27 December 2016

QAYYUM TURNS TWELVE


Selamat hari Jadi Firhan Qayyum. Harijadi yang ditunggu-tunggu oleh Qayyum. Maklumlah ... orang lain dah 12 tahun , dia harini baru nak masuk 12 tahun. Tak sabar nak buat kap pengenalan katanya ... hehehehe.
Perasaan aku ni sedih ada. Suka ada. Seram pun ado. Bukan senang nak jaga anak teruna nan seorang ni. Makin besar makin banyak lemak. Makin besar makin menguji diri. Nak peluk cium pun dia dah malu.
Hai lah anak. Cepatnya kamu membesar. Dan nak masuk alam remaja dah adik Qayyum. Seramnya ...
Doa Mama sejak 6 tahun lepas adalah sama setiap saat. Moga Allah berikan adik Qayyum kekuatan yang kebal. Moga Allah beri adik kesihatan yang lebih baik. Moga Allah berikan adik kaki yang makin gagah. Moga Allah pulihkan kaki adik. Moga adik jadi pelajar yang cerdik. Moga Allah jadikan adik anak yang soleh. Yang dapat berbakti pada agama dan negara. Moga bila dah besar nanti, adik dapat bawak Mama travel sesamer. Amin.
Mama, Babah, Kakak dan semua Love you from the moon to the back :)
Dari, Mama
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

23 December 2016

TRIP BANDUNG 2016 (Last)

Hari ketiga di Bandung ...
Bila hari terakhir ni memang lenmacam sikit feelingnya. Rasa sedih ada, rasa tak sabar nak makan roti canai pun ado :)
Semua beg dah siap kami bawak turun ke lobi hotel. Terus check out sebab nanti tak kelam kabut sangat.
Bai-bai Fave Hotel. I suka stay sini. No complaint. Best.
Kemudian, kami dibawa ke satu kedai/rumah yang jual pelbagai kain sulam. Kain sulam memang takde dalam list aku pun kali ni. Tapi Mas Igol sudi bawakkan kami tadah jelah ...
Kedai M Collection kalau tak silap nama kedai ni. Nak cari kain sulam atau kain telekong memang banyak kat sini. Harga? Biasa je ... Dah takde kain sulam yang berharga 100,000 rupiah sekarang ni.
Rambang mata tengok kain sulam di sini ... bertimbun-timbun
Dok fikir-fikir nak beli ke tidak? Akhirnya adik aku je yang beli ...
Ruang atas ada telekong dan baju sulam
Cihemplas
Kemudian, kami singgah ke Cihemplas. Dah lain suasana sekitar Cihemplas ni. Nasib baik kami tak stay hotel area Cihemplas. Memang dah tak best. Dah takde patung-patung besar. Jalan sesak.
Macet sini sana. Rasa tak selesa nak jalan. Mas Igol bagitau, kawasan Cihemplas sedang dinaik taraf. Dorang tengah buat Sky Walk. Nanti bila siap, pejalan kaki boleh ikut Sky Walk. Begitu juga dengan semua peniaga akan meniaga di Sky Walk tersebut. Mesti best masa tu kan ... Tapai ubi yang popular di Cihemplas. Tapi tak berani nak beli sebab dijual open sangat. Takut sakit perut plak nanti.
Takde apa pun nak beli kat Cihemplas ni. Cuma kami sempat tukar duit lagi sebab nak beli kiriman orang kampung :lol:
Nota : tukar duit Malaysia di Bandung agak rugi ... matawang kita sikit jadinya ... malu ai tau ...
Dah tukar duit ... Yok! sambung shopping!!
Flight kami delay dari pukul 4.40 petang ke 7.40 malam. Macam tau-tau je tak cukup masa buat kami kennn ... langsung dibawa kami ke Pasar Baru semula ...
Kali ni Mas Igol turunkan kami di hadapan pintu masuk Pasar Baru. Di luar Pasar baru nipun penuh orang meniaga. Tapi Mas Igol berpesan supaya berhati-hati ...
Mencari ole-ole buat orang kampung. Pilih je apa nak dibeli ..
Salah satu kedai telekong yang berpatutan harganya. Harus diingatkan, sebelum bayar, cek dulu semua barangan yang anda mahu beli. Takut salah bagi pulak cam kami  :-?
Boleh cari bro berdua ni kat kedai Ly Collection. Dia kata sebelum kami datang ada pelakon dari Malaysia baru singgah. Akak pun cakaplah akak pelakon ... dia tak caya plak ... wakakakaka ... (akak pelakon drama tamil :) memanglah dia tak kenal ... kekeke)
Masa masih panjang tapi duit rupiah makin tipis, tak lama pun kami kat Pasar Baru. Mau cari makan pulak.
Mas Igol tanya kami mahu ke Rumah Belacan?
Yang adik aku ni punyalah lurus bendul menjawab :
"Tak maulah bang ... bawak belacan nanti busuk pulak flight.."
Aku gelak-gelak tahan perut. "Bukan jual belacan ... nama kedai makannya Rumah Belacan ...." kekekeke ... lurus bendul adik aku ni. Kat sini kedai dorang panggil rumah ...
Rumah Belacan
Sebelum ni tak penah pulak aku tau pasal Rumah Belacan ni. Haruslah cuba kan ...

