23 April 2019

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (PART 9)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera bloggers dan peminat blog Akak Kembang. Lama kakak menghilang kan? Rindu kan? 

Mana tak rindu ... dekat 5 bulan Blog Akak Kembang berabuk. Sekali bukak blog, hak aloh! entri pi Korea tak habis-habis lagi ... ampunnnn!!

Jom sambung!

Hari ke 5. 11 Sept 2018 (Selasa)

Sekejap jer dah 5 hari kami di negara k-pop. Tak puas sebenarnya dan agak sedih nak meninggalkan Korea ... huhuhuhu ...

Flight kami petang, jadi ngam-ngam check out pukul 12 kami terus gerak ke Incheon Airport. Tak sempat nak kemana-mana ...


Syukur beg tak beranak pinak tapi terpaksa jugak menumpang beg kecik ngan orang lain disebabkan beg pokadot kakak tu dah merekah ... huhuhuhu


Geng Giler-Giler



Nak tebus tax boleh guna mesin ni jer ... Kami tak dak nak tebus tax sebab dah siap-siap tolak kat kedai masa beli.


Terima kasih Azrul. Semoga sukses dalam pelajaran.


Mampu amik gambar jer sebab tekak kakak takleh terima sebarang sushi mushi :)


Berbakikan masa yang ada, kami mencari surat di Incheon Airport. Jangan risau, di Incheon Airport ni memang ada menyediakan surau untuk muslim. 

Tips mencari surau di Incheon Airport : Selepas melepasi imegresen, jalan ke arah belah kanan dan cari Gate 24. 


Pestime kakak jumpa surau bercampur jantina. Jangan risau, amik wuduk kat toilet ye ... bukan dalam surau :)


Jika nampak kedai Peanuts ni, surau bersebelahan jer ...


Tak banyak tips yang kakak nak bagitau sebab kami ambil pakej tour guide. Tour guide jugak terpulang pada kehendak korang. Ada orang suka jalan sendiri sebab lagi jimat. Ada orang suka ambil tour guide sebab malas nak jalan ... malas nak fikir. Semua terpulang bajet masing-masing.

Ikhlasnya jika ke Korea, kakak lebih suka pakai tour guide sebab ada transport, tak payah nak sibuk-sibuk tengok map, tak payah nak pasang kuda-kuda sangat ... hehehehehe

Terpulang ... macam kami, dua-dua merasa. Siang pergi dengan tour guide, malam merayap sendiri.

Pada yang inginkan perkhidmatan tour guide di Korea boleh tengok di Facebook dan Instagram KRtourguidemy. Kakak rekomen! 

Jika ada rezeki pasti kakak ke sana lagi bawak family pulak :)

with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

6 April 2019

RESEPI SUP TULANG NOXXA

Puasa-puasa ni memang lemau nak menghapdate blog ... huhuhuhu ...

Lagipun tahun ni sambutan puasa alakadar jer. Jarang sekali menjenguk Pasar Ramadhan. Selalu masak sendiri jer (mak ngan adik yang masak ... hehehehe)

Disebabkan keterujaan Akak Kembang dengan Periuk Pressure Cooker Noxxa, sanggup masak Sup Tulang Noxxa semata nak mencuba. Padahal Akak Kembang bukan suka sangat sup-sup ni ...

Memang mudah bak hang!! lah masak Sup Tulang ni dengan Periuk Noxxa. Selalu masak atas dapur, mau makan sejam lebih kan?? Dengan Periuk Noxxa 30 minit jer!!!

Sambil masak sambil karaoke pun boleh ....

Jom Akak Kembang ajar korang ....


RESEPI SUP TULANG NOXXA (30 minit)

Bahan-Bahan :-

1 kg tulang lembu
4 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci ulas*
1 batang lobak merah (dipotong)
2 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit lada hitam
Sup Bunjut
Sup Tulang 
Daun sup
1 cawan air
garam dan perasa

Semua bahan * dihiris


Cara membuat :-

1. Tekan butang STIR FRY dan ON.
2. Masukkan minyak. Apabila minyak panas, tumis bahan kisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, lada hitam dan buah pelaga.
3. Masukkan 1 cawan air dan kacau. Masukkan sup bunjut dan sup tulang.
4. Masukkan tulang tadi dan kemudian isi air sehingga menutupi tulang tersebut. Tutup periuk.
5. Laraskan tombol ke arah PRESSURE.
6. Tekan HIGH PRESSURE 28 minit dan ON.
7. Apabila periuk berbunyi tit-tit, laras tombol ke arah STEAM dan lepaskan wap tekanan. Tunggu sampai habis wap tekanan. Tekan butang OFF dan buka tudung periuk perlahan-lahan.
8. Kacau dan masukkan lobak merah, tekan semula butang HIGH PRESSURE selama 2 minit dan ON. Ulang cara 7 jika telah berbunyi tit-tit.
9. Kemudian, tekan butang STIR FRY dan ON. Masukkan garam, pak aji dan daun sup. Kacau sehingga mendidih. Siap!

P/S : Kenapa kakak letak kentang kemudian? Sebab kalau letak awal takut lembik sangat. 



Pertama kali seumur hidup Akak Kembang masak Sup Tulang ... not bad!!!

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

5 April 2019

FOURTY & FABULOUS


Assalamualaikum & hai blogerian...

Hampir 4 bulan Blog Akak Kembang menyepi kan ...

Akak Kembang kebizian ... bz dengan bisnes Amwaylah ... bz dengan bisnes bungalah ... nak buat camner ... demi kelangsungan hidup kan ...

Orang kata ... umur dah 40 an ni dah boleh relaks ... ooo tidak ... makin kuat kerja lagi adalah ...

Mana tidaknya ... bila umor 40 an ni anak dah start sambung belajar ... macam-macam perbelanjaan nak kena keluar duit ...

Tak simpan duit ke dari muda? Adalah simpan serba sedikit tapi dah gaji pun ciput ... mana nak cukupnya kan. Tapi kakak percaya dengan rezeki Allah aturkan. Walaupun gaji ciput, dapatlah jugak kakak merasa jalan ke sana sini. Itu rezeki jugak ...

Alhamdulillah. Syukur Tuhan. Masih bisa bernafas. Masih bisa menikmati kehidupan bersama insan tersayang.





Happy Fourty & Fabulous :)