28 March 2016

KEDAI WINTER COAT MURAH

Dah nak habis musim sejuk baru nak bagitau kedai baju sejuk murah kan?
Ampun ... tak menyempat nak buat entri khas untuk baju musim sejuk. Ok! Jom Akak Kembang tunjuk kedai winter coat murah di Kuala Lumpur ni.
Sebelum ni google punya google maka terjumpalah kedai winter coat murah ni area Kuala Lumpur.  Aku memang tak pernah beli winter coat ... masa pergi Beijing pun aku pinjam kat adik punya. Nampaknya kena beli 1 jugak. Malulah asyik pinjam orang punya pulakkan. 
Sebelum aku tahu kedai baju sejuk murah ni, aku dah pergi banyak tempat macam Zara, H & M, Guess, Winter Time, Universal Traveller, online dan macam-macam lagilah ... Ada yang berkenan tapi mahal sangat pulak. Ada yang murah tapi aku plak tak berkenan.
Dengan pantas ajak Park Ra Shid meronda ke Jalan Lok Yew.
Selama ni tak tahu pun kewujudan Kok Kong Winter Wear ni. Padahal dulu selalu lalulalang setiap minggu nak balik sri johor umah mak mentua aku. Kalau aku tau...mesti dah banyak baju sejuk aku kan ... kekekeke ...
Masa aku sampai Kok Kong Winter Wear ni, hujan renyai-renyai pulak. Parking kat sini memang sangat terhad. Sudahnya Park Ra Shid tunggu dalam kereta je sambil cari parking.

Kok Kong Winter Wear ni ada 2 tingkat. Di tingkat atas menjual beg-beg luggage untuk travel. 
Di bahagian bawah tanah pulak ada jaket, winter coat, stokin wool, boots, mafla, glove, long john dan barang kelengkapan musim sejuk. Kira korang tak payah nak ke kedai lainlah. Semua ada di Kok Kong Winter Wear ni. Harga? Tengok barang jugak Ada yang mahal dan ada yang murah tapi lebih murah jika dibanding dengan shopping complex. Tapi winter coat kat sini memang berbaloi beli.
Waahhh!!!! terpegun aku melihat baju-baju sejuk kat sini. Diluar jangkaan aku ... Aku di sapa pekerja di sini. Baik dan peramah. Orang pakistan kot. Sambil bawak anak-anak buah korang taulah kan. Memang jadi tarzan Akak Kembang kat situ ...
Penuh warna-warni. Mulalah naik juling mata aku ... huhuhu ...lagi banyak pilihan baju winter coat dari Universal Traveller & Winter Time :) 
Kesian pulak aku tengok anak-anak aku ngan anak-anak menakan aku ni. Dorang pun berangan nak winter coat jugak. Sabarlah ye nak...bagi mak jalan-jalan dulu. Nanti korang dah besar, belajar rajin-rajin, kerja bagus-bagus ... boleh pergi kemana saja yang korang mahu dengan syarat kena bawak Mama sekali ek :)
Ok! Aku suka sebab dah dapat winter coat yang berkenan dihati. Lebih kurang design yang aku berkenan kat Espirit, Sogo tu. Harga winter coat Espirit yang aku berkenan tu mencecah RM499. Matilanakkkkk!!! Kat sini baru RM380 ada diskaun RM50 lagik. 
Nasib baiklah aku jumpa kedai baju sejuk murah ni. Jimat duit aku ... kekekeke...Kalau korang beli banyak dia bagi free gift. Aku dapat mafla free :) 
Jika korang nak cari kedai winter coat murah ni boleh terus pergi di :-
Alamat Kok Kong Winter Wear
No, 170, Jalan Loke Yew, 
55200 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-9221 9311
Waktu Perniagaan Kok Kong Winter Wear :
Isnin - Sabtu : 9.00 a.m - 6.00 p.m
Ahad : 11.00 a.m - 6.00 p.m

