Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

3 March 2016

TRIP MUSIM SEJUK JEPUN (Sayonara)

Last Episod - 26.12.2016
Uhuk!Uhuk! Sedihlah pulak. Dah nak berakhir kisah Akak Kembang Jejak Jepun (sebenarnya ada lagi...hehehe) Hampir 2 bulan, lengkap 11 entri. Nasib baik aku pi 5 hari je kan. Kalau pergi 2 minggu, mau setahun entri aku kot ... wakakakakaka ...
Kami berpisah dengan Arif di Shinjuku (JR) Station. Kerja rajin-rajin ye Arif.
Masih berbaki sejam lagi untuk ronda-ronda Shinjuku. Yang lelaki terus ambil beg kat hotel tapi yang pompuan nak merayap Shinjuku lagi. Nak singgah Kinokuniya Shinjuku jap. Katanya bertingkek-tingkek :)

Waris maharaja jepun katanya ....

Jumpa jugak akhirnya. Possing depan Kinokuniya Shinjuku. Ada banyak tingkat ... 

Kami jalan sekitar ground floor je. Misi aku nak cari majalah yang ada free gift. Banyak lagi duit syiling ni ...

Akhirnya dapat jugak .... beli majalah free 2 beg mickey mouse yang comel :)

Nak balik ambil beg tu jumpa lagi kedai buah. Kenapalah dah nak balik baru teringat nak makan buah kan? Korang jangan lupa pulak try buah sedap kat Jepun ni tau!

Tak puas aku makan strawberry takat 3 ketul ni ....sedap bangattt dehhhh ...
Lepas ambil beg kami, memasing cepat-cepat menuju ke Shinjuku Station. Masa dah time ... huhuhu ...Azabnya kami yang gegurl ni nak menolak luggage. Rasa nak menangis pun ado. Beg aku dahlah berat giler. Masa nilah baru teringat dan rindu sangat ngan Park Ra Shid ... huhuhuhu ...
Punyalah berkejar-kejar nak sampai ke station sampai je kat depan pintu masuk Shinjuku Station ... takde lift ... takde eskalator pulak!!!  Ya! Allah! Otokeiiii???? Nisa pun dah tanya kat kaunter pertanyaan, eskalator kat pintu lain. Takkan nak keluar pulak. Huhuhuhu ... Nisa kata kita pelan-pelan angkat beg ni. Fuhhhh!!! Menggelegak peluh akak tau. Dari tahan sejuk sampai dah berbahang pulak jadinya. Kamipun angkat perlahan-lahan berdua beg memasing. Yang aku pelik, bab tolong angkat mengangkat ni takde pulak mamat Jepun yang gentleman nak tolong kami. Semua menonong jalan cepat jer. Okay! Fine!


"This is not goodbye but a see you soon"
Termengah-mengah aku sampai keluar peluh jantan. Terima kasihlah sapa yang tangkap gambar aku ni ek. Senyum sedih sebenarnya tu .... penatt kottt...
Ad siap boleh bukak luggage lagi. Kalau aku bukak luggage aku konpem terburai ... hehehehehe ...

Dah sampai pun Narita International Airport ...

Flight kami jam 9.40 malam (waktu Jepun) dan dijangka mendarat di Malaysia jam 4.40 pagi (5.40 pagi waktu Malaysia) 

Check in beg dulu ... 

Dua beg aku tu ngam-ngam 30 kg. Gelabah gak aku kalau over weight pulak ...

Dah habis urusan check in bag, kami naik ke atas untuk makan malam pulak ... nak solat pun surau ada di Narita Airport ni. 

Free tax di Narita Airport ni pun agak murah harganya. Dapatlah aku beli T'Shirt I Love Tokyo untuk mak aku yang bersaiz 2XL dengan harga 1500 yen :) 
Nak dijadikan cerita, masa kami last perabihkan duit yen yang tak habis-habis ni (especially duit syiling) sampai terlupa masa dah time. Kedai pun dah nak tutup kami dok ralit kat area free tax ni ... huhuhuhu ... sampai dah ada announcement flight kitaorang. Apa lagi!! menggelabahlah kami bertiga. Kekekeekeke...punyalah berlari sakan. Hilang keayuan masing-masing. Makin lama lari makin tak sampai-sampai pulak pintu gate MAS ni. Rupanya, pintu MAS yang paling hujung sekali . Huaaaaaaaaaa!!! rasa nak nangis semput. Bila dah nampak pintu gate tu barulah lega rasa hati ...kelakar pulak bila diingat kembali ...