Inilah kawasan Rumah Belacan. Memang sepanjang hari asyik hujan jek ... macam menangisi kepulangan kami ... kekeke ...
Antara menu makanan di Rumah Belacan.
Rasa tenang dan nyaman je kalau makan kat Rumah Belacan ni ...
Duk sini seminggu mau makin mengembanglah hakak ... semua makan sedap-sedap belaka ... tak cuba menyesal nanti ... kekekeke ..
Menu pilihan kami. Nasi Goreng lupa namanya ... hehehe ... makan berdua tak sampai 100,000 rupiah. Memang sedap dan terbaik ...
Thanks hakak tolong snapkan gambar kami ...
Lepas makan, kami terus di bawa ke Kartika Sari. Menghabiskan saki baki duit rupiah yang ada.
Adik Moon memborong kek kesukaan dia. Kami beli juga ole-ole buat Mas Igol sebagai tanda terima kasih sudi layan karenah kami :)
Lepas singgah Kartika Sari, ingatkan nak singgahlah tempat menarik lain sementara nak menunggu 3-4 jam lagi. Tapi hujan masih lebat. Sudahnya, kami suruh je Mas Igol hantar kami ke lapangan terbang terus. Awal 5 jam kot kami kat situ ... hahahaha ...

Tujuan sampai awal di aiport Bandung adalah misi mengemas beg. Risau sebenarnya dengan berat beg kami. Bawak penimbang ... 10 kali timbang makin berat pulak ... huhuhu ...
Ingatkan kami je menggelabah ... rupanya ada sekumpulan geng yang datang sama kami ... balik pun sama kami siap bersila memunggah beg lagi kat airport tu ...Nak wrapping beg pun boleh. 1 beg harganya 55,000 rupiah.
Rupa-rupanya bila dah timbang, 3 beg kami tak sampai 60 kg pun. Padahal masa timbang manual dah dekat over rasanya ... hahahaha .. menggelabah je kan ... kalau tau boleh sopping lagik ...
Nota : Kalau korang agak-agak beg lebih muatan ke ... korang terus je masuk dalam airport Bandung tu ... lepas check in dengan pihak kastam Bandung korang pi belah kanan. Kat hujung sekali tu ada timbang. Boleh tumpang timbang dulu ... Alhamdulillah, pihak kastam Bandung tak kacau pun ...
Nota : Untuk makluman, tiada tax di airport Bandung lagi. Semua dah termasuk dalam tiket korang. Bolehlah habiskan rupiah yang ada tu ek ...
Settle pasal beg baru lega. Baru boleh luruskan kaki. Lapangan terbang Bandung ni takde apapun yang menarik. Kalau nak beli buah tangan, adalah jual cenderahati dan kek.
Alhamdulillah. Touch down kat Malaysia dalam pukul 10.40 malam camtu. Aku singgah beli rokok kiriman kupu-kupu pastu baru pi cari beg. Orang lain semua dah chow ... huhuhu ...
Sebelum korang bertemu orang yang dirindui, korang kena hadap kastam Malaysia dulu. Seploh kalilah turun naik beg. Kastam Malaysia harap sado je tapi pemalas nak nolong ...
Habis je scan beg, tiba-tiba kastam pompuan ni panggil kami. Dia mintak passport kami. Tanya kami pi berapa hari. Dia kata kami beli banyak kain pasang. Dia kata lagi kalau pi Bandung 3 hari sepatutnya boleh beli 3 pasang kain jek.
What the fish!!! Dalam hati aku kata, kalau 3 pasang baik aku beli kat Jakel je kak oiiii! Udahlah berpeluh-peluh naik turun beg. Panas je telinga aku dengar akak kastam ni.
Kami pun cakaplah ni semua kiriman orang. Dia pun mulalah bukak akta kastam dia. "Macamnilah ... bayar kami RM80 boleh?" Bertambah panas hati aku weeiiii ... Adik aku pun mintaklah kurang lagi ... sekali dia pun bukak akta kastam lagi ... sepatutnya kalau barangan camni kami boleh caj RM1k ... kepala hotak korang .... suka-suki je ...
Aku malas nak bertekak sebab dah malam kan. Aku tak sabar nak jumpa family aku. Aku suruh adik aku pi bayar dan dapat resit yang macam resit parking jek ... Nasib baiklah semua beg aku tu berwrapping ... kalau tak mesti dia mintak selai dua tu ... huhhh ...
Sebelum ni, dah berapa kali aku pi Bandung ke pi mana ke tak pernah kena tahan ngan kastam. Bila diingat-ingatkan mungkin kastam KLIA2 kaki tahan orang kot. Masa LCCT dulu takde pun ... KLIA pun takde ... Dah rezeki kami kena tahan kan ... redha jelah ...
Tips aku untuk korang yang kaki shopping tu ... jangan nampak sangat korang kaki shopping. Kalau pergi berdua, cuba selit-selit dengan rombongan yang ramai-ramai tu. Kalau beli kain yang sama dan kuantiti yang banyak ... jangan sekalikan, letak dalam beg yang berasingan. Pastu buat muka paling cipan sekali. Kalau boleh lagi cipan dari muka kastam tu.
Ok bai ....

