27 October 2012

URUSAN ABAH DI PPUM

Pada Selasa yang lepas bersamaan 23 Oktober 2012, double appoinment di PPUM. Mungkin Allah memudahkan urusan kami. Sepatutnya minggu sebelum tu, abah kena buat   angiogramtapi disebabkan ada masalah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
Urusan Allah…tiada siapa yang tahu. Setelah diberitahu bahawa abah akan dipanggil semula pada 23 Oktober yang memang kebetulan sama dengan tarikh follow up check up Qayyum di PPUM. Lihat…Allah permudahkan urusan saya. Terima kasih Ya! Allah.
Bukan mudah ye berurusan dengan hospital. Saya rasa tidak kira di mana sahaja hospital. Terlalu banyak prosedur terpaksa dilepasi.
Semalam, sepatutnya abah kena tinggal di wad tapi disebabkan kehendak abah, doktor bagi pulang sebab faktor dekat dengan hospital. Semalam abah buat ECG, tekanan darah & ambil darah.
Hari ke 2, seawal jam 8 pagi..kami terus tingkat 2 PPUM. Daftar nama dan tunggu giliran di sini.


Dari tingkat 2, para pesakit dikehendaki naik pulak ke tingkat 4 iaitu Wad CCU. Tapi tak bagi katil pun, cuma suruh tukar baju dan cukur bulu-bulu yang berkenaan bagi memudahkan proses angiogram kelak sementara menunggu giliran nama dipanggil.
Rombongan Cik Kiah dah sampai ke tingkat 4, Wad CCU.


Masih menunggu giliran dipanggil. Wajah abah yang tersenyum takut. Sapa tak takut jumpa doktor kan….kecut perut tau.
Appoinment Qayyum jam 2 petang. Sementara tu, saya dan Encik Suami settlekan urusan x-tray Qayyum plak. Kami x-tray awal-awal dengan harapan nombor cepat naik. Lepas x-tray, kami ke tingkat 1 plak. Lepas daftar dan tunggu angka giliran dipanggil. Nasib baik kami awal dan tidak banyak pesakit yang menunggu.
Hasil check up Qayyum, Doktor mengatakan bahawa buat masa ini, tiada apa yang perlu dibimbangkan selagi Qayyum tidak berasa sakit. Mungkin 3-4 tahun lagi akan ada perubahan. Doktor kata lagi, berkemungkinan kaki Qayyum akan pendek sebelah, tulang akan membengkok dan apabila semua itu dirasai Qayyum..Doktor akan lakukan sesuatu. Doktor bukan Tuhan kan? Doa saya tidak pernah putus untuk anak saya Firhan Qayyum. Semoga Allah perkenankan segala doa saya. Semoga kaki dan tulang Qayyum akan pulih sedia kala. Amin.
Usai appoinment Qayyum, giliran abah plak masuk ke bilik pembedahan. Dari jam 3 lebih hingga 5 lebih, baru selesai abah buat angiogram.
Alhamdulillah, menurut Doktor Alexander, saluran darah abah tidak tersumbat sepenuhnya. Masih ada laluan tapi didapati otot sebelah kiri abah agak lemah dan disarankan buat MRI Disember nanti. Harap-harap semuakan akan okay.
Terima kasih buat insan-insan yang sudi mendoakan buat abah kite. Hanya Allah yang akan membalasnya kelak.