4 November 2019

Majlis Graduasi Tingkatan 5 Kakak Balqis

Mohon ampun jika entri sista ni agak #throwback sikit sebab dok peram jer. Boh sini untuk kenang-kenangan anak cucu cicit nanti. Tak bubuh sini sayang pulak kan dok peram.

Zaman sista dulu mana ada majlis konvo ala-ala kat Universiti ni. Habis SPM sorak sakan jelah sampai kena marah ngan cikgu-cikgu ... kekekeke ...

Bila kakak Balqis bagitau hari Graduasi dia, sistalah yang menggelabah excited. Merasalah jugak bebudak ni pakai baju jubah tu ... mana tau ada yang niat taknak sambung belajar, atleast ada kenangan pakai jubah graduasi kan ...

Setiap orang ada pandangan masing-masing dengan Majlis Graduasi budak SPM ni. Ada yang kata tak perlu. Yelah ... kalau nak graduasi kena bayar. Sekolah anak aku RM60 tak silap. Bagi aku oklah lagi...lagipun buat kat dewan sekolah jer. Tak perlu kat hotel kot sebab baru Graduasi SPM jer ... kalau kat hotel membazir plak nanti ...

Pastu, bunga-bunga pun ada jer jual kat sekolah. Paling murah RM10 pun ada ... takpun pakai beli syer reramai ... nak pakai timer bergambar je kan ...

Macam kes kakak Balqis, Babah dia yang over nak beli. Maklumlah anak dara sorang kan ... kakak Balqis tak mintak pun ... cuma aku sedih jugak ada anak-anak yang mak bapak tak datang ... tapi dorang behave sangat ... tak kisah pun janji ada kawan-kawan support kan ... pedehal ... dulu zaman aku amik report card, Abah tak pernah datang aku takde plak nak touching-touching ...


Sekejap je my anak dara dah SPM (sekarang dah sambung belajar pun)


 My baby. Masa ni nak menitis air mata tengok ... dan dalam hati dok berdoa, harap suatu hari kakak Balqis bakal pakai baju jubah ni betul-betul.




 Love you anak


bestfriend kakak Balqis


Nilah kawan dari kecik


Memasing dah makeup cam dah besar sangat




Ada gambar studio bagai ...



bestfriend yang dah tukar sekolah pun bagi support ...


Moga berjaya dunia & akhirat my baby

Time ambik result SPM pun kami teman bagi support. Dulu Mama punya result SPM, atuk yang amikkan sebab Mama baru keluar hospital (denggi) masa tu.

Bila nak ambik result nilah hati berdebar-debar. Mama redha. Dan Alhamdulillah, kakak Balqis lulus. 


Babah relaks je nengok result anak dara dia ...


Mama confirm berkerut-kerut ... Apapun tahniah kakak Balqis ... Mama banggsa sangat.


Sekarang ni kakak pun dah sambung belajar. Cita-cita Mama nak masukkan kakak ke Universiti Awam tak de rezeki. InsyaAllah, Ijazah nanti kita cuba ye.

Blog Akak Kembang
Instagram | Facebook | Youtube


18 October 2019

JAKARTA BANDUNG 2019 (Part 1)

Hello peps! lama giler tak ngobrol-ngobrol dalam blog nie sebab masa tak berapa cukup nak menulis ...

Kali ini biar kakak ceritakan dulu pengalaman kakak bercuti ke Jakarta dan Bandung bulan 2 ritu ...

Kali ini kakak travel berempat, kakak, adik tengah, adik bongsu dan anak dara kakak. Belanjer anak dara tu jenjalan lepas SPM (kopak mak).

my dream comes true

Trip Jakarta Bandung kali ini 4 hari 3 Malam. Semalam di Jakarta dan 2 malam lagi di Bandung. Saja jer turun di Jakarta, boleh kakak Balqis jenjalan Jakarta jugak. Masa kakak Balqis gi Jakarta dulu usia dia baru 9 tahun. 


Sekejap jer anak kakak dah besar panjang. Memang wishlist kakak nak travel bersama anak (berduan). Alhamdulillah tercapai satu hajat. Next nak travel ngan anak bujang pulak (tupun kalau dia naklah)

Macam selalu, kami naik kapal terbang Air Asia jam 7 pagi ke Jakarta. Sampai di airport Jakarta, kami terus amik teksi Silver Bird (adik badik Bluebird)

Di Jakarta, kami menginap di Pop!Hotel Pasar Baru Jakarta. Macam biasa booking kat agoda.com. Terpaksa ambil 2 bilik sebab takde bilik untuk berempat.

