6 March 2018

HARI KELUARGA IB CLANS DI JANDA BAIK (Part 3)

Malamnya pulak, acara kami santai jer. Ada acara Pertukaran Hadiah. Karoeke. Gelak-gelak. Yang penting happy.

Disebabkan semua kena caj, awalnya cadangan kami nak wat acara "Exchange Gifts" kat tepi kolam. Dahlah padang kena caj RM150. Pondok pun kena kena walaupun kita tak buat bbq.

Pastu dalam group whatsapp IB Clans, abang long kawasan (Abang Hai) a.k.a pengerusi kata kita buat kat pondok bbq. Bila tanya boleh ke? Dia kata semua boleh kawtim .... sukalah kami sebab selesa sikit. Ada meja dan kerusi.

Sebenarnya kakak tak berapa nak sihat. Dengan batuk dan hingus tapi kakak takleh tahan takat tengok jer. Terkinja-kinja jugak ... hehehehe. Nasib baik ada asisstant untuk tukang cakap ...


Keluarga Makngah Leha. Antara orang kuat Hari Keluarga IB Clans 2018.


Sepupu sepapat ...


Kemain makngah Ijah dengan bakal perantin ni ...


Bakal pengganti kami. Generasi ke 4 IB Clans.


Acara dimulakan dengan pertukaran hadiah. Mak ajjah Enab dapat toto dari mak ajjah Eton :)


Akak Kembang ngan Abang Kembong dapat hadiah dari Dik Not & Aziz Family.


Tertunggu-tunggu sapa yang bertuah tu ...


Adik Moon dapat hadiah dari opie


Kakak disuruh oleh Abang Hai untuk panggil pakcik dan makcik naik ke pentas. Dalam hati dok berkata, takde dalam agenda ni. Apalah agaknya Abang Hai nak buat kejutan ni. Dia suka buat suprise ... hehehehe. 

Rupanya Abang Hai kata, mohlah kita bermaafan dengan orang tua. Takkan nak tunggu raya je baru mintak maaf. Terkesan kakak tau. Good Idea. Tengkiu Abang Hai.


Tema kami malam tu "Tema Baju Tidur". Hehehehe ... senang balik bilik terus tidur.

Alhamdulillah. Acara malam tu berlangsung dengan gembira dan jaya sekali. Semua rasa bahagia. Yang tak bahagia sila simpan bawah katil ... hehehehe.

Selesai satu acara. Esoknya ada acara sukan pulak. 

P/S : Masa akan datang, Hari Keluarga IB Clans diwajibkan slot acara bermaaf-maafan secara terbuka. Amanat tu.

4 comments: