24 August 2016

Jumpa Blogger Mama Zharfan

Kebetulan!
Tak sangka sebenarnya dapat jumpa dengan blogger kak Suzie atau lebih dikenali sebagai Mama Zharfan dari www.suzie284.com.
Semalam, terdengar bos aku dok sebut nama Suzie nak datang ofis untuk bagi kredit kat budak-budak attachment law yang praktis kat firm tempat aku keje. Macam penah dengar pulak nama tu ... bila tanya budak attachment tu ... betullah kak Suzie ... seorang blogger yang aku kenal ... hehehehehe ...
Pastu aku siap pesan ngan budak-budak tu kalau Madam Suzie datang nak tumpang selpie sekali ... hehehehe ... budak-budak tu pun tanjat sebab tetiba aku boleh kenal Kak Suzie. Aku malu nak ngaku aku ni blogger sebab aku blogger merepek meraban je ... kekekeke ...
Pastu, kebetulan ... bila kak Suzie datang ... bos aku suruh aku panggil naik tingkat atas. Alamak! nebesnya hakakkkk ...
Bila nampak kak Suzie tetiba aku jadi kaku ... hahahahaha ... padahal dalam hati rasa nak peluk je sebab gembira dapat jumpa blogger yang  aku selalu stalker (dululah ... zaman dia kat oversea ... pastu dia blogger selalu menang giveaway ... sekarang kurang sikit nak blogwalking sebab tak banyak masa ...huhuhuhu)
Dapat jugak bergambar ngan blogger Kak Suzie a.k.a Mama Zharfan. Kecil molek dan comel je orangnya.
Mesti dia terkebil-kecil masa aku ajak bergambar kot ... kekekeke ... dan aku syak mesti bos aku dah terangkan kat dia napa aku yang tergedik-gedik yang bergambar ngan dia sampai budak-budak attachment tu pun tak sempat nak selpie .... hehehehe ...
Thanks kak Suzie atas kesudian bergambar berdua semalam :)

22 August 2016

Photoshoot Raya

Tahun ni kami tak bagi Mak Enab cat mengecat kat rumah dia. Bukan apa ... nanti dia sibuk sakit tulah ... sakit nilah ... Nanti dia yang penat. Alternatifnya, kami suruh Mak pasang je wall paper. Dah ada tukang pasang volunteer nak pasang lagi senang kan ... sapa lagi kalau bukan Abang Kembong.
Mak Enab suka konsep ala-ala Inggeris gitew ... so belilah wallpaper munga-munga kecik. Sesuailah kan ngan tema vintage dia tu ...
Beli kat mana wallpaper tu? Opkoslah Kaison ... hehehehe ...
Bila raya ritu, kalau orang datang beraya rumah Mak Enab mesti bergambar area ruang tamu utama rumah Mak. Memang sesuai sangat sapa nak amik gambar raya kat situ.
Family Cik Nah sempat berpossing kat situ ... nampak macam kat studio tak? hehehehe ...Family makngah ngan moksu pun sempat possing ...
Family aku? Raya pertama je sempat berpossing ... tupun tak proper sangat bergambar ... raya haji boleh repeat lagi ...
Sapa nak tumpang sekaki mehlah rumah Mak Enab. Sejam RM50 jeerrr .... hehehehehe ...