22 March 2016

JEJAK KASIH 25 TAHUN

Tajuk macam tuanya haku!!!!(memang dah tuapun :))
Ya. Itu 25 tahun dahulu. Zaman terakhir meniti alam persekolahan di sekolah rendah iaitu pada tahun 1991. Zaman budak hingusan yang sukar dilupakan segala kenangan manis ketika itu. Pada waktu itu, satu-satunya sekolah rendah untuk orang yang tinggal sekitar Sg. Pelong, Paya Jaras dan Sungai Buloh ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Pada waktu tu jugak tak ramai lagi murid sekolah. Kalau tak silap aku, darjah 6 je baru ada 4 atau 5 kelas jer. Yang aku ingat 6 Anggerik, 6 Bakawali, 6 Cempaka & 6 Dahlia (kalu tak silap). Maklumlah dah 25 tahun kan … ingatan kena asah tajam lagik.
Beberapa minggu yang lalu, aku di invite untuk join group whatsapp untuk zaman sekolah rendah. Yang aku join group whatsapp untuk kelas masa sekolah menengah jer. Lagipun kebanyakkan geng memang dari sekolah rendah. Bila kawan aku, Shahrizan kata ini untuk group darjah 6 Bakawali jer. Aku on je. Maka bermulalah kepochi group 6 Bakawali yang ada buat masa ni, Shah, Ijat, Muhaizal, Mus, Mala, Zila, Lily, Mokhsin, Azizi, Ade Azri, Nazrah, Su, Aku & Yaty. Semua tu ada ada friend kat facebook kecuali Muhaizal & Yaty.
Macam tak sangka dapat jumpa dorang balik walaupun kat whatsapp jer terutama ketua pengawas kecil molek, Yaty. Ada jugak yang aku ingat rupa dorang tapi banyak yang dah tak ingat..kekeeke..Lagipun takde sorang pun yang simpan gambar lama kitaorang masa 6 Bakawali ... sedey giler kot.
Lawak weiii .... masa ni aku darjah 4 Merah. Inipun ehsan kawan aku punya koleksi.
Yang geng mak jemah ni mulalah sibuk nak jumpa. Ok! set time nak dating. Kebetulan aku memang amik cuti hari jumaat lepas sempena cuti sekolah. Bila aku dan Zila cuti masa tu, Mala pun amik cuti gak. Yang lain tak apply cuti sebab dorang bos :) Kami janji tempat yang senang masing-masing nak datang. 
Kami pilih Aeon Shah Alam yang baru buka tu. Sambil menyelam boleh minum air ... kekekeke ... Dari malam tadi dok tak sabar rasanya. Macam nak pi berdating pulak ... kekekeke...
Kami lepak food court je ... boleh lepak lelamer skit. Harini geng mak jemah je dulu jumpa. Geng pak jemah sibuk nak sembahyang jumaat ... lenkali kita wat reunion balik ek. 
Sementara menunggu orang yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran.
Tudia.....orang yang ditunggu-tunggu sudah datang.Sampai menangis Yaty dapat peluk-peluk kami.Peluk jangan tak peluk  :-D 
Tetap macam tu jer muka Yaty ni. Ketua pengawas zaman kami darjah 6 dulu. Dan yang penting tetap comel dan kiut. Punyalah lama kami dok berborak sambil mengimbau zaman sekolah rendah dulu-dulu. Teringat zaman karipap 20 sen. Main tiang. Main gelongsor kat tepi padang. Bestnya yaamat! zaman tu ...Aku, Zila, Yaty, Mala, Lily, Mus
Ya! Ampun. Bahagianya rasanya dapat bertemu kawan-kawan. Kami berlima kecuali Yaty, nama je duduk dekat tapi nak jumpa punyalah susah ... heee...heee...
Lepas je aku post gambar kat facebook, ramai pulak kawan-kawan ngaku sekelas 6 Bakawali. Setakat ini dah ada 20 orang iaitu Shah, Ijat, Muhaizal, Mus, Mala, Zila, Lily, Mokhsin, Azizi, Ade Azri, Nazrah, Su, Aku, Yaty, Intan, Hema, Darni, Intan, Fiza & Isa dalam group 6 Bakawali. Makin meriah. Boleh buat reunion sekali lagi. Semoga persahabatan kita akan kekal hendaknya. InsyaAllah.
 :arrow: Dapatkan Tiket Kapal Terbang ke India Serendah RM159 Sahaja!

16 March 2016

PEKAN TANJUNG MALIM

Gara-gara tengok Majalah Tiga, Pak Ra Shid terus ajak pi Tanjung Malim. Tempat yang selalu tak ambil pusing sebab macam takde apa pun di Tanjung Malim tu kan ... yang tau Tanjung Malim ada UPSI jer ... hehehe ...
Rupanya Tanjung Malim adalah syurga makanan. Camnerlah nak diet camnikan. Saja je Abang Kembong ni nak tengok Akak Kembang makin kembang ...
Perjalanan dari Sungai Buloh ke Tanjung Malim mengambil masa cuma 1 jam sahaja. Demi misi mencari makanan sedap Tanjung Malim, sanggup redah ... hehehehe ...
Sebenarnya, Pak Ra Shid nak cari roti Pak Mokhtar tapi tak tau kat mana pulak. Lagipun pergi dah dekat pukul 1.00 petang, terus cari makan tengahari jelah. Perut pun dah lapar ... 
Sambil jalan sambil google kedai best kat Tanjung Malim ni. Kunun, nak makan ikar bakar tapi berkenan seafood pulak. Akhirnya, kami pilih Restoran Garden Seafood, Tanjung Malim. Sebuah restoran berkonsepkan masakan cina dan masakan seafood.
Restoran Garden Seafood, Tanjung Malim


Kami guna waze je nak cari Restoran Garden Seafood ni ...

Sementara menunggu meja kosong. Nak jugak bilik ekon ...



Dekorasi Restoran Garden Seafood ni agak klasik. Semua barang-barang lama.

Sukalah Uncle Grandpa ni dapat duduk atas meja
Sementara tunggu makanan ... wefie jelah 


Makanan satu persatu sampai dan cepat pulak tu. Butterprawn. Akak Kembang bagi 8/10 bintang
Ketam masak tak tau ... lupa sudah. Akak Kembang bagi 5/10 bintang. Tak suka ... nak ketam ori ...


Sharkfin. Dorang bagi 7/10 bintang. Aku tak makan sup sharkfin ni .. huhuhu


Talapia Masak 3 Rasa. Akak Kembang bagi 8/10 bintang. Sedap sangat.


Sup bebola sayur. Akak Kembang bagi 6/10 bintang.
Tak sangka suka pulak Qayyum ngan sharkfin sup ni. Jangan mintak selalu tau. Kopaklanakkk ...


Overall ... aku suka makan kat Garden Seafood ni. Berbaloi dengan apa yang kami bayar. Sangat direkomenkan.
Alamat Restoran Garden Seafood :-

7,8 & 9A Jalan Wangsa Utama
Taman Wangsa
35900 Tanjung Malim, Perak.

Restoran Pau Yik Mun, Tanjung Malim
Misi mencari makan tengahari dah settle walaupun tak dapat makan ikan bakar. Misi kedua... jom cari pau sedap di Tanjung Malim. 

Tak jauh pun dari Restoran Garden Seafood tadi. Akhirnya sampai juga di kedai Pau Yik Mun. Kedai ala-ala kedai kopi zaman atuk nenek kita dulu (agaknyalah).Kedai Pau Yik Mun taklah besar sangat dan sentiasa penuh dengan orang. Maklumlah, masing-masing terpengaruh dengan Majalah Tiga lah ni termasuk kami :)


Gebu-gebu sungguh pau Yik Mun ni.


Disebabkan orang ramai dan tiada tempat kosong dan lagi kami masih kekenyangan, kita tapau je Pau Yik Mun ni yang dijual sebji RM2.20 ada 4 perisa semuanya .. Kacang Merah, Kaya, Daging & Ayam.

Makin gebuss pulak si pembeli tu kan ... tettttt!!!
Belum rasa dah tunjuk terbaik ... bodek sungguh!
Bagi aku, so-so je Pau Yik Mun ni. Makan panas-panas sedaplah tapi bila dah sejuk agak kureng sikit. Lain tekak lain rasanya kan ... 
Alamat Restoran Pau Yik Mun :-

1, Jalan Slim Lama
35900 Tanjung Malim
Perak.

Niat dihati nak terus pi Bukit Fraser tapi makin jalan makin jauh pulak rasanya ... langsung patah balik dan jumpa tasik ke laut ke sungai area Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu yang cantik sangat ... jadilah kan ...
Bagi sesiapa yang ingin ke utara, bolehleh singgah ke Tanjung Malim ni untuk jalan-jalan cari makan. Banyak sebenarnya tempat makan sekitar Tanjung Malim ni. 
Jumpa lagi ....
 :arrow: Lihat Sini 'Official Trailer Batman vs Superman'


Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

14 March 2016

BERMALAM DI SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCES MELAKA - Final Part

Hari Ketiga
Last day di Melaka kena pulun berendam sampai puas ... hehehehe ...
Walaupun cuaca terik, tapi angin punyalah kuat dan sejuk jer. Dah kolam atas bangunan, mestilah angin kuatkan ... taknak berendam ada court tenis jugak disediakan.

Laki bini berendam dalam jakuzi sambil berangan nak buat sebijik jakuzi kat rumah kami nanti ... kekekeke ...
Menghabiskan detik gembira bersama-sama sangat menggembirakan ...Happy Clans
Selfie dari Farrell ... hehehe ...Kasi can nenek-nenek berendam dalam jakuzzi
Kelakar pulak gambar menyelam ni .. mata aku dah macam hantu cino plak ...
Mak ku yang jelita :)
Cucu kesayangan yang jauh dimata dekat dihati ...As usual 'family potret' :)
Check out jam 11.00 pagi. Nak singgah Bandar Melak jap ...
Pada sesiapa yang nak menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka ni boleh tempah melalui Agoda.com atau booking.com atau dari website hotel sendiri.
Meh aku bagi review sikit pasal Swiss-Garden Hotel & Residences ... 
Yang best tentang Swiss-Garden Hotel & Residences :
  • Hotel best. Bersih. Selesa.
  • Bilik best. Bersih. Selesa. Besar. Karpet cantik :)
  • Kolam best. Bersih. Sejukkk. Ada jakuzzi lagi..ada sauna pulak tu. Paling best ada gym.
  • Staff baik dan peramah.
  • Breakfast sedap.
Yang tak best tentang Swiss-Garden Hotel & Residences :
  • Lobi hotel dan residences lain-lain.
  • Lift hotel & residence pun lain ... mula-mula tu agak bercelaru (aku je kot camtu) sib baik budak-budak hotel ni rajin tolong.
  • Toileteris tak best sebab takde berus gigi & ubat gigi.
  • Lift lambat sangat-sangat (mungkin musim cuti kot). Nak tunggu adalah sampa 20 minit lagi-lagi musim cuti umum ... huhuhu ... pastu panas plak ... 
Alamat Swiss-Garden Hotel & Residences :
T2-4 The Shore @ Melaka River 
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75300, Melaka Tengah, Melaka, Malaysia. 
Tel : 606 – 288 3131
Fax : 606 – 288 3377 
Email : resvns_sghrm@swissgarden.com
Dah masuk Bandar Hilir nak ke Dataran Pahlawan jalan banyak tutup pulak. Guna waze, bawak jalan meraban dan jem. Dapatlah tengok orang Cina pi beraya kat tokong-tokong. Disebabkan jalan semua jem, kami terus pi Melaka Premium Outlet (MPO) jelah. Bai-bai Bandar Melaka ... ada rezeki datang lagi ...
Dah sampai Alor Gajah .... jalan menuju ke MPO bukan main jem pulak ... huhuhuhu ... tapi dah alang-alang sampai kan kami redha je redah jem  tu... janji nampak bumbung MPO pun jadilah... kekekeke  
Bagi aku biasa-biasa je MPO ni. Tak sehebat dan se'best' JPO pun. Aku tak beli apa pun ... jenjalan lenguhkan kaki jer ...
Kuda lari gagah berani ... kebetulan pakai baju belang sama pulak ...
Nasib baik takde yang best kat sini, kalau tak matilanakkk kena pow ngan budak kecik nie...si
Tak lama pun kami di MPO tu ... nak balik ke Sg Buloh, kami singgah kedai Kraftangan Alor Gajah. Nak cari belacan dan kuih muih buat bekalan.
Selamat tinggal Melaka. InsyaAllah... ada rezeki boleh datang lagi ...


with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube
Baca entri lain : -