31 March 2020

TIPS TRAVEL DENGAN KAWAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera gaisss!!!

Hari ke 14 Perintah Kawalan Pergerakan. Jika rakyat Malaysia bersatu hati menentang virus Coronavirus ni bersama-sama, pasti lusa kita dah memulakan tugas seperti biasa. Rindunya ofis. Rindunya usik mengusik kengkawan ofis. Rindunya sentap menyentap bila kena marah. Rindunya pokok hijau sista kat pantry tu. Entahkan hidup entahkan dah kering kontang. Namun apakan daya, jika diizinkan bertemulah kita 15 April nanti ye.

Sis cuba menghidupkan semula keceriaan blog sis yang sebelum ini memang muram durja disebabkan takde masa nak menulis. Hikmah disebalik RMO ni dapatlah sis meneruskan coretan-coretan mengarut sis dalam Blog Akak Kembang ni. Bukan untuk popular tapi sekadar kenangan bila Aku Sudah Tiada nanti. Jika rindu, adalah kenangan-kenangan bersama KAMU semua dalam blog ini. Tolong jangan terasa hati atau menyampah ye. Izinkan sis syok sendiri menulis tanpa sempadan dalam blog ini.

Harini, sis nak kongsikan Tips Travel Bersama Kawan.

Sebelum ni sis dah pernah travel bersama keluarga, saudara mara dan kawan-kawan. Macam-macam ragam yang boleh dijadikan pengalaman travel. Kali ni sis travel dengan couple-couple pulak. Pestime ye. Alhamdulillah travel couple kami memang ngetop. 

Apa yang sis cuba kongsikan adalah pengalaman sis semata. Tidak ada kena mengena dengan sesiapapun.


Ciri-ciri khas yang perlu ada bila kita Travel bersama Kawan-Kawan :

1. Sporting & Satu Kepala baru Kita Enjoy!

Travel kita jadi seronok bila kau dapat kawan sama naik. Sama naik ni sportinglah. Satu Kepala. Takdak nak layan kepala ko ke kepala dia ke ... semua enjoy. Macam kami, dari awal buat keputusan terperanjat ni dah start bincang pasal OOTD Musim Sejuk kami. Yang excited opkoslah bini-bini. Hari pertama nak pakai baju apa? Hari kedua nak pakai baju warna apa wei? Hari ketiga nak pakai kasut apa? Hari keempat nak pakai lipstik warna apa beb? Hari last nak pakai skirt ke seluar? Bila dah complete semua baju matchy-matchy, kami ambil gambar dan post kat whatsapp ootd memasing. Hebat tak kami? Memang benda-benda ni kami bincang bersama-sama takde nak sorok-sorok punya  barulah memasing nampak cantik bersama kan (dah start perasan akak ko ni 😝)


2. Kaki Jalan

Semestinya cari member yang suka jalan. Kadang kita sembang kencang jadinya tak jadi jugak kan. Pastikan menjadilah travel korang. Lagi satu kalau dapat member kaki jalan dia mesti tahu port yang kita tak tahu. Jimat masa bila geng dah tau jalan kan.


3. Kaki Fotografi

Bila travel, gambar cantik amat penting ye. Bila kita siarkan di Instagram atau Facebook, gambar nampak cantik dan orang pandang pun sedap jer. Tapi sekarang kan handphone canggih. Muka berjerawat boleh jadi flawless. Selain tu ada apps untuk edit gambar bagi lagi cun. Korang pepandailah touch up. Macam kitaorang, awal-awal dah suruh laki-laki kami belajar cara nak ambil gambar posisi yang betul. Hasilnya, ada orang bagi kredit gambar lawa kat gambar-gambar percutian kami di Jeju baru-baru ni.   


4. Kaki OOTD

Penting! Jika travel dengan sis ye. Takdelah balik-balik ko jer yang sakan possing sedangkan kawan ko krik-krik je takde perasaan. Tak pasal-pasal kawan kau terpaksa jadi photographer ko jer. Menyampah pulak dia nanti. Bab OOTD ni pun kami bincang bersama. Kumpul gambar jadikan refence untuk ootd.  

