20 May 2020

RESEPI TART NENAS SENANG

Hai bloggerian!

Jikalau hari raya, memang tak sah kalau takde Tart Nenas kan. Biskut raya wajib ni mesti ada. Ada orang tak suka buat sebab leceh katanya. 

Jangan risau, Resepi Tart Nenas yang sis nak sharekan ni senang giler korang. Tak perlu ada mixer pun. Guna tangan jer.

Resepi asal dari Kak Azie Kitchen. Memang terbaik dan mudah sangat nak buat Tart Nenas ni. 


Hasil Jem Nenas yang sis buat ritu. Dah siap bulat-bulatkan. Lonjong-lonjong pun boleh.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Tart Nenas ialah :

250 gm butter
50 gm gula kastor 

300 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Kuning telur
Pewarna kuning

*resepi ni untuk 1 adunan. 1 adunan boleh dapat lebih kurang 62-65 biji tart nenas.


Cara-caranya :

1. Panaskan oven selama 10 minit.
2. Masukkan semua bahan dalam bekas. Kemudian gaul jer dengan tangan.
3. Bila dah sebati, masukkan dalam acuan tart dan tekan.
4. Letak jem nenas dan gulung.
5. Sapukan kuning telor di atas tart nenas.Nak bagi kuning lawa, letak pewarna kuning dalam kuning telor tadi.
6. Bakar dalam oven dalam suhu 170 celcius selama 25 minit. Api atas bawah ye.
7. Dah siap!


Gebus gebas Tart Nenas sis uolss!!
Serius resepi ni kena dengan tekak sis dan sedap sangat. 
Sis sampai buat 3 adunan sebab senang jer.
Cubalah.


Cara-cara buat boleh tonton di video di atas ini.

Jangan lupa like, share & subcribe youtube Akak Kembang Channel ye ...


with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

19 May 2020

CARA BUAT JEM NENAS

Hello! Macam sis kata semalam, walaupun tak beraya tapi kena raya demi kemenangan melawan nafsu selama sebulan. Jujurnya, sis memang mood ke laut tapi kena raya jugak tanda gembira dan bahagia. Takde beli baju raya ke kasut raya ke macam tahun sudah-sudah. Cuma syukurnya nasib baik baju untuk raya pertama dah memang siap tempah sebelum PKP lagi. Itu jelah yang ada. Baju melayu tak beli. Try beli kurta online tapi sampai ke hari ini tak dapat lagi. Takpelah, nanti kita mix & match jer apa yang ada. 

Harini, sista nak sharekan resepi buat jem nenas mudah. Ni resepi mak ajah Zainab. Selalu kita masak dalam kuali ataupun rice cooker kan. Kalini sis nak ajar masak Jem Nenas dengan Noxxa. Lets go!


Bahan-bahan untuk Jem Nenas :

5 biji nenas yang sudah masak (disagat halus)
2 1/2 cawan gula
sedikit pewarna kuning


Cara-cara Masak Jem Nenas dengan periuk Noxxa :-

1. Masukkan nenas yang telah disagat ke dalam inner periuk Noxxa.
2. Masuk gula.
3. Tekan button Stir Fry. Kacau perlahan-lahan.
4. Kacau lagi sehingga jem nenas korang kering.
5. Lebih kurang sejam, jem nenas korang siap.

Tak paham? Boleh tengok video di bawah ni 👇


Jangan lupa like, share & subcribe youtube Akak Kembang Channel ye!

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

18 May 2020

RESEPI BISKUT SAMPERIT

Assalamualaikum korang. Sedar tak sedar dah 25 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. Semoga wabak Covid 19 ini jugak akan berakhir juga tidak lama lagi.

Masa PKP ritu, sis berjaya menyiapkan 2-3 jenis biskut raya. Antaranya ialah Biskut Samperit. Buat 1 adunan jer sebab kita bukannya boleh beraya sakan pun. Buat untuk anak-anak makan jer, jadilah kan. Takde biskut raya tak meriah pulak. Kita wajib meraikan raya walaupun hanya kita kita ajer 😊

Sis tak ingat resepi ni dari siapa tapi sis berani jamin ianya antara resepi tersedap yang sis rasa.


Bahan-bahan untuk Resepi Biskut Samperit ialah :

250 gm butter
110 gm gula icing
115 gm tepung kastard
160 gm tepung red rose
1 sudu kecil esen vanilla
Buah Cherry sebagai hiasan

*resepi ini untuk 1 adunan. 1 adunan boleh dapat lebih kurang 75-80 biji biskut samperit. Bergantung saiz korang acu.

