Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

10 May 2018

JALAN-JALAN IPOH

PASAR KARAT IPOH

Rupa-rupanya Pasar Karat Ipoh ni dekat sangat dengan hotel kami (Kinta Riverfront Hotel & Apartment). Kami siap naik kereta lagi. Sudahnya, parking balik kereta dalam hotel sebab Pasar Karat ni depan hotel kami jer. Pasar Karat Ipoh dibuka setiap pagi Ahad dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Pasar Karat Ipoh ini dikenali dengan jualan barang-barang lama dan rare. Tak percaya meh kakak belanjer gambar ...


Nampak? Telefon zaman 90 an ada , radio lama dan macam-macam lagilah ...


Cawan dan botol ni memang rare. Ni zaman kakak kecik-kecik dulu glamer ni ... 


Dalam tak sihat tu sibuk jugak nak ikut kami jalan Pasar Karat. Boring katanya. Nampak kedai jual cincin sukalah Haji Matusan ni tau ...


Ni pun rare  ... payah nak jumpa sekarang ni ...


Tengok uncle ni, barang-barang camni pun dia jual. Speaker tu ada je kat umah mak abah dulu, tak teringat pun nak simpan ... leh buat duit kan ...


Lega sakit bila dapat beli kaset pop yehyeh Abah. Seketul RM30. Boleh buat duit betul ... hehehehe ..

Pada kakak, okaylah Pasar Karat Ipoh ni. Ada banyak benda jual sampai skru-skru yang dah berkarat pun depa juai ... lagi dasyat ada pulak yang membeli tu ...  hehehehehe ...

RESTORAN HOLLYWOOD

Lepas check out, kami terus cari makan. Awalnya nak makan Mee Kari Mat Jasak tapi disebabkan anak cina jadian ni sibuk nak makan wantan terpaksa ubah tempat.

Bila sampai je kedai dituju, agak terkejut. Takkan nak makan kedai ni ... macam kedai cina kat welfare jer ... Tapi ramai je umat melayu makan situ. Anak cina jadian tu nak jugak. Okay! kakak layankan jelah selepas buat kajian tentang Restoran Hollywood ni ...


Sukalah tu anak cina jadian ni dapat makanan kegemaran dia (kakak lupa nama apa)


Sumpah! Mee Kicap Pedas kat Restoran Hollywood sedap giler weiiii ... kakak asyik terbayang jer ni. Macam nak ajak Abang Kembong pi rempit jer ke Ipoh ... semua cukup rasa ...

dan ....

kopi ais kat situ memang sedap gilerrr

STREET ART IPOH

Dah kenyang dan singgah solat, kami singgah ke Street Art Ipoh sebelum menuju pulang ke Sungai Buloh.


Bini mana ... hahahaha


April boys


Bawak kakak jenjalan bagi hilang stress nak exam besar tahun ni ...


psttttt!!!!


Anak bujang lagi satu taknak bergambor sebab bad mood :)



Tak semua Mural Art Ipoh ni kami sempat bergambar. Ada mural yang masih berkeadaan baik dan ada yang sudah luntur warnanya. Sebenarnya banyak lagi cuma malas nak teruskan memandangkan masa terhad.

Plan B pun kami tak singgah sebab last year dah singgah lagipun tak sempat hari makin petang. Alhamdulillah, segala urusan di Ipoh dipermudahkan. Niat nak bawak anak-anak dan keluarga bercuti walaupun sekejap terlaksana. Lepas ni kakak kena kuarantin sebab nak exam besar hujung tahun ni. 

Sekian pengalaman Jalan-Jalan Ipoh dari Akak Kembang :)

4 May 2018

BERMALAM DI KINTA RIVERFRONT HOTEL & APARTMENT IPOH

Alang-alang menghantar orang kahwin, kami selalu akan terus bercuti. Hotel dah ditempah sebulan sebelum majlis.

Kakak menginap di Kinta Riverfront Hotel & Apartment, Ipoh. Pengaruh dari keindahan dalam google :) Kakak tempah melalui Expedia.com.my Dah survey kat agoda dan booking.com, nampaknya harga di Expedia lagi murah ... rembat jelah.

Lagipun bolehlah abah dan mak berehat. Bukan kami sekeluarga jer pi bercuti di Ipoh ... ada 3 keluarga lagi yang ikut sama.