Maka terhasilkan gambar di bawah hasil reference yang kami dok kumpul tu. Ada yang menjadi. Ada yang ala-ala jadi pun okaylah kan.


5. Food Lover

Dapat geng kaki makan memang ngam sebab selalunya dorang akan tahu port-port makan yang best. Pastu boleh tolong habiskan portion korang yang tak habis tu. Selalunya tak pernah tak habis. Tak cukup adalah 🙈Jika korang pergi mana-mana tempat pun wajib cuba makanan dorang. Jangan berkira sangat. Jangan kemut duit. Ambil kesempatan ini untuk cuba makanan negara yang kita lawati tersebut. Apa guna korang menyimpan nak travel kan. Gunakan sebahagian untuk menikmati makanan negara orang. 


6. Kaki Planning

Planning is important. Kalau tak kucar kacir itinerary korang nanti. Kena duduk semeja bincang apa yang perlu dan tidak perlu dibuat bila travel nanti. Lainlah korang pergi dengan Tour Guide, semua dah tersusun dan tinggal bawak badan jer.  Macam sis pulak jika amik TG, malam mesti free & easy kan. So, masa nilah kami gunakan peluang untuk merayap dan meneroka. Bestnya member sis banyak membantu bab jalan sebab dia dah pernah sampai, so memudahkan kami dan dah tahu apa patut buat.


7. Tidak Berkira

Bila travel jangan berkira sangat. Jadikan reward setelah penat kita bekerja atau mengumpul duit. Tolonglah makan ke beli ke apa yang korang berkenan. Bukan senang kita nak sampai ke sesebuah negara tu kan. Jadi jangan berkira sangat. Macam kami bab berkira takde masalah. Sebab selalu lepak mamak kitaorang akan pakat gilir-gilir bayar takpun sharing bayar. Rindu Cheese Nan Kayu plak 😜


8. Kaki Lawak

Boleh terima kekurangan dan kelebihan memasing dalam erti kata lain mudah terhibur. Takdelah ko buat lawak hambar dorang krik krik jer. Tu pasal kaki lawak ni pun penting jugak bila travel. Kalau dapat geng membisu so boring. Kena sama-sama take & gift. Kadang ada masa cam menggelabah tak tentu hala ... bila ada kawan yang kaki lawak, kita jadi happy. Takdelah percutian kita hambar kan. Sama-sama happy ma!


9. Pandai Bercakap

Bila pergi sesuatu tempat yang bahasa utama dorang ialah bahasa ibunda dorang memang masalah. Sis bab ni lemah sikit. Sis ni pemalu campur penakut ...hahahaha. Nasib member sis memang dah biasa travel. So bab komunikasi ni senang sikit. Sis membantu jugak tupun ikut google translate. Dah macam ayam ngan itik.


10. Kaki Shopping

Kaki shopping pun penting ye. Sebab sis sejenis mesti nak membeli bila travel. Walaupun bukan untuk orang lain untuk sis sendiri mesti kena beli buat kenangan.  Lepas cari barang ko kita cari barang aku pulak kan. Tolong jangan kepit-kepit nak kuar duit shopping padahal dah tukar duit ribu riban. Dapat geng yang leh layan sesamer shopping memang haven lagi-lagi yang pandai menawar. Jimat!


11. Jangan Cakap Belakang

Tips last sekali. Jangan suka cakap belakang-belakang. Tak puas hati cakap depan-depan. Tu penting perbincangan. Bila kita buat cadangan bagilah pandangan. Jangan membisu pastu belakang hari cakap tak sukalah...tak bestlah ... Tup!tup ko  mengadu dengan si Polan terpaksa pinjamkan berus gigi padahal ko yang beria-ia nak pinjamkan. Itu contoh! 😜 Tu penting dapat kawan satu kepala. 


Cukuplah 11 Tips Travel Bersama Rakan yang sis kongsikan. Banyak-banyak kang korang tanak travel pulak dengan sis nanti 😜 Apa yang penting bila kita travel dengan rakan ni harus ada sikap tolenrasi dan sikap sama naik 😝 Maksudnya apa kawan ko nak buat ko pun suka nak buat jugak. Baru best travel korang. Happy Yippy! 

