13 February 2018

Ais Kepal Milo Viral Kundang

Ais Kepal Milo Viral! Sapa dah cuba angkat tangan ... 

Sebagai peminat tegar milo, haruslah kakak cuba kan ... hehehehe ...

Tak jauh pun mencuba, di Kundang jer. Yang lagi best kedai kakak bespren kakak pulak tu ... untong-untong dapat makan free ... wakakakaka ...

Korang boleh mencuba Ais Kepal Milo Viral di Warong Cidot yang terletak di Kundang , Sungai Buloh.  


Dicilok dr IG kakak Balqis ... 


Akhirnya berjaya kakak mencuba keenakkan Ais Kepal Milo di Warong Cidot. Kepekatan milo yang dicampur susu dan ais kepal ... letak kacang pulak .... perghhhhhhh!!!!

Selain popular dengan Ais Kepal Milo Viral, Warung Cidot turut menyediakan menu seperti ABC, Cendol, Laksa, Mee Rebus & Mee Kari.

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 12 tengahari hingga 7 malam (dengar kata waktu perniagaan  dilanjutkan hingga ke jam 10 malam)

Buat peminat tegar Milo, harus cuba Ais Kepal Milo Viral ni.

Korang boleh usya FB Warung Cidot untuk maps dan sebarang info.

P/S : Tengkiu bespren belanjer kite tau :)



No comments:

Post a Comment