25 September 2018

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (Part 2)

Annyong Hasimnika?
(Apa Khabar)

Day 2 - 8 September 2018

Ada yang tak sabar ke tunggu entri Korea kakak part 2? Tak menyempat wehhhh!!! Kakak cuba sedaya upaya siapkan part by part ye.

Saja jer letak sini bahasa Korea, mana tau nanti nak ke Korea lagi (berangan jer) padahal kat sana ritu menggelupur nak cakap bahasa Korea, kat ofis punyalah sakan praktis :)

Ada yang tanya kat Korea jalan sendiri atau amik tour guide?

Sudah tentu kami ambil pakej tour guide di Korea memandangkan kami ramai dan ada kanak-kanak. Untuk memudahkan perjalanan dan aktiviti lebih baik gunakan perkhidmatan tour guide. Kami menggunakan tour guide di Korea dengan KRtourguidemy 


Hari kedua kami diganti dengan tour guide lain, Salam. Baik dan sopan budaknya tapi sporting. Azrul pun baik dan sopan orangnya, cuma untuk 2 hari tu, Salam yang akan jadi tour guide kami. Salam orang Jitra, Kedah. Baru berusia 22 tahun. Dia study engineering kat Korea. Dia pun ada buat tour guide sendiri. Boleh tengok IG Salam Tour Guide.

Itineraray hari kedua kami akan ke tempat wajib jika anda ke Korea Selatan iaitu Pulau Nami atau Nami Nara. Perjalanan dari hotel kami ke Pulau Nami mengambil masa 2 jam mengikut aliran trafik lagi-lagi kami pi tu hari Sabtu mesti jem.

Sebelum bertolak, kami dah siap breakfast kat hotel. Tour guide dah pesan, cuma boleh makan roti, jem, telur rebus, cereal dan susu, air kopi jer ... yang goreng-goreng jangan makan plak. Dah tu kami siap tapau roti untuk bekalan dalam bas. Boleh cecah ngan tuna dan jem (pun tapau hotel punya). 2 jam perjalanan tu macam-macam boleh berlaku pada perut kita kan ... hehehehe 


Salah satu sungai di Korea yang memang cantik sangat dan menjadi tempat beriadah. 

Tapi tula kakak masih pelik kenapa tempat riadah dorang berkonsepkan hutan dan semak? Kalau kat Malaysia bahaya semak camni ... macam-macam boleh jadi kan? Tapi kat Korea ok jer ... lawa pulak tu ...


Stesyen Minyak di Korea ... 

Mata memang tak boleh lelap sepanjang perjalanan. Kakak kalau berjalan memang tak suka tidur sebenarnya sebab kakak suka tengok permandangan sepanjang perjalanan.

Hampir 2 jam perjalanan ke Nami Island, akhirnya kami sampai di Jeti Nami Island.


Kalau korang gi sendiri, boleh beli tiket feri kat sini. Macam kami guna tour guide dah termasuk sekali, jadi biar Salam yang settlekan.


Pintu masuk menuju ke feri Pulau Nami.


Kasi can kakak pepeling titanic :)


Geng Gegurl


Geng Bujang


Tak sampai 10 minit rombongan Gelak Sakan dah sampai ke Pulau Nami :)

Kenapa Gelak Sakan? sebab kami suka gelak ... hahahaha ...

HARI KEDUA - PULAU NAMI


Menurut Salam, nama Pulau Nami diberi sempena nama seorang General yang bernama Nami. Beliau dikatakan tidak bersetuju dengan pemerintahan kerajaan baru lalu mengasingkan diri di Pulau Nami. Kemudian beliau telah di bunuh di pulau tersebut kerana dituduh menjadi pengkhianat negara semasa zaman pemerintahan King Sejo. Sehingga ke hari ini, mayat atau kubur beliau masih tidak dijumpai. 

Salam kata, itu yang telah diceritakan oleh orang-orang lama Korea. Kalau dorang tipu Salam  ... Salam tipu kitaorang jugaklah ... hahahahaha  ... tapi cerita ini ada dalam wikipedia.

Teruja tak korang? Lagi teruja bila korang sampai Pulau Nami sampai korang terlupa nak cari kat mana kubur General Nami ... kekekekeke ...     