20 December 2016

Travelog : Melaka Lagi (Muzium Samudera)

Hari ketiga dan terakhir kami di bumi Melaka …
Sekejap je dah 3 hari disini. Tak puas sebenarnya. Tapi nak buat macamana ... kondisi Abang Kembong tak mengizinkan kami teroka bumi Melaka. Mungkin lain kali.
Kat The Straits Hotel & Suites Melaka ni baru including breakfast. Tapi untuk berdua jelah. Aku suruh Qayyum & Abbas je yang pegi tapi kesian plak tak berteman. So, top up breakfast untuk kanak-kanak di Kafe Amalaka ialah RM14.00.
Muka budak takde mood. Nak demam pulak katanya ...
Kafe Amalaka ni nampak cozy. Cantik dan selesa. Makanan biasa-biasa je tapi banyak variasi.
Sementara Qayyum dan Abbas sambung berendam kat kolam, budak berdua ni mandi dalam bathtub jer ...
Jam 12 tengahari, kami check out. Akak Kembang suka nginap di The Straits Hotel & Suites Melaka ni. Best dan selesa sangat. Memang direkomenkan buat yang ramai keluarga tu.
Bergambar kenangan dulu. Kesian tengok muka Abang Kembong menahan sakit ... hehehehe ....
Janganlah cepat membesar sangat anak ...
Anak-anak bujang Mama ...
One Happy Family :) (tumpang anak orang ... hehehe)
Lepas check out, kami singgah ke tempat jualan ole-ole di  Medan Samudera, Melaka. Berhadapan Kapal Samudera Melaka tu ...
Banyak ole-ole boleh dibeli disini tapi harga sudah banyak mahal ... huhuhu ...
Dah tak jumpa belacan singgit. Semua dah naik harga ...
Kalau nak cari wajik sedap di Melaka ... cari Wajik Pulut Asli Mama. Memang Akak Kembang rekomen. Sedappp!!!
Tempat patut dikujungi jika ke Melaka ialah Muzium Samudera atau Muzium Kapal. Nipun tujuan utama Qayyum nak sangat ke Melaka ni.
Dah alang-alang jejak bumi Melaka, haruslah singgah ke Muzium Melaka kan. Aku suruh budak-budak ni je masuk. Aku teman Abang Kembong kat luar.
Sempat beli baju sama kat Dahtaran Pahlawan malam sebelum tu semata nak pakai balik sesamer :) 
Kemain possinglah depa ni ...
hensemnya ...
Anak dara kenit tu masam sebab tak dapat masuk satu tempat yang kena bukak kasut. Kakak ngan abang-abang malas nak layan ... hehehe ...
Nasib kakak Balqis ada bodyguard ...
Abang Kembong ngan Akak Kembang pun tak ketinggalan nak selpie gak ... hehehehe ...
Harga Tiket Masuk ke Muzium Samudera Melaka ialah :-
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM3 (bawah 12 tahun)
Bawah 6 tahun : Percuma
Maka, berakhirlah cerita percutian Akak Kembang ke Melaka. Tak jemu sebenarnya ke Melaka ni. Ada banyak tempat lagi tak dapat jejak. InsyaAllah, panjang umur di lain masa pulak.
Balik cuti Melaka, kena kumpul tabungan cuti kembali. Kalau tak buat camtu, memang tak merasalah berjalan-jalan hiburkan hati sendiri dan anak-anak kan. Kena tekad nak buat tabung jalan ni. Hati kena kental. hahahaha ...
Ok bai :)