19 August 2016

Wallpaper Murah

Assalamualaikum ... Salam Jumaat ... harini hakak nak cerita bab dekorasi rumah pulak. Dah lama rasanya tak cerita pasal dekorasi kan sebab hakak bukan pandai sangat bab hias-hias rumah ni. Asal boleh ... hakak hentam je ...
Tak macam Mak aku, setiap kali nak raya mesti dekorasi rumah kami akan berubah. Dia memang camtu sejak azali. Kalau korang datang raya 2015 rumah mak aku tema hijau ... 2016 tema pink pulak (contoh).
Mak kata itu terapi buat dia. Dia suka tengok rumah kemas dan teratur. Aku tak salahkan mak pun sebab mak kan surirumah dari muda-muda. Tak salah kalau dia nak tengok rumah dia cantik je. Jangan tak percaya rumah mak aku tu semua dia cat sendiri. Dia tak suka orang lain cat sebab nanti comot ... katanya ...
Bila dah terbiasa dari kecik tengok mak suka berhias rumah camtu ... kami adik beradik terjebak jugak. Tapi takleh lawan mak ... mak aku lagi power!!
Aku ni pemalas ... bila nak raya je baru teringat nak kemas rumah. Harap Abang Kembong jelah yang rajin menyapu, mengemop, mengvaccum :)
Kunun-kunun ritu nak cat baru ruang tamu rumah aku tu. Sejak masuk rumah 2010 sampai 2016 tak penah ganti cat. Pastu bila dah bulan poser ... semua lemau naik malas pastu sibuk dengan bisnes VJ by Mulin & Maruju Gorjes pulak ... lagilah malas.
Korang perasan tak capuk-capuk putih tu? Sakit mata aku menengoknya. Dinding tu dah licking mengembang pulak. Takde masa nak panggil orang repair. Akhirnya, bincang-bincang ngan Abang Kembong ... kita pasang wall paper jelah ... kalau cat tetap nampak gak licking tu kan ...
Oklah ... menurut perintah jer ... Jom cari wallpaper murah-murah ...
Amacam? Cantik tak wallpaper hakak ni?
Kat mana nak cari wallpaper murah? Aku selalu cari kat Kaison je. beli wallpaper yang siap ada gam. Semudah ABC ... cewahhh ... mentang-mentang Abang Kembong yang buat ... hehehehe ...
Selamat Membeli & Mencuba :)

17 August 2016

Buffet Ramadhan di Kelab Saujana, Sungai Buloh

Cakkkkk!!!!
Jangan terkejut, cerita puasa di bulan Zulkaedah! hahahaha ... Hakak memang suka pendam cerita kan ....
Dari tahun ke tahun Geng Akak Gorjes ni nak gathering iftar together-together. Memang tak penah cukup korum. Alhamdulillah, last minit perancangan akhirnya berjaya jugak. Kebetulan Ika beraya di Sungai Buloh tahun ni, so bolehlah bukak puasa sesama.
Maka...cukuplah korum 6 orang jahanam ni ... hahahahaha ...
Kami malas nak drive jauh-jauh, so decide nak buka puasa kat Kelab Saujana Sungai Buloh jer. Murah pun murah. Satu kepala RM39.00 bersih.
Single mingle je kami pi bukak poser tu. Laki-laki semua kami bagi can pi lah bukak poser kat luar ... hehehehe ... Abang Kembong bawak anak-anak aku pi bukak poser kat Mc D Puncak Alam.
Anak menakan yang comel ligan kiut ...Antara makanan kesukaan aku. Tu jer pun amik gambar makanan buffet ... Pilihan makanan kira oklah ... sesuai dengan harganya kan ...Ikan Keli bakar kesukaan ramai ...
Sementara menunggu azan, possing-possing dulu kat pool Kelab Saujana ni. Selama aku duduk Saujana Utama ni, ni first time aku jejak kelab ni. Sapa nak belajar berenang boleh datang sini selalu.
Geng Baju Cotton .... kekekekeke ... saja je sebenarnya berbaju cotton ...
Terasa diri muda remaja plak kan ... padahal dah kertu pon ...
Bismillah ...
Alhamdulillah ... tercapai jugak hasrat Geng Akak Gorjes nak berbuka puasa bersama-sama. Rasa tak puas pulak kami berborak. Dah kena tunggu bulan 12 pulak lah lepas Ika bersalin nak lepak lagi.
Sapa-sapa nak bawak family buka puasa kat Kelab Saujana Sungai Buloh ni memang sesuai sangat. Tempatnya agak luas, harga buffet taklah mahal sangat, makanan not bad tapi yang bawak anak-anak kecik tu kena berjagalah sikit ... takut dorang terjun dalam kolam pulak ... hehehehe ...
Alamat :
Kelab Saujana Sungai Buloh, Jalan Seroja 1/1, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