Touch down je di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, hingus kakak keluar lajunya. Padahal dari Malaysia dah jaga kesihatan tapi kuasa Tuhan kan. Bila dah selsema tu kakak punya mood mulalah spoil. Takde nak amik-amik sangat gambar sebab takde mood.

Credit : Google

Inilah rupanya Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta. Memang selesa dan cantik. Dari Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta ke Stesyen Keretapi Gambir Jakarta mengambil masa dalam 15 minit jika tidak macet. Awalnya, kami nak amik hotel yang lebih dekat dengan stesyen keretapi Jakarta tapi semuanya penuh. Mahu tidak mahu kami memilih Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta kerana terletak di kawasan bandar Jakarta dan kami mudah terpengaruh :)


Bilik kami berdua. Ok bangat untuk kami berdua. Lepas letak beg, solat dan berehat sekejap, kami keluar untuk cari simkad. Takde simkad tak boleh hidup ... huhuhuhu ...

Selain punya kamar tidur yang selesa, lobi Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta juga sangat best. Ada cafe yang simple dan cozy bangat deh!

Pendek kata, Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta memang memang recommended. Hotel yang selesa dan nyaman. Nak kemana-kemana juga panggil grab je ...

Last but not least, Pop! Hotel Pasar Baru Jakarta ni berdekatan dengan Pasar Baru Jakarta ye. Dadaaaaa ...





23 April 2019

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (PART 9)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera bloggers dan peminat blog Akak Kembang. Lama kakak menghilang kan? Rindu kan? 

Mana tak rindu ... dekat 5 bulan Blog Akak Kembang berabuk. Sekali bukak blog, hak aloh! entri pi Korea tak habis-habis lagi ... ampunnnn!!

Jom sambung!

Hari ke 5 (Selasa)
11 September 2018

Sekejap jer dah 5 hari kami di negara k-pop. Tak puas sebenarnya dan agak sedih nak meninggalkan Korea ... huhuhuhu ...

Flight kami petang, jadi ngam-ngam check out pukul 12 kami terus gerak ke Incheon Airport. Tak sempat nak kemana-mana ...


Syukur beg tak beranak pinak tapi terpaksa jugak menumpang beg kecik ngan orang lain disebabkan beg pokadot kakak tu dah merekah ... huhuhuhu


Geng Giler-Giler



Nak tebus tax boleh guna mesin ni jer ... Kami tak dak nak tebus tax sebab dah siap-siap tolak kat kedai masa beli.


Terima kasih Azrul. Semoga sukses dalam pelajaran.


Mampu amik gambar jer sebab tekak kakak takleh terima sebarang sushi mushi :)


Berbakikan masa yang ada, kami mencari surat di Incheon Airport. Jangan risau, di Incheon Airport ni memang ada menyediakan surau untuk muslim. 

Tips mencari surau di Incheon Airport : Selepas melepasi imegresen, jalan ke arah belah kanan dan cari Gate 24. 


Pestime kakak jumpa surau bercampur jantina. Jangan risau, amik wuduk kat toilet ye ... bukan dalam surau :)


Jika nampak kedai Peanuts ni, surau bersebelahan jer ...


Tak banyak tips yang kakak nak bagitau sebab kami ambil pakej tour guide. Tour guide jugak terpulang pada kehendak korang. Ada orang suka jalan sendiri sebab lagi jimat. Ada orang suka ambil tour guide sebab malas nak jalan ... malas nak fikir. Semua terpulang bajet masing-masing.

Ikhlasnya jika ke Korea, kakak lebih suka pakai tour guide sebab ada transport, tak payah nak sibuk-sibuk tengok map, tak payah nak pasang kuda-kuda sangat ... hehehehehe

Terpulang ... macam kami, dua-dua merasa. Siang pergi dengan tour guide, malam merayap sendiri.

Pada yang inginkan perkhidmatan tour guide di Korea boleh tengok di Facebook dan Instagram KRtourguidemy. Kakak rekomen! 

Jika ada rezeki pasti kakak ke sana lagi bawak family pulak :)