KINTA RIVERFRONT HOTEL & APARTMENT

Sengaja amik apartment sebab senang kami keluarga berkumpul. Lagipun semalam je ...

Tak banyak kakak dapat ambil gambar sebab dah penat kat kenduri tadi kan ... layan jelah beberapa gambar tumpangan ni ek ...
Ini bahagian ruang tamu. Memang besar dan berbaloi pada korang yang bawak ramai sanak saudara. Bawak toto, boleh tidur reramai. 


Bahagian tengah dan dapur. Peti ais dan kettle turut disediakan. Dapur je takde.

Siaran TV memang clear ... apartment kami betul-betul menghadap Sungai Kinta ...

Ini master bedroom. Ada bilik air dan bath tab. Ada tv jugak master bedroom.

Bilik kedua. Ada bilik lagi satu diluar.

Bilik ketiga ... 

Harga hotel Kinta Riverfront Hotel & Apartment berharga RM286.39 untuk satu malam. 

Tak sabar memasing nak terjun kolam. Bila kakak sampai je kat kolam ... awat kolam ni takde cermin? Rupanya tu kakak terlupa, kakak kan tidor kat apartment, so kolamnya camgini. Kolam cermin tu kat hotel ... hahahaha ... hentam ajelah ...
Punyalah excited mummy dapat bawak anak sampai lupa bawak baju mandi ... spender pun spenderlah ... kekekeke ...

Kakak memang suka berendam ni ....

 Anak-anak suka mak-mak lagi gumbira ...

Acu melayan anak menakan yang jarang-jarang jumpa.

Malangnya kolam di bahagian apartment ni macam kurang terjaga. Tapi tak menjadikan masalah pun janji dapat terjun kolam kan ...

Esoknya kami sambung mandi kat kolam hotel. 


Kolam hotel baru ada cermin ... kekekeke



encem boy mama ...

Apa yang best dan tak best tentang Kinta Riverfront Hotel & Apartment, Ipoh.

Yang best :-

1. Bilik besar, bersih dan selesa.
2. Siaran tv cantik clear.
3. Terdapat 2 kedai serbaneka berdekatan hotel.
4. Berdekatan dengan Pasar Karat Ipoh.

Yang tidak best :-

1. Kebersihan di kolam apartment kurang dijaga tapi air kolam bersih.
2. Suasana lampu-lampu sepanjang Sungai Kinta malap, tidak secantik dalam gambar.

Sekian.

15 December 2017

DARI IPOH KE CAMERON HIGHLANDS

Lepas raya ritu menghantar rombongan anak saudara bertunang kat Ipoh. Anak saudara pertama dalam IB Clans bertunang. Alamak .... tak lama lagi jadi nekmalong ... kekekeke ... 


Tahniah Emi & Sya. Bulan 4 tahun depan dah nak kahwin ...


Sebahagian rombongan IB Clans yang menghantar rombongan ... 


Tema dan rumput seiringan ... kekekeke ..


Selamat dah meminang anak dara Ipoh


Makcik-Makcik yang over


Alhamdulillah ...

Selesai majlis, kami terus ke bandar Ipoh. Katanya Tempat Best di Ipoh ialah Plan B. Jom tengok apa ada kat Plan B tu ...


Kedai ais kepal yang glamor di Plan B


Camnilah rupa ais kepal tu ...


pastu korang bolehlah amik gambar kat sekitar Plan B tu ... ada macam-macam mural ...


Eh! Pak Aji ....


Sebahagian IB Clans turun Cameron Highlands. Kami singgah bandar Ipoh jerr ...


Kasi canlah ...


Nyawa saya :)


Lepas lepak Plan B, ingatkan Abang Kembong terus balik ... rupanya terus menonong naik Cameron Highlands ..


Kami naik dari Simpang Pulai, so singgah Lavendar Farm jelah yang sempat sebab dah agak petang masa tu. Takut jalan jem lagi nak balik nanti.



Terror adik aku ni leh bawak corner lipat kat cameron ... hehehehe ...


bab possing memang pandai


so sweetsss


Susah nak bergambar sebenarnya budak ni


Lepas maghrib baru kami turun balik. Tak plan pun. Saja terjah jer ...