15 December 2016

Travelog : Melaka Lagi - The Straits Hotel & Suites Melaka

sambungan dari Melaka (Part 1)
Lepas habis budak-budak ni berendam di Swiss Garden Hotel & Residences Melaka, kami nak beralih hotel pulak. Saja nak test hotel lain pulak ... hehehehe ...
Sebenarnya, aku tak tau pulak yang Swiss Garden (Hotel) Melaka (yang aku duduk tu residences) ni ada bath tub. Kalau aku tau tak payah beralih-alih hotel ... Aku memang awalnya nak cari hotel ada bathtub sebab kakak Balqis nak berendam dalam bathtub dengan sabun Lush yang aku masa pi Jepun tahun lepas. Punyalah lama aku peram sabun dalam peti ais ... hehehehe ...
Tepat jam 12 tengahari kami check out dari Swiss Garden Hotel & Residences Melaka. Sebelum check in hotel seterusnya, kami singgah makan kat kedai Asam Pedas Kak Ton :)
Makanan ini berharga RM68.20 untuk 6 orang
Budak paling senang nak bagi makan. Nasi putih je ... dia dah puas hati ... hehehe ...
Nasib baik orang demam dah boleh makan ...
Kafe Asam Pedas Zaiton. Terletak kat jalan menuju Bandar Hilir.
Habis makan kami terus menuju ke hotel seterusnya iaitu The Straits Hotel & Suites Melaka. Aku booking terus dari hotel sebab murah sikit dari agoda masa tu. Semalam berharga RM242.00 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.
Ruang lobi hotel ...
Sebelum tu korang parking kereta dulu di Novotel Hotel. Novotel Hotel dan The Straits Hotel & Suites bersebelahan dan berkongsi parkir kereta. Parking adalah percuma cuma setiap kali orang nak keluar kena tunjuk kad parking di kaunter hotel.
Ok. Tak sabar nak masuk bilik hotel. Kami dapat tingkat 21. Kolam mandi di tingkat 23 ... hehehehehe ...
Jom ....
Tadaaaaa .... besarnya bilik jenis Premier Suites ni ... bawak semua family akupun muat sangat. Tapi kena bawak totolah ...
Ada meja makan. Nampak selesa sangat.
Ada mini kitchen lagi tapi lauk paukku sudah habis nak masak acaner ... huhuhu ... dan macam kat rumah plak rasanya ...
Sofa merah kemain cantik. Rasa nak bawak balik jer ...
Bagi keluarga kecil aku memang sesuai sangat bilik ni. Cuma kena bawak tilam tambahan jelah ...
Ada meja solek terpanjang ... hehehehe ...
Paling best The Straits Hotel & Suites ni adalah plug yang banyak. Sana sini ada plug sampai dalam almari baju ni pun ada 2 plug tau. Tak payah nak berebut-rebut nak caj tepon nanti.
Budak sepet tu punya excited sampai semua baju dia kuarkan dari beg dan masukkan dalam drawer almari tu ... kekekeke ... sebelah kanan tulah ada bathtub :)
Toileteries lengkap. Best!
Yeyyyyy .... khas buat kakak Balqis ...
Memasing tak sabar menyambung mandi lagi ... jom tengok kolam mandi di The Straits Hotel & Suites ....
Infinity pool ini terletak di tingkat 23. So, lepas ni kalau nak menginap di The Straits Hotel & Suites Melaka, boleh request bilik tingkat 21 @ 22 sebab senang nak pi kolam mandi ... hehehehe ...
Cuma .... kolam mandi ni tak berapa sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. Kena pakai pelampung. Kolam ni agak dalam buat kanak-kanak.
Silau plak ...
Cubaan Abang Kembong menyihatkan diri. Malam tu terus demam balik ... hehehehe ...
Ok! bai ... sambung lagi ek ....

