Showing posts with label Annivesary. Show all posts
Showing posts with label Annivesary. Show all posts

4 March 2020

TWENTY ANNIVERSARY


Twenty years! Happy anniversary to us 😍

Alhamdulillah. Hari ini hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 20 tahun. Syukur sehingga ke detik dan saat ini kami masih bersama-sama. 

Masih sama-sama berpegangan tangan.
Masih sama-sama tidur bersebelahan.
Masih sama-sama berpelukan.
Masih sama-sama makan bersama.
Masih sama-sama punya tanggungjawab terhadap keluarga.
Masih sama-sama mengharungi susah dan senang.
Masih sama-sama menikmati suka duka kehidupan.


Video Jeju with Love Part 1 is done


Bukan masa yang sekejap ye 20 tahun. 20 tahun kongsi suka duka bersama. Susah senang hanya kami yang tahu. Selama 20 tahun, maafkan saya kerana mampu beri Abang 2 orang anak sahaja. 20 tahun banyak salah silap saya pada Abang, ampunkan saya. Semoga 20 tahun dan lebih lagi cinta kita masih segar bugar walau di mamah usia.


Saya tahu saya bukanlah yang terbaik buat Abang. Saya tidak hebat masak, tidak cepat menguruskan anak, tidak sempurna dari segalanya tapi saya cuba jadi yang terbaik.


20 tahun penuh liku kita lalui. Ada masam ada manis. Ada suka ada duka. 


Terima kasih Abang kerana selalu layan saya seperti princess. Walaupun kadang Abang nyampah (saya tahu) tapi Abang tetap layan saya. 


Jangan cuba buat saya gembira tapi cuba buat kita semua bersama gembira dan bahagia sehingga kita akan bersama-sama di alam abadi.


Doa saya moga kita kekal berkasih sayang. 


20 tahun ... 40 tahun ... 80 tahun ... forever insyaAllah


Terima kasih Abang kerana merealisasikan impian honeymoon saya walaupun terpaksa menunggu hingga 20 tahun. Manisnya sampai mati saya kenang. Indahnya rasa macam di syurga.    

Happy Annivesary Love,
4.3.2000 - 4.3.2020 💓

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
Blog| IG | Youtube

4 March 2019

19 ANNIVERSARY


Moga Cinta Kita Makin Mekar.
Moga Kasih Sayang Kita Makin Utuh.
Moga Tidak Pernah Jemu Mengungkapkan Kata Cinta.
Moga Kita Bertemu di Syurga kelak. 
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Happy 19th Annivesary my love 💖
4 Mac 2019

4 March 2018

18 ANNIVERSARY



Happy Annivesary sayang 

Semoga 18 tahun ini tidak  pernah buat awak jemu dengan saya
Semoga 18 tahun ini tidak penah ada rasa kesal di hati awak
Terima kasih kerana menjana amanah abah & mak saya dengan baik
Terima kasih kerana jadi babah dan suami yang baik pada kami
Walau tidak ada jambatan emas
Walau tidak ada emas berguni
Walau tidak ada duit berguni
Kasih sayang saya hanya untuk awak
Semoga kita akan bersama hingga ke syurga
Amin


Terima kasih jugak kerana buat kejutan buat saya walaupun bukan 18 kali
Terima kasih atas segalanya
Love you abang

4 June 2017

17 ANNIVERSARY

Terima kasih terima saya seadanya.
Terima kasih sentiasa ada ketika saya memerlukan.
Terima kasih terima baik dan buruk saya.
Dan saya juga menerima awak seadanya.
Dan saya juga ada ketika awak memerlukan saya.
Dan saya juga terima baik dan buruk awak.
17 tahun berlalu …
Moga makin cinta.
Moga makin sayang.
Moga makin bahagia.
Happy Annivesary Sayang …
4.3.2000 - 4.3.2017

4 March 2016

16 ANNIVERSARY

"Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat"

Awak.
16 tahun sudah.
Kadang rasa gembira. Kadang rasa sedih.
Kadang rasa bahagianya. Kadang rasa nak tarik je janggut awak.
Kadang rasa nyampah. Kadang rasa rindunya yaamat!
Awak.
Saya gembira selama 16 tahun bersama awak.
Dah tak reti nak mintak apa kot.
Mintak dipanjangkan jodoh & diberkati selalu.
Bahagia bersama 2 orang anak dan sorang bini jer.
Awak jaga saya. Saya jaga awak.
Akhir kata, maaf kerana tidak dapat menghadiahkan anak buat ulangtahun kita yang ke 16 ini...tetttttt!!!
I Love You.
4.3.2000 - 4.3.2016

4 March 2015

15 ANNIVERSARY


Happy Anniversary to us
Laki ajak candle light hotel
Bini ajak balik tidur lagi best
Moga cinta kita makin utuh

4 Mac 2015

4 March 2009

9 ANNIVERSARY



Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Kita..Sayang. Kadangkala begitu sukar untukku melafazkan kata-kata sayang
terhadapmu. Kadangkala begitu sukar untukku meluahkan betapa aku merinduimu setiap masa.Cinta dan Kasih Sayang inilah dapat aku berikan padamu. Aku bahagia hidup bersamamu. Semoga ikatan suci ini akan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa kita.

4.3.2000-4.3.2009