  masih budak. Ada masa tulang dia lurus. Ada masa tulang dia akan bengkok. Kalau bengkok..baru buat operation.
What???
Sr. Doktor tu macam tau mata saya dah berkaca-kaca. Dia pandang saya dan jelaskan…
Sr. Doktor : Buat masa ni everthing is going well…don’t worry. Kita perlu pantau 6 bulan sekali. Tak perlu x-tray. Tengok perkembangan kaki jek.
Memang waktu tu kalau toreh tangan saya pun takkan menitis darah kot. Cuma senyuman Qayyum yang menguatkan semangat untuk terima itu semua.
Saya rasa ingin peluk Qayyum sambil nangis-nangis jek masa tu..tapi still kontrol ayu lagi. Saya tak mahu Qayyum sedih..sebab saya tau..setiap kali saya menangis..dia pun akan menangis sekali.
Memang pada luaran kita melihat Qayyum seperti biasa jek..tapi apa yang ditanggungnya tak tahu sampai bila. Tak mahu rasanya saya bayangkan. Saya mahu dia bahagia + gembira + membesar seperti kanak-kanak lain.
Saya akan cuba berfikiran positif. Saya tahu ada orang lebih malang dari anak saya. Saya tahu ada orang lagi hebat dugaannya. Ini baru dugaan kecil buat saya sekeluarga. Saya harus berfikiran positif.
Dan….pada malam selepas balik PPUM…saya menangis keseorangan. Dan sehari selepas itu juga..saya menangis lagi…tapi dalam senyap.
Bagi yang ingin tahu kisah Qayyum..boleh cari di label Cerita Tentang Qayyum.
Dan pada blogger yang bergelar Doktor-doktor..boleh bagi penerangan lebih lanjut tentang masalah anak saya ini. Apa yang perlu saya buat untuk menguatkan tulangnya semula? Adakah tulang yang hilang itu akan tumbuh semula? Apakah kesan masa panjang?Alin Marlini : Tak akan pernah berhenti berdoa buat Firhan Qayyum.

No comments:

Post a Comment