Apa yang menarik perhatian pengunjung di Nami Island ini adalah susunan pokok yang tersusun cantik. Lebih cantik jika musim luruh dan musim salji.


Tak silap kakak kebanyakkan pokok yang di tanam kat sini ilah pokok Ginkgo. Tu yang kalau musim autumn atau winter mesti cantik kawasan Pulau Nami ni.

Banyak je aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti berbasikal ala-ala Winter Sonata tapi memang tak dan lah nak kayuh basikal.  


Korang boleh pilih ke mana arah korang nak jenjalan di Pulau Nami ni. Tapi jika korang nak menuju ke jalan Winter Sonata sila ikut jalan yang benar ... hehehehehe ...


Memang besar kawasan Pulau Nami ni. Korang bayangkan kalau musim sejuk? Mesti cantikkan ...


Ketua Geng Gelak Sakan.
Kat opis dia garang tau .....
hahahah ... tipu hokay !!!
Dialah bos yang kepala ting tong melayan hakak ... PA yang suka melawan bos ...
hahahaha ...


Sapa pernah tengok aksi kami sama camni?
Kakak belanjer ole-ole Korea :)


Kesian mamat baju merah ... tetiba tak ngaku sedara kat sana ...


Team Gelak Sakan :)


budak wecat kata lighting on point ... 
budak ol cakap cahaya keimanan terserlah disitu ....
hahahaha !!


Sapa peminat Winter Sonata angkat tangan! Kita geng!

Drama Korea pertama yang kakak layan. Masa layan Winter Sonata, tak pernah terlintas sekelumit pun impian untuk sampai Korea. Zaman dulu zaman susah jadi tak pernah mimpi pun. Mimpi nak kawin dengan anak raja adalah ... hahahaha .. 

Pulau Nami makin terkenal dan popular kerana drama korea Winter Sonata yang mula ditayang pada tahun 2002 camtu. Kerajaan Korea telah menaik taraf pulau ini untuk tarikan pelancong. Kakak jadi pelik sebab masa kami ke Pulau Nami, orang Korea lagi ramai berbanding pelancong. Mungkin hari cuti kot, ramai yang bawa keluarga bersiar-siar.

Lihat saja, sampai tugu pelakon Winter Sonata ... Bae Yong Joon & Choi Ji Woo dorang buatkan khas buat peminat drama Winter Sonata. Nasib baik kakak datang sorang kalau ada Abang Kembong leh buat drama Korea ... kekeke ...


Alhamdulillah kami dikurniakan bos-bos yang baik dan rakan sekerja yang baik. Bos ajak ko selpie ko layan. Bos offer ambilkan gambar ko ... ko layan ... bos buat lawak ko gelak sakan ... kan?? Ko hadooo??? takdo kan .... kekekeke ...


Cik Moon


Cik Wanie


 Cik Hani


Alif redha kena paksa jadi model


Model lagi sorang, Ezwar penuh karisma ... serius mama eh! kakak suka gambar ni ... hehehehe ...


Tahu tak berbelas gambar kot amik untuk post yang tak de orang keliling tapi tetap terselit sorang tu.


acah-acah kandid sangat!


Nasib baik tukang ketip gambar rajin melayan ...


dah boleh diet ye cek kak :)

Diet? Oh! Tidak! ... lepas jadi model pokok, kita cari makan pulak. Ingatkan nak makan Nasi Goncang yang terkenal di Pulau Nami, malangnya menurut Salam dah tutup. Takde rezekilah kami nak makan Nasi Goncang Nami Island. 


Restoran Asian Cuisine di Pulau Nami

Satu-satunya restoran makanan halal di Pulau Nami (tak taulah kalau ada yang lain). Salam bawa kami makan petang kat situ. Nasib baik kempunan makan nasi goncang diganti dengan nasi sotong yang sedap :)

Usai makan petang, kami terus solat di bahagian atas Restoran Asian Cuisine.


Ruang solat di Restoran Asian Cuisine yang selesa. Ada ruang solat untuk lelaki dan perempuan. Tempat air wudhuk jugak disediakan di dalam ruang solat tersebut.


Tahu tak lagi disebalik gambar kakak di atas ini terselit banyak gambar yang menyakitkan hati.
Ada je orang yang suka interprem kakak tau .... 


Ko raser????

