Korang mesti pernah rasa tetiba ada orang call nak datang rumah kan?
Gelabah tak? Giler tak gelabah ! Jenuh fikir nak bagi makan apa ek?
Selak peti ais lauk semua habis... yang ado cili padi, bawang putih, bawang merah ngan telor jer...
Pandang Periuk Noxxa dapat idea!! Boleh masak Nasi Goreng Noxxa ni...
Resepi Nasi Goreng Jagung Noxxa (8 minit)
Bahan-bahan :-
5 pot beras (cuci bersih dan toskan)
6 cawan air (guna pot periuk noxxa)
3 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
2 biji telor
garam dan perisa secukup rasa
*blender
Cara-cara masak Nasi Goreng Noxxa :-
1. Tekan Stir Fry. Tekan on. Letak minyak dalam inner periuk. Tunggu minyak panas kemudian tumiskan bahan kisar tadi.
2. Kacau hingga garing (sila guna senduk kayu).
3. Masukkan telor. Jangan kacau, biarkan seketika. Agak-agak dah putih telor tu baru kacau. Bukan apa, kalau kacau cepat nanti agak hanyir.
4. Bila dah garing, masukkan jagung dan kacau.
5. Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Letak air, garam dan perisa. Kacau rata.
Tadaaa! ! Dah siap Nasi Goreng 8 minit 😊
Nak lagi sedap boh skit Perencah Nasi Goreng Cina Seri Aji.
No comments:
Post a Comment