29 March 2018

RESEPI PUDING ROTI NOXXA

Assamualaikum & Salam Sejahtera ...

Dah lama kakak tak kongsi resepi kan? Kakak ni takdelah pandai masak sangat. Tapi sekarang kakak makin suka masak pulak sejak ada periuk ajaib :)

Harini kakak nak kongsi resepi rahsia masak cepat dengan periuk ajaib. Orang lain dah bertahun pakai, kakak baru nak pakai kan ... kekekeke ...


Bahan-Bahan Puding Roti yang sempoi sangat.

Sebelum ni kakak selalu buat Puding Roti guna oven jer (bakar). Sejak ada Periuk Ajaib Noxxa ni, lagi mudahlah keje kakak. Cuma on butang steam jer dah jadi Puding Roti. Lembut pulak tu.

RESEPI PUDING ROTI NOXXA

Bahan-bahan :-

8 keping roti (dipotong 4)
2 biji telor
1 tin susu cair
6 sudu makan gula
2 sudu makan butter
1 sudu kecil esen vanilla
Kismis (ikut suka)

Cara-cara :-
  1. Blender semua bahan kecuali roti dan kismis.
  2. Masukkan separuh bahan blender dalam inner periuk noxxa.
  3. Masukkan separuh roti. Kemudian kakak akan lenyek-lenyek sikit (ikut suka). Tabur sedikit kismis.
  4. Masukkan baki bahan blender dan baki roti serta kismis.
  5. Tekan butang Steam hingga 25. Tekan Onn.
  6. Nanti akan bunyi bib .. bib .. abaikan.
  7. Apabila telah 25. Tekan Off.
  8. Siap dihidang.
P/S : Thanks Mama Mus beli Periuk Noxxa ... pastu bagi resepi macam-macam lagi :)



Siap dah Puding Roti Noxxa 25 minit jer :)

Kakak jenis tak suka makan pudding roti bersama sos tapi kalu korang suka meh kakak sharekan. 

RESEPI SOS KASTARD 

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla

*Putar semua bahan sehingga likat. Siap!

Sapa yang dah ada Pressure Cooker Noxxa tu silalah guna weiii ... rugi tak guna. Senang hidup korang ... percayalah ....

Berminat Pressure Cooker Noxxa?
Ansuran sehingga 4 kali.
Bayar ansuran pertama terus dapat barang.
Untuk detail boleh hubungi Akak Kembang

WHATSAPP 013 4235479 @ 013 3670079
DM Instagram : Akak Kembang

1 comment:

  1. macam - macam boleh macam menggunakan periuk noxxa ni , kena dapatkan satu lah

    ReplyDelete