Tak boleh tengok orang bahagia tau dorang ni .... huhuhuhu .... Tapi bak kata Kerol, inilah member susah senang jerit payah ... redha jelah ...

Bersambung ...

Pada yang inginkan perkhidmatan tour guide di Korea boleh tengok di FB dan IG KRtourguidemy. Kakak rekomen! 

20 September 2018

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (PART 1)

Annyeonghaseyo!!!

Tu jerlah pun tahu bahasa Korea walaupun dah berpuluh drama kakak tengok. Berbelit lidah nak menyebut ... huhuhuhu ...

Ada yang tak sabar ke nak baca bebelan kakak dalam blog ni ... sabaq na (tiba loghat kedah plak)

Terlebih dahulu kakak mewakili Geng Suka Gelak ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih buat bos kakak sebab sudi taja kami. Paling terharu bila bos kakak approved cadangan Trip tahun ni untuk ke negara idaman kakak. Makan tahun pujuk bos tapi bos tak layan. Tahun ni alhamdulillah rezeki kakak dan kawan-kawan kakak. Lama kami simpan rahsia tapi biasalah rahsia bukan lagi rahsia. Don't care lah janji kakak sampai jugak negara idaman kakak. Tak sabar nak tengok oppa sama unni mata sepet.

Kami bertolak ke KLIA, Khamis malam (7.9.2018). Siangnya kakak kerja seperti biasa ye. Hati masa tu dah takde ka sini ... semua dah ada di Korea namun apakan daya, kerja tetap kerja!

Perjalanan dari KLIA2 ke Incheon Airport mengambil masa 6 jam. Kami naik flight 1 pagi dan sampai di Incheon Airport jam 8 pagi (waktu Korea). Untuk pengetahuan korang, waktu Korea awal sejam dari Malaysia. Cuaca di Korea ketika ini panas (macam Malaysia) tapi windy (berangin). Disebabkan kami dah dua kali merasa musim sejuk (Beijing & Tokyo), kali ni kami nak cuba musim panas pulak di Korea. Sesekali ubah angin apa salahnya kan? Sebenarnya hujung bulan September dah start autumn tapi kami sepakat nak pergi 7 - 12 September 2018 memandangkan itu jer cuti yang panjang.  

Day 1 - 7 September 2018


Kami menaiki penerbangan tambang murah (sangat), Air Asia. Solat Subuh pun dalam kapal terbang. Nasib baik ada tukang kejut (tengkiu Hani). Kalau korang tak nak pi toilet boleh jer bawak spray air tu dan ambil air semayang di tempat duduk jer (boleh rujuk info dari google berlambak).   


Dapat 2 makanan hokay!

Sebenarnya kami tak perasan plak pakej Value Pack (20kg bag + meal + seat + insuran) yang kami ambil tu dah ada makanan. Kami add on lagi makanan sampai tak termakan ... huhuhuhu ...

Yang lagi lawak ... member kakak order makanan masa balik 2 set + free meal ... sampai stewardess tu tegur ...
banyak order makanan, nak tapau bawak balik ke ? ... kekeke
Oh Ya! Stewardess dalam Air Asia X ke Korea mix tau. Ada dari Malaysia dan ada dari Korea. 


Alhamdulillah, kami sampai setengah jam awal. Good job Mr Pilot!


Bila touch down jer kakak terus on Pocket Wifi. Kakak sewa Pocket Wifi dengan VISONDATA. Ini kali kedua kami gunakan perkhidmatan Pocket Wifi Visondata ketika melancong ke luar negara (kali pertama masa pi Jepun). Satu Pocket Wifi ni boleh share 5 orang. Dan paling penting UNLIMITED!

Bagaimana, Macamana dan Apa Kelebihan Pocket Wifi ni digunakan ketika melancong akan kakak cerita entri lain ye!


Noona - noona yang paling bahagia walaupun tak lena tidur dalam flight.


Style di Lapangan Terbang Incheon lebih kurang macam KLIA jugak. Lepas kuar dari flight, kita kena naik train untuk proses imegresen Korea dan amik beg.



Jika anda terlupa tulis borang Arrival Card dalam flight, boleh tulis kat sini (wajib). Kalau korang rabun boleh pakai cermin mata yang disediakan. Bestkan.

Okay! Lepas tulis boleh beratur untuk pemeriksaan pihak imegresen Korea. Kemudian boleh ambil bagasi korang di bawah pulak.

