16 March 2016

Cari Makan di Pekan Tanjung Malim

Gara-gara tengok Majalah Tiga, Pak Ra Shid terus ajak pi Tanjung Malim. Tempat yang selalu tak ambil pusing sebab macam takde apa pun di Tanjung Malim tu kan ... yang tau Tanjung Malim ada UPSI jer ... hehehe ...
Rupanya Tanjung Malim adalah syurga makanan. Camnerlah nak diet camnikan. Saja je Abang Kembong ni nak tengok Akak Kembang makin kembang ...
Perjalanan dari Sungai Buloh ke Tanjung Malim mengambil masa cuma 1 jam sahaja. Demi misi mencari makanan sedap Tanjung Malim, sanggup redah ... hehehehe ...
Sebenarnya, Pak Ra Shid nak cari roti Pak Mokhtar tapi tak tau kat mana pulak. Lagipun pergi dah dekat pukul 1.00 petang, terus cari makan tengahari jelah. Perut pun dah lapar ... 
Sambil jalan sambil google kedai best kat Tanjung Malim ni. Kunun, nak makan ikar bakar tapi berkenan seafood pulak. Akhirnya, kami pilih Restoran Garden Seafood, Tanjung Malim. Sebuah restoran berkonsepkan masakan cina dan masakan seafood.
Restoran Garden Seafood, Tanjung Malim
Kami guna waze je nak cari Restoran Garden Seafood ni ...
Sementara menunggu meja kosong. Nak jugak bilik ekon ...
Dekorasi Restoran Garden Seafood ni agak klasik. Semua barang-barang lama.
Gambar-gambar lama ...
Sukalah Uncle Grandpa ni dapat duduk atas meja
Sementara tunggu makanan ... wefie jelah 
Makanan satu persatu sampai dan cepat pulak tu. Butterprawn. Akak Kembang bagi 8/10 bintang
Ketam masak tak tau ... lupa sudah. Akak Kembang bagi 5/10 bintang. Tak suka ... nak ketam ori ...Sharkfin. Dorang bagi 7/10 bintang. Aku tak makan sup sharkfin ni .. huhuhu
Sup bebola sayur. Akak Kembang bagi 6/10 bintang.Talapia Masak 3 Rasa. Akak Kembang bagi 8/10 bintang. Sedap sangat.
Tak sangka suka pulak Qayyum ngan sharkfin sup ni. Jangan mintak selalu tau. Kopaklanakkk ...
Overall ... aku suka makan kat Garden Seafood ni. Berbaloi dengan apa yang kami bayar. Sangat direkomenkan.
Alamat Restoran Garden Seafood :-

7,8 & 9A Jalan Wangsa Utama
Taman Wangsa
35900 Tanjung Malim, Perak.
Restoran Pau Yik Mun, Tanjung Malim
Misi mencari makan tengahari dah settle walaupun tak dapat makan ikan bakar. Misi kedua... jom cari pau sedap di Tanjung Malim. 
Tak jauh pun dari Restoran Garden Seafood tadi. Akhirnya sampai juga di kedai Pau Yik Mun. Kedai ala-ala kedai kopi zaman atuk nenek kita dulu (agaknyalah).Kedai Pau Yik Mun taklah besar sangat dan sentiasa penuh dengan orang. Maklumlah, masing-masing terpengaruh dengan Majalah Tiga lah ni termasuk kami :)
Gebu-gebu sungguh pau kat kedai ni.
Disebabkan orang ramai dan tiada tempat kosong dan lagi kami masih kekenyangan, kita tapau je Pau Yik Mun ni yang dijual sebji RM2.20 ada 4 perisa semuanya .. Kacang Merah, Kaya, Daging & Ayam.
Makin gebuss pulak si pembeli tu kan ... tettttt!!!Belum rasa dah tunjuk terbaik ... bodek sungguh!
Bagi aku, so-so je Pau Yik Mun ni. Makan panas-panas sedaplah tapi bila dah sejuk agak kureng sikit. Lain tekak lain rasanya kan ... 
Alamat Restoran Pau Yik Mun :-

1, Jalan Slim Lama
35900 Tanjung Malim
Perak.
Niat dihati nak terus pi Bukit Fraser tapi makin jalan makin jauh pulak rasanya ... langsung patah balik dan jumpa tasik ke laut ke sungai area Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu yang cantik sangat ... jadilah kan ...
Bagi sesiapa yang ingin ke utara, bolehleh singgah ke Tanjung Malim ni untuk jalan-jalan cari makan. Banyak sebenarnya tempat makan sekitar Tanjung Malim ni. 
Jumpa lagi ....
 :arrow: Lihat Sini 'Official Trailer Batman vs Superman'

No comments:

Post a Comment