Alhamdullilah sis dapat member travel yang satu kepala. Walaupun cuma sembang-sembang kencang kat kedai kopi, akhirnya mendapat kenyataan. Thanks buat Abang Kembong, Kimi & Ina. No heart feeling. InsyaAllah, ada rezeki kita tengok salji lagi 😍 

Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

30 March 2020

JEJU WINTER 2020 (PART 14 - FINAL)

Sambungan dari Part 13 | Melawat Batu Lava Tercantik di Yeongmeori Coast

Jeju, Day 5 - 13 Jan 2020 

Sedih pulak bila hari terakhir nak meninggalkan Jeju Island. Flight pukul 4.20 petang. TG datang pukul 10 pagi. Ada 2 destinasi terkahir kami akan kunjung sebelum dihantar ke Jeju Airport.

Disebabkan malam sebelumnya kami masih gagal beli stokin Korea (kedai tutup awal), seawal 8 pagi kami ronda Jeju City buat kali terakhir.

Kami naik teksi jer sebab malas nak jalan. Harga teksi dari Champion Hotel ke Starbuck Dongdaemun sekitar 3000 - 3500 won sahaja.


Masih awal dan banyak kedai-kedai masih tutup. Kebanyakkannya start pukul 10 pagi. Kami cuba nasib je ni.


Singgah Starbuck  Jeju di area Dongdaemun untuk belikan kiriman bos sista. Ahjussi teksi tu tak berapa faham bila kami sebut Starbuck (Se-tar bak). Tunjuk gambar baru faham 😙


Belikan kiriman bos je mampu 😊


Playing tourist 😋


Ambil peluang hirup udara sejuk di Bandar Jeju buat kali terkahir ...

Malangnya, Jungang Underground Mall masih belum beroperasi lagi. Takde can lah nak beli stokin Korea gamaknya. Dengan berat hati kami pun terus pulang ke hotel dengan menaiki teksi.

Moral of the story, jika jumpa jer barang yang korang nak beli, terus beli. Jangan tunggu-tunggu sebab nanti jadi macam sista 😞

Tepat 10 pagi TG sampai hotel. Bai-bai bandar Jeju. We will miss you.


Rupanya Yongduam Rock ni tak jauh dari Jeju Airport. Dah boleh nampak kapal-kapal terbang mendarat.

YONGDUAM ROCK

Tempat pertama kami singgah ialah Yongduam Rock atau dikenali Dragon Head Rock (Batu Berkepala Naga) salah satu tempat popular di Jeju. Takdelah besar sangat pun tempat ni. Dah macam berhenti kat R & R jer.


Tebing-tebing yang terbentuk dari batu-batu lava. Nampak sipi-sipi jer kepala Naga tu ...



Tema #ootd hari terakhir caca merba 😜


Angin kat sini boleh tahan kuat. Sekali lagi sis kemurungan bila tudung tak beri kerjasama. Nasib baiklah dah nak balik Malaysia.


Kapal kami kot tu ...





Sejuk weiii ... dah nama tepi laut kan ...



Happy Kopel 👫


Memang balik-balik muka kami jelah paling lama bergambor ...kekeke ...


Tak sabar nak jumpa anak-anak ...




Saranghae 💓



Until We Travel Again


Dikenali Patung Ikan Duyong atau Haeneo. Kemain Abang-Abang berdua tu ye ... pepajam mata kengkunun 😎


Pantang lepa terus ngapp! 😝







Wajib cuba Oden dan Sotong Bakar di Yongduan Rock ni.


Duit banyak lebih lagi ye bang ...


Bagi sis, sedap lagi Sotong Bakar di Seongsan Ilchulbong 

YONGYEON BRIDGE & POND

Tempat wajib korang lawat di Jeju ialah Yongyeon Bridge. Terletak berbelahan jer dengan Yongduam Rock. Jalan kaki dalam 5 minit camtu.


Yongyeon Bridge ni macam taman. Korang boleh jenjalan sambil menikmati scenery yang cantik.




Selain jambatan, korang boleh bersiar-siar sekitar Yongyeon Bridge. Korang jumpa sungai yang sangat jernih dan cantik sekali kat bawah jambatan Yongyeon tu.