Tour Guide kami dah ready kat Pintu no. 4 ... 


Jakun jap ... 

Jika di Malaysia KTM & LRT jer guna mesin beli tiket. Di Korea bas pun guna sistem mesin beli tiket :) canggih kan!!!


Trip Korea Musim Panas Geng Suka Gelak HSK
  

Belanjer sikit gambar laut sepanjang Incheon ... 

Incheon Airport ni berdekatan dengan laut, so sepanjang perjalanan (high way) memang nampak laut jer. Lepas tu kan ... high way dorang lebih kurang kita cuma agak kehutanan sedikit ... mungkin konsep kehijauan kot :)

Untuk pengetahuan korang cuaca  di Korea ketika ini panas tapi windy (berangin). Tapi tak ler panas terik macam kat Malaysia ... hehehehe ...

Memandangkan hari itu hari Jumaat, kami di bawa terus ke Masjid Itaewon, satu-satunya Masjid di bandar Seoul. Perjalanan dari Incheon Airport ke Masjid Itaewon mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit mengikut aliran traffic.

Sementara kaum lelaki menunaikan solat Jumaat di Masjid Itaewon, yang kaum perempuan pulak pi melantak kat kedai makanan korea halal tidak jauh dari masjid (kakak akan cerita dalam entri Kedai Makanan Halal di Korea). Kami guna sistem bergilir-gilir ... hehehehe ... lepas dorang habis solat Jumaat, kami pulak pi melawat Masjid Itaewon.

MASJID ITAEWON, SEOUL

Masjid Itaewon terletak di Itaewon, Seoul dibina pada tahun 1976. Di masjid inilah tempat umat islam di Seoul berdakwah dan berukhwah.


Jika sebelum ini asyik tengok gambar orang lain jer pergi Masjid Itaewon. Tapi hari itu, mimpi kakak jadi kenyataan. Yang pompuan pulak take turn solat jamak di Masjid Itaewon. Disebabkan keterujaan terlampau, kakak lupa nak amik gambar dalam Masjid Itaewon. Cuma ada amik IG Story je. Boleh tengok dalam IG Akak Kembang.

Dan paling best, satu-satunya tandas yang kakak jumpa ada paip air dalam tandas ialah di Majid Itaewon ... lagilah teruja ... hahahaha ...


Dekat kawasan Itaewon nilah baru jumpa pelbagai bangsa terutama umat islam yang ingin menunaikan sembahyang jumaat.


Dapat free air dan roti lagi di Masjid Itaewon tapi untuk yang sembahyang Jumaat jela ...


Masjid Itaewon ni 2 tingkat. Tingkat bawah untuk lelaki dan tingkat atas untuk perempuan.Tempat ambil wudhuk ada di luar masjid tapi tempat ambil wudhuk perempuan jauh ke belakang sikit ... 


Alhamdulillah ... 


Ada yang tanya?

"Tak bawak laki ke?"

"Tak bawaklah takde bajet ... hahahaha ... lagipun kasi canlah nak berjimba dengan kengkawan kan ... Mana tau lepas ni dah boleh bawah laki dan anak-anak sendiri pulak kan ... Amin."


Dulu bertiga sekarang dah tambah sorang ahli :) Untong Hannan Kaira ... kecik-kecik dah dapat gi Korea ... mamalong ni umur 39 tahun baru dapat jejak ... tupun ada orang sudi belanjer ...hehehe ...


Gigih kami possing tengahari rembang kan ... 


Masa nak balik dari Majid Itaewon, kami di sapa dengan ahjussi (pakcik) ni yang mengenalkan dirinya Haji Karim. Kami syak dia salah sorang ahli kariah masjid ni. Menurutnya lagi, dah dua kali dia menunaikan haji. Hebatkan!!


Salah satu kedai rare sekitar Masjid Itaewon. 

Di sepanjang jalan ke Masjid Itaewon jugak terdapat banyak kedai makanan halal terutama kedai Arab. Boleh je pilih mana idaman hati.


Kalau korang nak bayangkan macamana ruper kawasan nak ke Majid Itaewon tu seperti gambar di atas. Tapi itu jalan ketika balik. Masa nak pergi kena daki jalan agak berbukit. Alaaa ... cam korang tengok drama Korea kalau oppa hantar awek dia balik rumahkan jalan punyalah membukit ... camtulah juga jalan nak ke area Masjid Itaewon.