15 August 2016

Kufi Canvas Murah

Misi mencari Kufi Canvas ...
Dari awal bulan puasa dok mencari tapi biasalah benda kalau kita nak sangat tu punyalah payah nak jumpa kan. Mesti korang penah rasa camtu ... stressss kan !!
So aku decide kena cari secara online jugak ni. Aku jumpalah banyak jugak peniaga Kufi Canvas online. Banyak jugak aku tanya sampai naik malu sebabbb .... beli tak jugak ... hehehehe ... hakak kan kedekk ... hakak nak cari harga yang mampu milik je. Ada yang tak sudi reply hakak punya wasap pun ada ... takpelah ...
Dalam pencarian aku tu terjumpalah peniaga Kufi online di instagram, Deco Dinding. Yang bestnya, Deco Dinding ni siap letak harga di setiap jualan dia. Senang sikit aku nak refer. Bukan apa ... aku tak gemar jenis peniaga yang hanya letak "whatsapp saya untuk harga best". Hakak kan pemalu. Kang tanya seploh kali tapi hakak tak beli-beli hangpa maroh pulak kan ... hakak seganlah camtu. Tapi Deco Dinding tak gitu. Dia layan best je ...
Sebab utama nak beli sangat ayat Quran Kufi ni sebab Mak hakak dah bising. Mak kata gantung ayat-ayat quran dalam rumah. Disebabkan kawan-kawan ngan sedara mara nak datang masa raya ritu aku gigih jugaklah mencari.
Korang boleh je usya-usya IG Deco Dinding tu. Macam-macam pattern ada. Antaranya ...Kufi Canvas Allah versi comel sangat :)
Nak buat gambar Raya, kahwin, tunang segalanyalah ... boleh je ...
Aku dok berkenan yang nilah ... tapi kena tunggu 7-10 hari pulak. Hakak tak sabar dek non. Orang dah nak datang ke rumah kan ... lagipun takut Mak Enab bising plak nanti ... benda lain boleh beli ... ayat quran pun tak terbeli-beli ...
Maka hakak pun pilihlah Kufi Canvas yang avalaible yang boleh sampai ke pintu rumah hakak dalam masa sehari je ... Cantik kan ... Hakak suka sangat. Deal ngan Deco Dinding pun best. Dia layan je soklan-soklan meraban hakak tu ... hehehehe ...
Selamat dah di gantung Kufi Canvas Ayat Kursi (30"x30"). Mak Enab tengok pun senyum lebar je ....
Hakak memang puas hati. Baru boleh lena tidur. Tengah kumpul duit nak beli untuk bilik-bilik pulak.
Sapa berkenan boleh follow IG Deco Dinding atau whatsapp 012 3302032 untuk sebarang tempahan ataupun pertanyaan.

12 August 2016

OPEN OFFICE RAYA 2016

Maaf ibu-ibu ... bapak-bapak ... entah macamana pulak boleh tertinggal pulak satu lagi cerita raya hakak. Ampun ya ....
Tak tulis kang ... ada pulak yang tanya... Mana cerita kitaorang? huhuhu ... maka hakak tetapkan hati untuk menulis last part of Raya Akak Kembang ek.
Tahun ni opis hakak tak buat open-open house dalam opis. Kali ni buat kat dewan Premiera Hotel. Alaaaa ... bawah-bawah opis kami jek ... turun naik lift seploh kali pun okay jer ...
Ada tema pulak tahun ni kekdahnya. Tema open house HSK tahun ni "Raya Di Kampung". Ala ... feeling-feeling macam korang raya kat kampung ... hehehehehe ...
Sepatutnya dah Tema Raya Ala Kampung ni kenalah pakai ala-ala kain batik/pelekat gitew … tapi hakak taram je baju yang ada. Tupun beli last minit kat Setia City Mall. Maklumlah … raya kan sebulan … baju pun kenalah ada 30 helai … tak gitew … hahahahaha …
Nak tunggu gambar official dari photographer lama norrr … akak tempek je gambar dari ehsan-ehsan kawan-kawan hakak ek …
Sebelum orang ramai datang ... baik hakak fefeling Che Ta jap ek :)

Che Lin, Che Ti, Che Zie & Che Ka ...



Hakak dilantik jadi ajk pulak. Maka kenalah bertugas awal bagi menyambut tetamu VVIP. Tetamu pulak adalah staff HSK KL & Seremban je pun … yang VVIP semua kengkawan Big Bos hakak.
Bersama bakal Hajjah. Selamat pergi dan kembali buat Puan Sri Zalina ke tanah suci Mekah.

