14 March 2016

Trip Melaka - Final Part

Hari Ketiga
Last day di Melaka kena pulun berendam sampai puas ... hehehehe ...
Walaupun cuaca terik, tapi angin punyalah kuat dan sejuk jer. Dah kolam atas bangunan, mestilah angin kuatkan ... taknak berendam ada court tenis jugak disediakan.
Laki bini berendam dalam jakuzi sambil berangan nak buat sebijik jakuzi kat rumah kami nanti ... kekekeke ...
Menghabiskan detik gembira bersama-sama sangat menggembirakan ...Happy Clans
Selfie dari Farrell ... hehehe ...Kasi can nenek-nenek berendam dalam jakuzzi
Kelakar pulak gambar menyelam ni .. mata aku dah macam hantu cino plak ...
Mak ku yang jelita :)
Cucu kesayangan yang jauh dimata dekat dihati ...As usual 'family potret' :)
Check out jam 11.00 pagi. Nak singgah Bandar Melak jap ...
Pada sesiapa yang nak menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka ni boleh tempah melalui Agoda.com atau booking.com atau dari website hotel sendiri.
Meh aku bagi review sikit pasal Swiss-Garden Hotel & Residences ... 
Yang best tentang Swiss-Garden Hotel & Residences :
  • Hotel best. Bersih. Selesa.
  • Bilik best. Bersih. Selesa. Besar. Karpet cantik :)
  • Kolam best. Bersih. Sejukkk. Ada jakuzzi lagi..ada sauna pulak tu. Paling best ada gym.
  • Staff baik dan peramah.
  • Breakfast sedap.
Yang tak best tentang Swiss-Garden Hotel & Residences :
  • Lobi hotel dan residences lain-lain.
  • Lift hotel & residence pun lain ... mula-mula tu agak bercelaru (aku je kot camtu) sib baik budak-budak hotel ni rajin tolong.
  • Toileteris tak best sebab takde berus gigi & ubat gigi.
  • Lift lambat sangat-sangat (mungkin musim cuti kot). Nak tunggu adalah sampa 20 minit lagi-lagi musim cuti umum ... huhuhu ... pastu panas plak ... 
Alamat Swiss-Garden Hotel & Residences :
T2-4 The Shore @ Melaka River 
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75300, Melaka Tengah, Melaka, Malaysia. 
Tel : 606 – 288 3131
Fax : 606 – 288 3377 
Email : resvns_sghrm@swissgarden.com
Dah masuk Bandar Hilir nak ke Dataran Pahlawan jalan banyak tutup pulak. Guna waze, bawak jalan meraban dan jem. Dapatlah tengok orang Cina pi beraya kat tokong-tokong. Disebabkan jalan semua jem, kami terus pi Melaka Premium Outlet (MPO) jelah. Bai-bai Bandar Melaka ... ada rezeki datang lagi ...
Dah sampai Alor Gajah .... jalan menuju ke MPO bukan main jem pulak ... huhuhuhu ... tapi dah alang-alang sampai kan kami redha je redah jem  tu... janji nampak bumbung MPO pun jadilah... kekekeke  
Bagi aku biasa-biasa je MPO ni. Tak sehebat dan se'best' JPO pun. Aku tak beli apa pun ... jenjalan lenguhkan kaki jer ...
Kuda lari gagah berani ... kebetulan pakai baju belang sama pulak ...
Nasib baik takde yang best kat sini, kalau tak matilanakkk kena pow ngan budak kecik nie...si
Tak lama pun kami di MPO tu ... nak balik ke Sg Buloh, kami singgah kedai Kraftangan Alor Gajah. Nak cari belacan dan kuih muih buat bekalan.
Selamat tinggal Melaka. InsyaAllah... ada rezeki boleh datang lagi ...
Baca entri lain : -

No comments:

Post a Comment