Kami naik MAS untuk pulang ke Malaysia. Makan malam pun best tapi aku tak makan sebab takut sakit perut..hehehehehe ...
Alhamdulillah. Hampir 7 jam perjalanan dari Jepun, sampailah kami mendarat dengan selamat di KLIA. Kemudian kami naik KLIA Ekpress dan turun di KL Sentral. Hehehehehe ... mesti citer aku yang last ni boring kan??? Dah kering idea ...  hehehehe...
Rindu pulak ngan cuaca sejuk di Jepun. Rindu makan mee ramen. Rindu nak naik turun train. Rindu nak jalan sampai 1 km. Rindu nak shopping .... InsyaAllah, kalau boleh memang nak gi lagi sebab banyak tempat kami tak sempat nak singgah. Boleh bawak family ke pulak. InsyaAllah ...
Pada pembaca blog Akak Kembang ... mohon ampun dan maaf jika ada terlebih ataupun terkurang bahasa. Cerita berdasarkan pengalaman sendiri dengan harapan bolehlah dijadikan panduan serba sedikit buat yang nak bercita-cita mahu ke Jepun.
Jutaan terima kasih buat bos yang sudi bawak kami ke negara yang memang tak pernah saya mimpikan (saya mimpi nak pi Korea :)). Terima kasih buat bos dan wife jugak sebab layan jer perangai giler-giler kitaorang ni. Terima kasih buat Nisa yang sudi jadi tour guide buat kami. Kalau takde Nisa mesti kami dah sampai Korea kot ... hehehehe ... Terima kasih buat oppa Rosly, Abg Su, Kak Wanie, Ad & Keroll my bodyguard yang sudi kongsi makan, sudi bawakkan bag shopping dan sudi ketipkan gambar buat saya :) Terima kasih atas segalanya. Ada umur panjang ... ada rezeki ... entah kemana pulak kami tahun ni ... doa-doalah dapat pi Korea ke Australia ke ... wakakakaka ...
Sayonara! Mataatode!
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

27 February 2016

TRIP MUSIM SEJUK JEPUN - UENO (Part 10)

Hari Kelima - 26.12.2015 (last tapi tak habis lagi .... hahahaha)
Pukul 11.00 pagi kami check out dari hotel. Sobs!sobs! rindunya toilet suam-suam tu ... hehehehe ...
Kemudian, kami letak beg di ruangan yang disediakan. Takkan nak usung ke hulu ke hilir pulakkan. Korang bagitau jer pukul berapa nak ambil beg tu nanti pihak hotel akan catit. 
Dua jer beg i tau ... tapi berat nak mampppp....

Pengiraan beg ... takut ada yang cicir pulak nanti ...

Semua beg simpan kat sini. Jangan risau, orang Jepun jujur orangnya.
Kemudian kami berpecah. Ada yang nak round-round Shinjuku, ada yang nak pi Akihabara dan aku pilih nak ke Ueno nak perabiskan duit yen yang ado ni :) 

Sebelum menuju ke Ameyoko Street, singgah Hard Rock Ueno dulu. Oppa Rosly pun nak perabihkan yen dia. Aku nak belikan anak bujang nak topi pulak. Pastu belikan Park Ra Shid T'shirt Hard Rock Cafe selai buat kenangan. Asyik beli untuk aku je kan. Aku jadi ligan pulak membeli belah kat HRC ni sebabnya t'shirt HRS kat Jepun ni murah sikit kot. Kotlah ....
Jika dari HRC Ueno hendak ke Ameyoko Street, korang ikut kiri dan akan keluar pintu Ueno Station macam gambar atas. Kemudian, lintas jalan belok kanan terus jer... kalau korang dah nampak Uniqlo tu dah dekatlah tu ...

Sehinggalah korang jumpa pintu gerbang Ameyayokocho Street ni ...
Ameyayokocho Street, Ueno
Nama singkatnya ialah Ameyoko Street. Popular sebagai tempat shopping. Disepanjang jalan penuh dengan barang jualan. Lebih kurang macam Petaling Street gitew. . Pelbagai produk dijual di Ameyoko ni seperti pakaian berjenama, beg, kosmetik, ikan segar, makanan kering dan rempah. 