Cara-caranya ialah :

1. Panaskan oven selama 10 minit.
2. Masukkan gula dan butter. Pukul sampai kembang.
3. Masukkan esen vanilla,tepung kastard dan tepung red rose.Kaupkan dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan adunan dalam acuan.
5. Hiaskan dengan buah cherry.
6. Bakar dalam oven 150c selama 20 minit.
7. Dah siap!


Nak tengok video dan cara-cara boleh klik video 👆

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

17 May 2020

SHORT VACATION IN PHUKET (FINAL)


Phuket, 29 Apr 2019 - Day 3

Setiap kali travel mesti hari last jadi sedih kan. Sedihlah meninggalkan kenangan manis di Phuket. Entah dapat pergi atau tidak lagi. Tapi ternyata itulah hakikatnya yang perlu kita hadapi setahun dua tahun ini. Disebabkan wabak Covid 19 inilah semua benda kita tak boleh buat. Itulah dugaan Allah bagi untuk kita beringat-ingat sebenarnya. Jangan terlalu alpa. Sis harap dan berdoa agar wabak ini ada penawarnya supaya kita semua boleh hidup normal kembali.

Aktiviti hari terakhir di Phuket ialah massage-massage dan makan dim sum sedap dan popular di Phuket. Malangnya, sis tak boleh bukak mata weiii. Satu badan sakit-sakit sebab snorkeling semalamnya tu. Tinggallah sis dan Kak Wanie yang sambung membuta 😋


Di hadapan penginapan kami di Phuket selamat 3 hari 2 malam.

Harga  bilik Superior di Hotel Andakira Phuket ialah RM133.49  semalam. Jika  korang nak bilik terus terjun kolam pun boleh.

Lepas Saiy, Nisa & Hani balik makan dim sum, kami berpecah. Saiy & Hani pi massage-massage. Sis, Kak Wanie & Nisa nak pi Hard Rock Cafe Phuket.

Kami decide jalan kaki jer. Punyalah jauh jalan tapi seronok. Masa ni baru tahu jalan shortcut ke HRC Phuket. Masa ni jugak jumpa orang Malaysia dok tegur. Eh! orang Malaysia ye. Kami excitedlah. Ha ha ha.


Demi selai t'shirt HRC buat laki, kami gagah jalan kaki tau. Berpeluh ketiak 😝


Mana-mana pergi wajib singgah HRC. Jika dulu-dulu sis rajin beli tshirt HRC yang blink-blink tu tapi bila lelamer beli untuk laki plak sebab bukannya sis pakai pun.


Singgah Jungceylon Shopping Mall untuk tempat benda ni. Boleh pakai untuk simpan kad opis nanti.


Sampai di Phuket Airport, kami solat dulu. Jika korang lepas check in surau ni boleh nampak belah kiri korang.

Sekian cerita pengalaman maneh sista bercuti di Phuket. InsyaAllah, lepas ni nak repeat lagi. Setakat ni semua tempat yang sis pergi tak pernah rasa menyesal. Penat, letih, panas tu perkara biasa. Lepas ni mohon Covid 19 cepat hilang weiiii...sis tak sabar nak menyelam ni weiii!!!

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube







16 May 2020

SHORT VACATION IN PHUKET (PART 2.2)

Sambungan dari Part 2 | Snorkeling di Coral Island & Raiya Island

Assalamualaikum! Sawadikap! Kam Kum Kap! 😍

Korang dah keje ke? Sis dah masuk keje pun lepas PKPB diumumkan. Tu yang blog jadi sendu balik. Weekend jelah dapat menulis. Semoga seronok membaca ye.

SUNSET VIEW DI LAEM PHROMTHEP

Tak habis lagi rasa keseronokan bersnorkeling yang happening macam joyah tu, kami excited bergegas nak tengok sunset pulak. Memang extreme sungguh aktiviti hari kedua kami ritu. Nasib baiklah kuda-kuda kami masih gagah perkasa.

Sampai hotel dalam pukul 2 lebih camtu, kami terus bersiap. Tut tut pulak memang kami booking pakcik semalam tu.

Orang kata, jika ke Phuket tempat wajib pergi adalah Laem Phromthep Viewpoint. Apa yang menarik di situ ialah nak lihat matahari terbenam. Tak sabarnya.

Perjalanan mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Laem Phromthep Viewpoint. Tak rasa lama pun sebab terbuai dengan angin dan permandangan naik tut tut.


Matahari malu-malu nak melabuhkan tirainya ...