9 December 2016

SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCES MELAKA

Travelog - Melaka Lagi

Bila cuti sekolah bermula ... akulah yang ligat fikir nak bercuti. Padahal dah banyak kali pi bercuti kot tahun ni. Tapi dah janji ngan anak-anak. Kesian pulak kalau tak jadi.
Kali ini Melaka juga jadi pilihan tempat bercuti. Tak tahulah kenapa mesti Melaka? Mungkin macam-macam ada kot. Dan tak pernah jemu pun.
Kami ke sana 3 hari 2 malam di Melaka tapi hotel berlainan. Malam pertama kami stay di Swiss Garden Hotel & Residences Melaka. Sebelum check in di hotel, kami singgah Klebang Original Coconut Shake dulu bagi mengalas perut. Ini juga tujuan utama kenapa kami memilih Melaka. Firhan Qayyum asyik cakap teringin nak minum coconut shake kat Melaka. Layankan ajelah ... harap-harap esok-esok bila aku tua ... tiba-tiba teringin nak minum coconut shake, dia boleh bawak aku pulak ke sini kan ...
Beratur memang sentiasa panjang tapi tak lama. Tempat duduk pun masih banyak yang kosong. Makanan pun tak variasi sangat. Ada nasi lemak, meehon, mee goreng dan aneka kuih muih. Bolehlah nak alas perut.
Port sama masa pergi bulan 2 dulu ...
Abang Kembong sebenarnya tak sihat masa ni. Suara hilang. Batuk ... selsema ... demam tapi digagahkan jugak bawak kami sampailah ke Melaka. Kalau tak bawak nanti bini dia muncong sedepa ... hahahaha ... lap u laling ...
Tercapailah hasrat di hati Firhan Qayyum dapat minum coconut shake Melaka. Kat Sungai Buloh ade je tapi demand nak yang Melaka jugak ..
Ramainya anak hakakkkk .... hehehe ...
Dah kenyang, jomlah kita ke Bandar Hilir sementara nak tunggu waktu check in hotel.
Sampai pun Bandar Hilir. Kali ni memang aku nak singgah jugak Kota A Famosa. Seingat aku, singgah ke Kota A Famosa ni masa kakak Balqis umur baya-baya Zara kot.
Mula-mula tu aku ngan Zara je yang turun. Toleh belakang semua pakat turun kereta nak join sama kecuali Abang Kembong ... hehehehe ...
Pada yang bertanya anak sapa pulak aku angkut ni? Yang putih-putih melati tu Abbas namanya. Merangkap bff Qayyum. Ada sorang lagi tak dapat nak bawak sebab tak muat (next time maybe). Yang amoi mata sepet tu sapa lagi kalau tak anak buah aku, Zara.
Sekejap je hero Mama dah besar ... huhuhu ...
Semoga persabahatan kalian kekal hingga dewasa. 10 tahun lagi, kamu berdua datang sini dan possing semula kat sini. Mesti gempak :)
Harapkan ada kawan je barulah Qayyum nak bergambar. Kalau tidak memang susahlah nak bergambar ...
Muka menahan kepanasan memasing ...
Cubaan possing ala-ala Zara ...
Tak payah nak ajar possing macamana ... pandai jer ...
Tahun depan confirm Mama makin pendek ...
Habis mandi peluh barulah kami terus ke Swiss Garden Hotel & Residences Melaka. Sampai hotel baru pukul 2 petang. Aku booking melalui Agoda.com. Alhamdulillah, dapat check in awal. Kali ni kami dapat tingkat 25. Harga semalam di Swiss Garden Residences Melaka ialah RM244.53 tidak termasuk breakfast.
Kenapa pilih hotel Swiss Garden Hotel & Residences Melaka lagi? Tak serik ke? Lift kan lambat?
Hahahaha ... tak serik sangat pun. Walaupun carik lift dari tempat parking nak ke hotel punyalah berejam. i ok lagi. Dah budak-budak suka. 10 kali pi takpe :) Lagipun hotel situ best !
Aku pilih residences. Dapat 2 katil single. Memang muat untuk kami berenam. Cuma Zara jer kena tido tilam travel ... hehehehe ...
Gambar bilik boleh tengok SINI.