Pada yang bawak anak-anak kecil terutama yang ber stroller, sila kuatkan kuda-kuda anda ye :) Pada pakcik makcik boleh je jalan perlahan-lahan ... no worries!

Jika tour guide korang bawak kereta, bolehlah drob by sampai ke atas tapi kami naik bas kena turun tepi jalan kat bawah tu. Jalan menuju ke Masjid Itaewon tu lebih kurang 500 meter jer. 

Boleh tengok IG Akak Kembang kalau nak tengok ig story.

KEDAI LINE FRIENDS DI ITAEWON

Masa nak balik tu, sementara menunggu bas sampai, kami lepak depan kedai Line Friends di Itaewon. Nak jengoklah kejap apa yang ada dalam kedai Line Friends tu kan ...


Jumpa teddy bears besar giles! Nasib baik tak jual ... hehehe ... baru nak beli :)


Bagus betul kedai Line Friends ni ... banyak port untuk possing. Tengkiu bakal menantu sudi ketip gambar bakal mak mentua awak .... hahahahaha ...


Kakak hanya mampu bergambar jer ... 

Harga barang di Kedai Line Friends ni boleh tahan jugak harganya. Alaaa ... kalau budak remaja memang sukalah kedai ni. Kakak ni dah remaja purba hanya pandang sekilas jer ... hehehehe ... 

Lagipun mood spoil disebabkan dapat whatsapp dari anak dara kat Malaysia terkena scammer (nanti kakak cerita ye)

SEOUL WORLD CUP STADIUM

Kemudian, kami dibawa ke Seoul World Cup Stadium (ini itinerary tambahan kami mintak). Nasib baik Azrul (tour guide) melayan jer kami ... 


Possing kat luar jelah dulu ....


Nak lawan sila kaki kakaklah tu ... hahahaha


Besar Stadium Seoul ni. Tak tertawaf. Ada macam-macam kat dalam dia. Nak masuk padang pun boleh tapi ada caj dikenakan. Kakak tak masuk pun. Jalan-jalan kat luar jer.

kredit foto : by Alif

Jika korang berminat nak tengok padang bola di Seoul World Cup Stadium ni, 1000 won akan dikenakan. Lebih kurang RM3.70 jer ... 

kredit foto : by Alif

Ruang rehat pemain bola pasukan Seoul. 
Gambar terpaksa di blur kan demi keselamatan hahahaha tipu!

kredit foto : by Alif

Ruang mesyuarat menyusun strategi pasukan bola sepak Seoul :) 


Ruang simpan barang untuk pasukan bola sepak Seoul yang ada tandatangan pemain bola sepak. Satu pun kakak tak kenal sebab kakak tak minat bola .... hahahahaha

Kakak kenla Lee Min Hoo & Park Shi Hoo jer ... kekekekeke

kredit foto : by Alif

Inilah rupa padang di Stadium Bola Sepak Seoul. Yuran nak masuk padang Seoul World Cup Stadium ialah 1000 won :)

LOTTE MALL

Misi seterusnya mencari sehelai baju Hard Rock Seoul di Lotte Mall.


Jumpa LUSH tapi tak beli pun sebab tiada dalam wish list korea ... hehehehe ...

Malangnya, pencarian sehelai baju Hard Rock untuk Abang Kembong tidak berjaya kerana Hard Rock di Lotte Mall dah tutup. Sedih! dah separuh tawaf dalam tu ... takde rezeki ...

GANGNAM

Kemudian kami di bawa ke kawasan elit di Seoul iaitu Gangnam untuk dinner bbq ala Korean Style ... hahahaha ... 


Cuaca malam di Korea sejuk. Kena pakai sweater kalau tak tahan. 

Nak pi kedai makanan halal di Gangnam ni pun macam dalam drama Korea. Jalan menuju kedai  makan halal di Gangnam ni pun naik turun bukit. Tak jadi masalah pun janji merasa kan.

Lepas dinner di Gangnam (kedai makanan halal di Korea nanti di entri lain ye), kami terus di bawa ke hotel. Tak sabarnya nak lurus kaki ... maklumlah dah naik turun bukit kan ... 

bersambung ....