Beg tu sis baru jer beli kat kedai tepi jalan tempat parking kereta di Laem Phromthep ni ... 
Gigihkan beli beg untuk ootteeddeeyy 😜



Laem Phromthep View Point ni tidak asing dan sangat popular di kalangan pelancong asing. Tapi orang tempatan pun ramai jer sis tengok lepak sini. Mungkin hujung minggu barangkali.

Jika korang ke Phuket wajib singgah sini untuk lihat sunset. Sungguh cantik weiii walaupun ko hanya termenung nengok matahari terbenam 😎 


 Petang nan merembang bersama teman-teman 😍
Dan budak kecik ni dahpun meninggalkan kami. Dah dapat tempat lagi baik.
Sesungguhnya kenangan ini adalah kenangan terindah.
Banyak gelak dari nangis 😝
Semoga berjaya ditempat baru ye aggasi Hani 💗


SubhanaAllah. Cantik


Dari Laem Phromthep Viewpoint kami suruh pakcik tut tut terus hantar kami ke tempat dinner kami.

DINNER DI PANTAI RESTORAN HALAL FOOD PHUKET

Kedai makan Halal di Phuket agak terhad. Hasil carian di blog orang ramai, Efa selaku ketua trip jumpa kedai makan halal. Tapi agak jauh sikit dari hotel kami. 


Restoran ni tepi laut dan tepi jalan jer. Bersih dan cantik. Kepunyaan Melayu Champa. 
Kalau korang naik tut tut korang tunjuk gambar ni sebab bila cakap dorang tak paham ... huhuhu ...



Acara wajib jika travel, mesti ada acara makan malam bersama. Baru mesraaaaa 😁


Dapat makanan ala-ala Melayu memang lahap jadinya ... tapi bagi sis lagi sedap seafood di Kedai Makan Kalim Rim Lay yang kami makan malam pertama tu.


Habis makan malam di Pantai Restoran Halal Food, kami nak ke Phuket Night Market. Dorang ni bolehlah naik motor, kami yang tak reti naik motor ni kena naik tut tut lah gamaknya.


Benda pertama yang sis nampak bila sampai Phuket Night Market ni ialah beg rotan weiiii. Naik sawan aku nengok hahahaha. Tapi harga tengah malam agak mahal sikit walaupun sesi menawar telah dibuat. Mahu tak mahu kenalah beli sebab esoknya dah nak balik Malaysia.


Antara beg rotan yang berjaya sis sambar di Phuket Night Market

Puas hati dalam beg idaman hati. Boleh tidor dengan tenang sebab esoknya sebelum balik kami nak makan dim sum tersedap di Phuket.

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

4 May 2020

SHORT VACATION IN PHUKET (PART 2)


Phuket, 27 Apr 2019 - Day 2

Selain sight seing di Phuket, orang kata kalau datang Phuket tak snorkeling tak lengkap percutian korang. Betul jugak. Phuket memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik untuk korang laukan aktiviti snorkeling. Takkan datang semata nak tengok laut je kan. Sis cuba!

Hani, Nisa & Saiy memang confirm akan turun laut. Sis? giler tak follow. Paling excited semestinya sis lah yang over.

So, harini aktiviti mencabar kami ialah snorkeling 😎 Sekali lagi kami menggunakan perkhidmatan Klook untuk Pakej Snorkeling 1/2 hari. Kami ambil pakej 1/2 hari sebab takut tak nak terkejar-kejar untuk tengok sunset dan dinner nanti. Pakej merangkumi snorkeling 2 pulau iaitu Coral dan Racha (disebut Raya) termasuk makan pagi dan tengahari. Harga pakej snorkeling seorang ialah RM120 seorang.

Pukul 8 pagi wakil Klook datang jemput kami di hotel. Waktu di Phuket lambat sejam dari waktu Malaysia ye. So memang tido tak berapa cukuplah ... huhuhu ...



Selepas wakil van Klook pick up kami di hotel, kami dibawa ke Jeti Chalong. Ramai jugak yang join kami pagi tu. Kami je Malay people 😊


Sebelum naik bot, kami disuruh breakfast. 


Kami bawak bekalan sendiri takut kelaparan tapi macam biasa sis pepagi mana lalu makan ... 


Lepas breakfast, kami diberi penerangan lanjut berkenaan aktiviti snorkeling kami nanti 😎


Kemudian kami berjalan ke arah bot-bot laju yang tersedia Jeti Chalong.


Sia takde rasa sekelumit debaran pun sepanjang perjalanan menuju pulau.
Sis so excited 😍

Kemudaian, kami dibawa ke Coral Island terlebih dahulu. Coral Island ni adalah laut dalam dan gelap. Okay. Disini bermula ketakutan terlampau sista 😓


Korang bayangkan Laut Coral ni laut dalam dan gelap tau. Sis dengan konpiden tak menyabar nak menyelam tetapi apa yang sis daya hanyalah ketakutan terlampau.



