2 March 2018

HARI KELUARGA IB CLANS di JANDA BAIK (Part 1)

Genap seminggu ...

Patutlah aku macam takde hati lagi nak menulis tentang percutian kami di Janda Baik. Rupanya ada berita pedih.

Dan aku tidak cukup kuat untuk meneruskan menulis percutian terakhir ini tapi tetap ku teruskan demi sebuah kenangan terakhir.

Ini adalah kali ke 4 IB Clans mengadakan Hari Keluarga. Kali terakhir kami di Melaka 2016. Tupun tak berapa nak family day sebab tak semua yang join. 

Alhamdulillah, kali ke 4 ni masih ramai ahli IB Clans sudi join. Giler taknak join ... seronok kot. Cuma kali ni semua sepakat tak nak pergi jauh-jauh. Jadi, para komiti mencadangkan Janda Baik :)

Kakak belum pernah sampai. Agak tak sabar dan jakun jugaklah teruja nak ke sana. Persiapan kami telah dibuat hampir setahun yang lepas (hotel dan tabung).


Kalini tema Hari Keluarga IB Clans ialah Dark Purple. Cantik tak?


Macam biasa ... tempat berkumpul kami di kedai mamak TSB.

Lebih kurang jam 11 pagi kami bertolak dari Sungai Buloh ke Janda Baik. Tak sampai sejam kami dah sampai perhentian Genting Sepah. Rasa kelakar dan tergelak-gelak dalam group whatsapp IB Clans sebab dekat sangat perjalanannya ... kekekekeke ...

Sabar .... baru sampai Genting Sepah belum Janda Baik lagi. Masuk je jalan ke Janda Baik dah mula rasa seram sejuk. Bukan apa ... jalan kat situ kiri kanan pokok-pokok dan jalan pun tak berapa cantik dan sempit.

Akhirnya hampir jam 1 petang kami selamat sampai di Hotel 101 Resort & Spa, Janda Baik.


Perkarangan 101 Resort & Spa, Janda Baik. Ada padang dan boleh letak kereta disitu. Yang korang nampak cam rumah tu ialah bilik jenis superior di 101 Resort, Janda Baik.


Gambar family nan hadooo


No. 3, 1 , 2


Abah tersayang ...


Sementara nak try check in awal, kami try masuk bahagian Spa di 101 Resort ni. Kalau korang nak urut boleh je try Kayu Manis Spa kat situ.


Banner Hari Keluarga IB Clan hasil ciptaan adik ipar kakak, Yuz dan di tempah dengan Fana.


Sebahagian ahli keluarga Haji Matusan dan Hajah Zainab. Tak lengkap sebenarnya. Sepatutnya 2 orang anak buah kakak ada masa ni ... tapi disebabkan kebangang-an bapak dia ... tak dapatlah mummy dia jumpa anak-anak dia.


Sepupu vs anak manakan


Sepupu sepapat yang rapat dari kecik sampai ke besar


7 dari 9 beradik. Dari kiri Zainun Ibrahim (Maklang), Zainab Ibrahim (Cik Nab), Zaleha Ibrahim (Makngah), Taman Sari (Cik Ujang), Zaitun Ibrahim (Cik Ton), Zaidah Ibrahim (Moksu) & Zainah Ibrahim (Cik Nah)


Ada pondok disediakan di kawasan 101 Resort ni ... tapi akan dikenakan bayaran jika korang bukan penginap 101 Resort.


Sementara menunggu masa check in, kami bersantap dulu kat pondok tu. Memasing bawak port luck.



Sebahagian waris IB Clan.


Tak sampai pun pukul 3 bilik kami dah siap. Tapi .............

Korang kena baca sampai habis entri aku ni sebab ada kisah disebalik kisah .......

No comments:

Post a comment