Kemain merah berjahang lipstiks hakak ... hehehehe

CLPG Team HSK

Tumpang aura bakal perantin ... hehehe

Peguam hot ... power woman ... hehehehe

kawan gaduh - kawan luah perasaan - kawan cium molut :)

CLPG - Retail - Syariah Dept bergabong ngan Big Bos yang kiut tapi seremmmm :) hehehehe
Semua staff HSK untuk Raya 2016
Esoknya, dept kami pulak buat port luck raya. Selama sebulan raya memang makan je kejenya. Mana tak kembang ....
Masing-masing bawak satu hidangan. Aku bawak buah je ... tak sempat nak masak ...

Jemput makan sambai kembong ye ...


Department secoit kami.

Dengan budak-budak attachment yang memang sporting giler ... lihat je pakwe sebelah hakak tu ... ajak kami bernasyid pulak ...

Hakak-hakak maneh ...

Semalam, ada mamat tu ngajuk sebab gambar dia tak banyak ... kalini kena amik gambar dia jugak ... nanti takde orang nak tolong amikkan gambar hakak bila jenjalan nanti ...
Okay Bai! .....

5 August 2016

RAYA 2016 (PART 6)

Abaikan blog Akak Kembang yang berkembang-kembang ni ek. Masih under renovation lagik.
Meh! sambung cerita raya Akak Kembang yang setahun pun belum tentu habis karang ... hehehehe ...
Kali ni baraan raya Geng Copy Paste berarak ke kawasan Saujana Utama pulak iaitu rumah aku, Lily & Fita sebab kami satu kawasan. Senang.

Baraan tahun ni  turn umah kami yang 1st. Penat aku merendang ayam tau. Pastu buat sambal tumis. Pastu Abang Kembong buat lempeng sebab ada mak buyong mengidam :)
Member aku Mona ngan Isma nak menangis tengok Abang Kembong pakai apron ... huhuhuhu ... padahal dia masakkan lempeng jer ... Abang Kembong jugak dapat nama ... sentap hakak. Tahun depan biar bibik-bibik pulak yang masak ... huhhh ...
Para tetamu merangkap #bestfriendforever aku :)
Makan sampai kembong tau ...
Sementara menunggu Lily, Eju & Sal datang beraya ....Datin Oren cepat benor nak balik. Maklumlah lepas rumah aku ke rumah dia pulak ...
Gadis-gadis pujaan SMBG satu ketika dulu ... hahahahaha ... tipu sangat!!!
Tahun ni tak semua geng kelas dapat baraan bersama. Masing-masing sibu beraya kan ... Maka balik-balik muka ini jelah yang beraya ...Datin Gold vs Dato Gold & Datin Turqoise vs Dato Turqoise dah sampai ... melepaslah kempunan mak buyong tu nak makan lempeng Abang Kembong kan ...Teruna idaman satu ketika dahulu ... wekkkkk ... lagi tipuu!!
Kemudian, kami beralih beraya ke rumah Lily. Dah dua kali aku beraya ni ... hahahahaha ....Makan sampai kenyang ... penat Datin Oren masak sambal udang marvelos tu ...                                                   Sayang korang ...
Cukup kami bertujuh dah macam 70 orang mak jemah ... hehehe 
Terima kasih buat Lily dan suami menjamu kami dengan penuh kebahagiaan. Tak puas beraya rumah cantik ni ... tahun depan kena 1 rumah satu hari ... hahahahaha...matilanakkk!!
Kemudian, giliran rumah terakhir, rumah Fita pulak. Hidangan ala-ala high tea katanya ...
Kami datang nak tolongg!!!
Kesian tengok Fita kelam kabut nak menjamu kami. Lagipun kami memang suka masuk dapur orang ... hahahaha ...
Macam meja kedai kopi pulak. Dah kena conqure ngan bapak-bapaknya ... hehehehe ... kasi can lah ...
Tq Fita buatkan kami Puding Oreo, Spaghetti & Puding Karamel yang seploh kali mintak resepi tapi tak buat-buat ... sorry tak dapat lepak lelamer sebab timing dah lari ...huhuhuhu ...
Terima kasih kawan-kawan seperjuangan sebab dapat meluangkan masa. Dapatlah kita beraya beramai-ramai. Yang tak dapat datang, insyaAllah ... panjang umur murah rezeki, tahun depan berjumpa lagi kita .. sayang korang dunia & akhirat.