Ada dua simpang. Boleh pilih nak jalan yang mana satu dulu ... jangan jadi dipersimpangan dilema dahlah ... kekekeke ...
Korang bayangkan korang pi Petaling Street ... lebih kuranglah ... tapi Petaling Street banyak barang ciplak kan. Di Jepun, katanya kebanyakkan barangan adalah original walaupun ko nampak dorang jual macam longgok-longgok jer ... katanyalah .... hehehehe...

Hari ini hari sabtu. Maka, berduyun-duyunlah orang turun ke Ameyoko Street ni ...
Ameyoko Plaza ... macam-macam ada jual kat sini ...
Souviner banyak kat sini tapiiiiiii ....... (sendiri mau ingtlah ... hehehe). Aku tak beli pun sebab ritu dah beli kat kedai Akky One tu cukuplah. Nak menangis aku menengok harganya. Itu pasallah bila ada orang kirim air liur je aku wat bodoh jer ... mahal beb ... nak beli untuk diri sendiri pun punya berkira ...  

Macam kenal mamat sebelah tu .... siapa ek?? kekekeke ...
Tak sedap hati ... teringat kat orang kampung ... teringat-ingat kat makcik-makcik ... teringat kat kupu-kupu ... teringat kat geng copy paste ... teringat-ringatlah ... bila buat kira-kira lagi ... maaflah tak dapat den nak nolong. Takde bajet ... huhuhuhu ... 

Barangan kosmetik kat Ameyoko Street ni punyalah berlambak. Aku nak beli mask pun punyaklah congak kemain lama tapi tak beli-beli jugak ... hehehehehe ....
Kedai beg tangan berjenama pun banyak di Ameyoko Street ni. Aku ada masuk satu kedai yang jual semua beg Louiss Vuitton (LV). Aku syak semua tu beg seconhand. Tapi still nampak baru dan harga pun memanglah tak mampu walaupun seconhand .. huhuhu .. jangan tanya aku jumpa tak kedai beg LV yang jual longgok-longgok tu sebabbbbb memang tak jumpalah ... dan takde niat pun nak mencari ... mahal beb!! 

Hasil laut memang banyak jual di Ameyoko Street ni. Ada rumpai laut ... nampak sedap je ...

Sakana! Sakana! hahahahaha Ikan!Ikan! Fresh giler ikan-ikan di Ameyoko Street ni. 

Ada berani beli ikan berharga 1000 yen (RM36) ... hehehehehe ...ada yang 1800 yen lagi ... huhuhuhu ...

Opocot!!!
Octopus Jepun. Kemain merah berjahang ek ... masak lomak cili padi sodap ni ... hehehehe ... Aku syak paling murah sekilo RM90 kot :)

Fresh Oyster. 3 keping 1000 yen jer. Erkkk!!  

Tak tau apa sejenis apakah benda ni sebab tokei kedai buat jualan lelong. Ramai yang beli

Geram-geram tengok strawberry kat Jepun ni. Besar giler! Harga pun boleh tahan ...
Strawberry 3 ketul besar 200 yen (RM7.20), Honeydew ada yang 200 yen (RM7.20) & ada yang 100 yen (RM3.60) 

Nak beli ke idak kan? Makcik takut melabur je nanti. Serammmm!! Tapi takmau kempunan nanti, baik tawakal beli jer.
Ya! Tuhan...sedap giler buah-buah kat sini terutama strawberry. Pejam mata aku bayor RM7.20 untuk 3 ketul. Itupun sebab nak menghabiskan duit-duit syiling yen. Rugi tak cuba makan buah-buahan kat Jepun ni. Sedap baq hang!!!

Kebanyakkan kedai di Ameyoko Street ni jual baju ke kasut ke jenis main longgok-longgok jer. Sale katanya. Aku pun nengok-nengoklah sweater Adidas yang swet muet kat situ...takdelah murah sangat. Tetap 1000 yen ke atas ... huhuhu ... harga asal ialah 3000 yen & ke atas. Nangis nak pilih baju sweater. Tapi disebabkan takmau hati ralat nanti aku gigil beli sweater Adidas kaler pink yang berharga 1590 yen tak silap ... huhuhu ... cari untuk Park Ra Shid punyalah takde saiz L. Semua yang sale tu kebanyakkannya saiz S & XS. Nangisssss!!!!