Tulah jambatan tadi. Korang kena turun kebawah untuk lihat air sungai yang cantik dan jernih sesangat.


Terpegun tengok air yang jernih dan hijau 


last wefie from us



Serius korang, sila ootd kat sini ...




Berakhirlah honeymoon berjemaah kami 😍


Oppa pening bini merengek nak honeymoon lagi ... kekekeke ...


Bini senyum meleret tandanya .....


Chemistry dua Abang-Abang ni hebat kat sini. Pandai amik gambar bini dan pandai pose 😝

Izinkan buat kali terakhir sis post gambar-gambar (agak) romantik sis dan Abang Kembong. Kami jarang nak berdua-duaan ni sebab Abang Kembong sayang nak tinggalkan anak-anak dia. Jadi, dikesempatan ini, bolehlah kami romantik-romantik sikit ... padahal kelakar giler masa nak amik gambar romantik-romantik. Sis kan pemalu orangnya 😊




Buat suamiku yang tersayang, terima kasih kerana sudi merealisasikan impian isterimu yang sekian lama. Tak rugi pun menunggu selama 20 tahun kerana ianya memori saat indah untuk dikenang.

Tapi lepas ni taknalah tunggu 20 tahun lagi takut tak larat nak berjalanlah pulak nanti. Harap-harap tahun depan (semoga virus ni cepat pulih.Amin) dapatlah honeymoon lagi.




Sekali lagi, kamsahamnida oppa. Saranghae 💗


Airport Jeju ni takdelah besar sangat. Korang lepas je imegresen dorang dah nampak zon free duty belah kiri. Bolehlah nak menghabiskan duit won korang. Bila pergi dengan laki duit banyak lebih kekekeke ... cer pi sendiri ... confirm dah licin.

Jika korang nak solat, surau ada disebelah kanan zon bebas cukai ni. Tapi wuduk kena amik di toilet sebelah kiri ye.

Member sis nak buat kerja giler masa sampai Jeju Airport ni. Disebabkan gate bukak pukul 12.30 tengahari dan di atas jaminan TG kami, member sis nak ke Jungang Underground Mall weiiii sebab nak beli stokin. Nak jugak made in Korea. Sis sokong jer sambil kirim 10 pasang stokin Korea ... kekekeke.

Jeju Aiport ke Jungang Underground cuma 10 minit jer ye gais. Bolehlah kalau korang nak buat keje giler.  


Jika korang rasa lapar, bolehlah makan atau take away burger di Lotteria Jeju Airport ni.


Awas ye! Hanya burger Udang jer dibenarkan. Yang lain jangan mandai nak try plak. Non halal!

Tamat sudah 14 episod Jeju Winter 2020. Fuhhh!!! Gara-gara RMO (Perintah Kawalan Pergerakan) selama 14 hari, maka akhirnya sis dapat habiskan semua post tentang Jeju Winter 2020 dengan masa yang singkat 😜 Selalunya entri travel ni makan tahun pun tak habis lagi. Lepas ni boleh sambung balik post pasal travel Phuket pulak yang tertunggak makan tahun ... kekekeke ...

Ye. Pada yang bertanya tu, sis guna Tour Guide dari satu company pelancongan yang famos untuk jenjalan Jeju ni. Pada sis senang sebab semua dah disediakan lagipun kan acah-acah honeymoon. Kalau gi sendiri kang ... kalau salah jalan kan dah gadoh. Bila dah gadoh ... spoil mood pulak ... langsung takde pepeling honeymoon pulak 😝 Overall, okay jer perkhidmatan yang dorang bagi. Cuma ada beberapa benda yang sis tak berapa berkenan. Sis taknak up sis pegi dengan agent mana. Jangan tanya kenapa? Biarlah rahsia.

Bagi sis, pilihlah TG yang biasher-biasher pun dah okay. Apapun, sis terhibur dan senang sekali dengan pengalaman musim sejuk di Jeju ni. InsyaAllah, jika diizinkan lagi, sis nak ke Jeju lagi tapi musim yang lain pulak. Sis nak tawan puncak Seongsan IIchulbong.

Sekian dari Eonni Kembang 💋

Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube