5 March 2018

HARI KELUARGA IB CLANS DI JANDA BAIK (Part 2)

Tapi .....................................................................

Malang sekali untuk bilik jenis family rooms di 101 Resort & Spa korang kena daki anak tangga yang agak tinggi ... fuhhh!!



Korang tengoklah ..... huhuhuhuhu

Itu baru separuh jalan .... lepas orang kedua yang tengah daki tu ... ada lagi anak tangga kena naik untuk sampai bilik korang. Bilik-bilik yang kena daki ni jenis bilik apartment & katil 4 (family room). 

Sangat-sangat tidak sesuai untuk orang-orang berumur dan untuk orang yang mempunyai masalah kaki.

2 bilik makcik kakak adalah bilik kedua last atas bukit tu. Nasib baik emak abah kakak dapat bilik paling bawah sekali. Kalau tidak memang tak turun biliklah dorang. 

Kesian pulak dengan pakcik makcik kakak, kami cuba mintak tukar bilik di bahagian bawah tapi tiada kekosongan. Nasib baik makcik-makcik kakak redha ... huhuhuhu


Nilah rupa family room. Kami amik 2 bilik. Bersebelahan je. Bahagian atas jenis apartment tak silap.


Bilik jenis Family Room di 101 Resort & Spa, Janda Baik. 

Bukak pintu terus pijak lantai jenis simen/batu. Takde selipar disediakan. Nasib kakak bawak selipar. Jenis kaki tak tahan sejuk memang menyampah kot ...

Yang best tentang 101 Resort & Spa Janda Baik :-
  1. Mempunyai 4 katil bujang.
  2. Ada 2 bilik air.
  3. Ada kettle dan ubat nyamuk disediakan.
  4. Ada TV.
  5. Ada ruangan simpan makanan dan penyangkut baju.
  6. Ada tempat untuk bersukan.
  7. Ada ruang untuk buat aktivit bbq.
  8. Sungai dekat.
  9. Breakfast sedap.
  10. Sesuai untuk buat Hari Keluarga.

Yang tak best 101 Resort & Spa Janda Baik :-
  1. Kedua-dua air panas di bilik air tak berfungsi (bilik kakaklah).
  2. TV siaran macam nak kena hempok jer tv tu.
  3. Tiada peti ais. So, jangan berangan nak bawak ayam ke ikan ye. 
  4. Tiada hydryer.
  5. Padang kena caj.
  6. Pondok pun kena caj.
  7. Ruang buat aktivit bbq kena caj.
  8. Kekurangan staff.
Kejadian yang paling buruk ialah bumbung bocor. Nasib baik kat dapur. Kakak malas nak bagitau hotel sebab dah mula rasa tak best ... redha jelah ...


Sapa nak pepeling honeymoon boleh pilih bilik tu ... hehehehe ...

Nampak geng Mak Ko Hijau tu ... dorang ni berebut bilik ngan bilik kami. Siap memekak kat budak receiption hotel sampai dorang datang bilik kakak pujuk nak tukar bilik.

Abang Kembong kata, kami yang datang dulu dan dah bayar pun mana boleh sesuka nak tukar. Alasan dorang ada orang tua. Kami pun ada orang tua ... daki bukit selamber jer ...

Budak hotel tu dah serba salah sebab dorang dah memekak macam salahkan kami pulak. Abang Kembong kata lagi, suruh geng Mak Ko Hijau tu datang jumpa Abang Kembong kalau nak tukar sangat. Akhirnya budak hotel tu pun mengalah. Kami tunggu gak kot-kot dorang datang memekak ngan laki kakak. 

Tapi nampaknya lalu lalang angkat barang sambil tunduk muka jer ... takutlah tu tengok badan sado Abang Kembong ... kekekeke ...


Depan bilik kami dah nampak kolam. Kalau korang nak booking family room sila request bilik depan kolam :)

Lepas puas mandi kolam, kami ke sungai pulak. Depan resort je. Airnya jernih dan nyaman jer. Dah lama tak mandi sungai ... jakunlah jap ...


lepak-lepak ... cecah-cecah air dulu sebelum basahkan badan ...


mak dara pingitan vs anak dara pingitan


Bahagianya bersama insan kesayangan. Tak kira tua muda ...


walaupun air cetek tapi sejuk dan nyaman sangat ...

P/S : Hati dan coretan tak seiring ... teringat-ingat ... terkenang-kenang ...

No comments:

Post a Comment