Gambar di atas adalah selepas sis bertenang ye. Sebelum tu sis sampai hilang rasa malu. Tak percaya boleh tengok video kat atas sekali tu.

Disebabkan terlampau konpiden rupanya sis penakut nak nakmatik korang. Tengok orang lain turun ke laut steady jer. Tapi bila turn sis menggeletar satu badan bila tengok kemain gelapnya laut tu ... huhuhu ...

Macam-macam rasa. Masa nilah baru ingat laki. Kalau laki ada boleh laki peluk 😝 Nasib baiklah ada adik-adik kesayangan sis bertiga tu.

Kalau tak disebabkan Nisa, Hani dan Saiy bagi sokongan moral ... sis sanggup duduk dalam bot tu jer. Korang jangan gelak, pi tengok video sis tu. Sumpah! kelakar giler. Nasib baiklah hanya kami berempat jer Malay People. Dan nasib baik dapat Pak Wan (pembantu penyelam) memahami ketakutan yang sis alami ketika tu. Pak Wan lah yang banyak tolong sis stabilkan emosi. Siap suruh aku menyelam tengok dalam laut kot. Sis terai tapi gelap wehhhhh!!!!


Nasib pakai sunblock tupun nak gelap gulita ... huhuhu ...

Hampir melupakan kejadian memalukan di Coral Island, kami di bawa pula ke Racha Island (Raya Island). Kalini lautnya sangat cantik. Biru dan boleh nampak apa isi dalam lautnya.

Kali ini, sis makin okay. Okaylah sebab Pak Wan ada ... hahahaha. Dia dah tahu betapa penakutnya tu pasal dia tolong sis.


Nampak tak kebahagian sis ketika ini ... hahahaha ...
Baju birulah Pak Wan. Malu-malu plak dia 😝


Di Raya Island ni sis lebih tenang dan seronok menyelam sampai terkeluar-kuar rambut aku ...hahahaha ... semua video dalam air semua nampak rambut. Hampeh!!! Kena repeat pergi lagi nampak gayanya.


Sis lebih seronok disini sebab laut sangat-sangat jernih. Boleh nampak batu karang dan ikan-ikan warna warni.


Kat sini, sis asyik menyelam ke bawah jer ... seronok sebab jernih tak macam Coral Island tadi.

Tak lama pun di Raya Island, sebab kami nak berehat di pantai Raya Island pulak untuk makan tengahari.



Pantai Pulau Raiya yang sungguh menakjubkan. Pulaunya terpelihara dan cantik sekali.



Kami dihidangkan dengan makan tengahari yang superb. Siap ada buah rambutan lagik. Selesai makan, kami bebas melakukan apa saja aktiviti bebas. Kami ambil peluang untuk tour persisiran pantai Raiya Island.


Cari port hujung-hujung sikit ... hehehehe


Teringat anak-anak ke sis 😊


Love sangat picture Hani ni ...


 Nyaman bangat ye Saiy ...


Sawadikap Nisa


Amazing ...


Sis cuba possing Mira Piljah ye


Love it 💙


💙💙



Muka puas hati memasing terutama sis lah. 1st time snorkeling tanpa laki disini, so takleh ngader-ngader lelebih ... hahahahaha ...




Sebelum sampai di Jeti Chalong, kami dijamukan buah-buahan dan air. Superb pakej ni ...

Alhamdulillah, tertunai impian sis nak snorkeling walaupun banyak adegan kelakar dan memalukan berlaku. Seronok dapat melakukan aktiviti extreme (bagi sis extremelah kan). InsyaAllah lepas ni nak bawak family pulak.

Tips untuk aktiviti snorkeling :

1. Pakaian hendaklah swimming suit sebab ringan. Bagi muslimah, korang boleh pakai baju pantai tu. Sis beli dekat Wat Chalong Temple. Beli kat shopee pun boleh. Tudung pulak pakai je tudung sarung senang. Makesure anak tudung diketatkan ye supaya tak lari dan nampak rambut bila menyelam nanti.

2. Pakai sunblock, sunglass, selipar dan topi sebab panas sangat.

3. Bawa beg kalis air untuk letak barang-barang peribadi.

2. Jika ada gogel atau snorkeling mask tu bawaklah sendiri. Dalam pakej ada jer disediakan.

3. Pastikan casing waterproof korang selamat. Test dulu sebelum celup dalam laut tu.


with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube