18 November 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKSP 2011


Saya memang tak jangka sangat tentang peperiksaan akhir tahun Qayyum. Yelaa...diakan baru 4 bulan jek bersekolah. memang dia bersekolah tadika tapi dia agak lemah sedikit. Kadang-kadang saya malu dan jeles dengan anak-anak orang lain yang bijak pandai...tapi itu bukan penyebabnya untuk Qayyum tidak boleh maju. 

Setiap kali Qayyum ada ujian, saya akan bertanya dapat nombor berapa? 

Dan Qayyum akan jawab "Adik dapat No. 2" dengan selambanya. Rupa-rupanya markah dia 2 jek...kekekekeke... 

Bila peperiksaan akhir tahun..dia cakap dia dapat No. 2..kami gelak-gelak jek.. 

"Mama ngan Babah tak caya ke? Nah!!" sambil tunjuk slip keputusan peperiksaannya. Kami terkedu dan saya menangis kesyukuran. Saya rasa bangga sangat walaupun Qayyum kelas terakhir dan baru 4 bulan mempelajari pelajaran Darjah 1 tapi dia boleh berjaya. Saya malu dengan diri sendiri sebab memperkecilkan kebolehan Qayyum. Anugerah Allah buat Firhan Qayyum. Tidak terjangka.




Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong a.k.a SKSP adalah sekolah saya dari darjah 1-6. Kini..anak-anak saya yang bersekolah. Memang ada yang cakap sekolah saya sekolah kampung tapi bukan sebarangan kampung. Kini dah maju dan saya rasa sangat jeles sebab ramai budak-budak pandai.






kesayangan kami


Saya rakamkan setiap detik gerak langkah Firhan Qayyum. Saya mahu dia bangga dengan diri sendiri. Saya mahu dia terus berusaha.


Dah 2 hari buat latihan penyampaian hadiah. Nasib baik mood dia okay walaupun malu-malu..


Menurut kata kakak Balqis..masa latihan..Qayyum tak mau salam ngan cikgu besar. Amik adiah terus blah je. Nasib baik semalam dia okay..Tengok! dia salam cikgu besar :)


Kakak Balqis takde rezeki tahun ni. Balqis dapat no. 6. Kalau dapat no. 1-5 baru hadiah. Alhamdulillah..tahun 2011 ni anak-anak saya menjadi. Walaupun tahun ni memang agak sibuk dan kurang pantau anak-anak..tapi Balqis & Qayyum pandai bawak diri.Syukur sangat.


Generasi ke 3 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Bermula mak saya, saya dan anak-anak saya. Semoga anak-anak saya berjaya hingga ke menara gading. 



Chenta Jiwa Lara saya :) 

Tahun depan Balqis darjah 5 dan Qayyum darjah 2. Kesekejapan jek anak-anak saya besar. Rindu zaman baby dorang. Masing-masing dapat naik kelas. Walaupun bukan kelas terbaik tapi saya mahu dorang dapat A semuanya sudah memadai. 

Tahun hadapan kena keje keras skit.  Balqis dah nak masuk pra UPSR. Kena struggle sikitlah..Qayyum kena banyak latihan membaca sebab bab tu dia masih lemah. 

P/S : dapat jumpa kawan lama yang sama-sama bersekolah di SKSP dan anaknya jugak bersekolah di SKSP