Kat Ameyoko Street ni banyak jugak kedai kasut. Cantik-cantik sangat. Geram jer aku tengok. Carilah jugak kasut idaman hatiku tu. Malangnya semua kedai tak jual kasut saiz 6. Huhuhuhuhu ... sedih giler kot. Dah jmpa kasut New Balance yang rare yang memang takde kat Malaysia tapi saiz takde pulak. Hailah kaki ... kenapalah besar sangat. Orang Jepun kan kaki kecik jer ... sedih aku .... 

Kat sini pun ada jual T'shirt I Love Tokyo. Sama je harga dengan kedai Akky One di Akihabara tu. Sehelai 1000 yen (RM36). Saiz besar takde pulak. Takde rezekilah untuk mak aku ... sorri mak ...

Makcik dah ngendeng-ngendeng kat tepi beg Robin Ruth Tokyo tu .... nak belilah tu ... kekekeke

Selain creepe, jika ke Jepun korang wajib cuba Aiskrim Green Tea ... 350 yen seketul :)

Jumpa Arif, kawan Nisa yang baru je bekerja di Jepun. Datang Tokyo sebab nak jemput wife ngan anak dia yang akan sampai malam nanti. Seronoknya dapat bekerja di negara maju ni kan. Arif pun belum arif lagi tentang selok belok Tokyo ni. Tak lama lagi mesti terror tu. Dorang berdua je yang try Green Tea Ice Cream. Disebabkan frust giler tak dapat beli kasut NB, aku merajuk takmau cuba aiskrim tu ... pastu menyesal tak sudah. Korang!!! Pleaselah ... jangan teragak-agak nak beli atau cuba bila travel kemana-mana nanti balik mesti menyesal macam aku ... huhuhu ...
Akhirnya aku beli kasut Puma jer ... jadilah .. tak rasa ralat hati pulak nanti kan ...Masa dah time .... masa untuk ambil beg di hotel. Sedihnya weiiii!!!! kenapalah sekejap sangat ni ... 
Dalam perjalanan nak ke Ueno Station nampak pulak souviners kiut miut ni. Berenti jap beli buat buahtangan ...
Samurai Genuine Jeans ... Iron Heart ... Sugar Cane ...
Aku bab jenis seluar jeans ni memang tak reti. Nipun hasil ehsan gambar dari Ad. Dia memang nak cari jeans ni, akhirnya jumpa jugak kedai jeans rare kat Euno Street ni. Apa yang aku tau kedai jeans ni agak popular tapi macam ramai tak tau kot. 
Aku difahamkan kedai Hinoya di Jepun ni agak popular bagi penggemar seluar denim/jeans. Kebanyakkan denim/jeans yang di jual di Hinoya ni memang jarang, susah  atau tiada di pasaran Malaysia. Kira limited edition lah.
Ad berpeluang jumpa dan berpossing dengan tokey kedai jeans rare tu. Arigatougozaimasu!
Nak ke kedai Hinoya ni, jika korang dari Ueno Station tadi, belok ke kiri. Jalan terus je sambil jeling-jeling kiri kanan nanti nampaklah kedai jual jeans rare ni ... Tak jumpa jangan kecam aku tau ... hehehehehe ...
Kat area yang Ad gi tu pun ada jual kasut original buatan Jepun. Carilah ... cuma RM648 jerr ... kekekeke ...

Siapa peminat dan pengumpul Naruto, boleh cari patung Naruto dan kawan-kawan di Ueno ni ..

Ada berani beli mini helmet Rossi? RM115 jerr ...
Kat situ ada jual Helmet Arai & Shoei yang popular tu. Ni kalau Abang Kembong mai mesti giler sekejap ... hehehehe ... Harga? boleh tahan mahal ....

Last possing kat Ueno Station. Akhirnya aku beli jugak beg Robin Ruth tu ... sebab senang nak letak semua barang-barang ... tambah 1 beg lagi ...
Maaf ... ada sambungan lagi ek ....
Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan. Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih :)
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube