8 March 2016

BERMALAM DI SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCES MELAKA (Part 1)

Assalamualaikum ... puas hati tak ngan citer Akak Kembang ke Jepun? Kalau tak puas hati nanti kita pi sama-sama ek ... tapi dalam mimpi jela .. hehehehe ...
Kali ni Akak Kembang nak story mori Melaka pulak ...
Cuti raya Cina Februari lepas, trip IB Clans ke Melaka pulak. Perancangan telah dibuat dari tahun lepas lagi. Janganlah kecam saya asyik berjalan je ek. Setahun menabung tu ... hehehehehehe ...
Seperti kebiasaannya, penginapan kami diuruskan oleh Abanglong kawasanlah ...
Kenapa pilih Melaka sebagai tempat percutian? Sebab Melaka ada Swiss-Garden ... ngeh!ngeh!
Abang Hai kata, mungkin tahun ni tahun terakhir kami dapat merasa tinggal di hotel Swiss Garden sebab dia dah tak kerja (VSS). Sempatlah kami merasa Swiss-Garden Beach Resort  Damai LautSwiss-Garden Resort Residences Kuantan dan Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka... huhuhuhu ...
Seperti biasa, seminggu sebelum kejadian kami makan-makan sambil meeting. Kemain meriah Mc Donald Denai Alam ni dengan kehadiran kami. Kamipun dah macam setahun tak jumpa padahal baru je jumpa minggu lepas.
“Happiness is only real when shared”
Hari Pertama
Percutian kami di Melaka ialah 3 hari 2 malam. Kali terakhir ke Melaka masa tahun 2011. Masa ni bawak Qayyum dalam keadaan kaki masih berbalut dan masih berwheelchair. Sedihnya tapi bila tengok dia kemain suka walaupun tak dapat jalan terus kembang hati aku. Kali ni datang nak bawak dia tempat yang dia pergi sangat tu.  
Kami bertolak dari Sungai Buloh jam 8.30 pagi. Kami tiba di Melaka lebih kurang pukul 1.00 petang.
Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka terletak di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka. Jika dari Tol Ayer Keroh Cuma 10-15 minit jer. Itupun ikut aliran trafik.
Selepas berpusing-pusing mencari lobi hotel, akhirnya sampai jugak kami. Memang agak keliru mencari lobi hotel ni sebab hotel ni bersebelahan pusat membeli belah The Shore. Kami park kereta di tingkat 4.
Lobi dan lif pulak ada dua. Satu untuk Swiss-Garden Hotel dan satu lagi untuk Swiss-Garden Residences. Agak mengelirukan juga pada awalnya tapi takpe sebab hotel best kan … gigih menapak dan menanti.
Baru ku tahu bahawa hotel Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka ni adalah hotel tertinggi di Melaka iaitu mempunyai ada 42 tingkat. Patutlah jenuh menunggu lift..
Seperti kebiasaan, semua hotel kalau bukak pintu je mesti nampak toilet dulu.
Yang Best : Cantik, bersih dan paling syok ada timbang berat hokeyyyy .... 
Yang Tak Best : Toilet lutsinar. Mandi boleh tembus ke luar. Toileteries semakin sikit. Cuma dapat sanitary bag, shower cap dan sewing kit jerrr. Harap dapat diperbanyakkan macam dulu ye.. paling sedih ... takde bath tub...kesian kakak Balqis berangan nak berendam dengan sabun Lush yang aku beli kat Jopun ritu ... huhuhu ...
Wardrobe yang di dalamnya ada peti simpanan, iron, iron board, slipper, hydyer dan bantal extra ... yang ni aku suka ...
Ada ruang untuk memasak tapi aku syak dapur tu hiasan semata … (ni bilik mak akulah kalau dah ada bekalan makanan tu...hehehe)
Add : Ada kettle, teh, nescafe, gula dan juga mini bar :)
Memang cantik decoration bilik di Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka ni. Paling best karpet dia cantikkk … akak sukaa!
Bilik aku jenis Deluxe Room (2 single beds) … 
Ruang bilik kami 4 beranak … Abaikan lagik Abang Kembong tu ek  :-P 
Ada sofa bed jugak … kakak Balqis dah cop sofa bed ni … kira luas juga bilik ni ...
Ni bilik mak ngan adik aku sebelah je. Kitaorang punya bilik jenis connection room. 
Usai makan dan sembahayang, nak layan Firhan Qayyum yang tak menyabar nak terjun kolam. Kolam di tingkat 9. Kolam di tengah-tengah dan dicelahan bangunan ye. Angin punyalah kuat dan sejuk walaupun cuaca terik.
Kolam untuk dewasa
Swimming pool di Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka yang memang awesome. Ada kolam kanak-kanak dan dewasa tapi taklah dalam mana pun. Selain boleh mandi manda, korang boleh exercise kat gym tu sambil skodeng orang mandi ... tetttt!!!
Yang ni kolam untuk kanak-kanak Umur 11 tahun 2 bulan tapi macam 9 tahun kan ... Pada aku ...biarlah...nanti bila dia mengenjak dewasa dah malu-malu nak main semua ni ...
Bukti angin kuat ... ngeh!ngeh!Sebelum masuk kolam memang ko akan rasa mengigil yaamat! Tapi bila dah lama berendam tak rasa sejuk ... hehehehe...seronok pulak :)Cubaan menyelam sambil ketip gambar :)tahan napasKakak menahan kesejukkan ...
Di Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka juga mempunyai kolam renang dalam bangunan. Airnya lebih sejuk yaamat! Aku tak try pun nak mandi area ni sebab sojukkkk. Lepas mandi, terus pi sauna yang disediakan bersebelahan toilet awam di tingkat  ni untuk panaskan badan sambil keringkan baju.
Malam tu pulak aktiviti kami reramai pi karoake di Mahkkota Parade. Aku just follow jer ...
Bila Abang Kembong ajak Akak Kembang selpie :)
Anak dara kesayangan babah dia ... 
Acara karok dulu ...
Standby nak goyang inul ... hahahaha ... hampir 2 jam kami melalak ... jom balik :)
Tapi kami tak balik terus ke hotel ... kami singgah ke Jonker's Walk kat bandar Melaka. Jonker's Walk pun dah tutup masa ni ...Rasa macam bertuah sangat kalau Firhan Qayyum nak bergambar ... hehehehe ...
Ravers ke Hipster ni ke kuda kepang...aduyaiiii ...
Hard Rock Cafe Melaka bersebelahan je dengan Jonker's Walk tapi macam biasa acara wajib cuma singgah semata nak bergambor je. Bawak kanak-kanak ribena ni macam tak sesuai pulak makcik nak masuk HRC tengah malam rembang ni. Next time maybe ...
Berpoya-poya dengan laki jap ...
Rugi kalau tak berposing ngan Harley Davidson depan HRC Melaka ni ...Tak sampai kaki nak naik ... huhuhuAmboi Makngah ... sampai tertutup mata ekou ...Dah ngantuk...jom pulang ...
View waktu malam dari bilik aku ...
... bersambung
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube
P/S : Salam takziah buat ibu Encik Helmi (bos aku) yang telah kembali ke rahmatullah semalam (7.3.2016). Semoga rohnya bersemadi bersama-sama insan yang dikasihi Allah s.w.t. Harap bos tabah menghadapi dugaan ini. Al- Fatihah.

No comments:

Post a Comment