24 April 2020

TRAVEL BANDUNG 2019 (Part 4)

sambungan dari Part 3 | Shopping di Pasar Baru & Dinner di The Stone

Bandung, 24 Feb 2019 - Hari ke 4 (akhir)

Sekejap jer dah last day di Bandung. Kami saja ambil flight petang sebab boleh sambung shopping lagi 🙊


Serius, hotel ni memang cozy bangat ...


Breakfast akhir di bumi Bandung. Memang superp!


Korang akan dapat voucher percuma sebarang air cappucino atau latte dari cafe hipster Ivory Hotel ni. 



Tempat lepak yang best



Port #ootd pun cantik


Inilah Mas Igol, driver kami sepanjang di Bandung. 
Jika berminat boleh lihat whatsapp Pakej Supir Murah Bandung +62 85624983033 


Bagi komen best dapat bantal free 😊


Moga suatu masa nanti, kakak baby dapat bawak mama ke sini plak ye ...



Sambung shopping untuk diri sendiri pulak


Sebelum pulang ke Malaysia, kita layan dulu makanan Bandung buat kali terakhir


Perghh!!!!


Belajar rajin-rajin, moga dapat kerja bagus-bagus kelak my sweet baby

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube


23 April 2020

TRAVEL BANDUNG 2019 (Part 3)

sambungan dari Part 2 | Hotel Best di Bandung,  The Lodge Maribaya & Dusun Bambu

Bandung, 22 Feb 2019 - Hari ke 3

Aktiviti harini kami jadi Personal Shopper Bandung. Bukanlah untung sangat tapi memadailah untuk menyenangkan orang lain. Takyah susah-susah ke sana kan.


Apa yang paling best di Ivory Hotel Bandung ni adalah breakfastnya. Cafe dia memang awesome. Korang akan fefeling cafe hipster. Serius gempak 


Breakfast kat sini pun best

PASAR BARU

Kemudian, kami mulakan aktiviti di Pasar Baru. Kami adik badik jadi Personal Shopper Bandung pun secara kebetulan. Kebetulan ada kengkawan nak order. Bukan senang ye jadi PS ni, macam-macam kerenah kena layan tapi alhamdulillah ... customer kami semua gempak. Dekat sehari suntuk kami Pasar Baru tu. Nasib Mas Igol dah biasa ngan kami dan dia pun faham 😉 


Salah satu barang kiriman hot yang kami belikan untuk customer.


Kain batik pun tengah hot masa ni. 


Kalau makan di Pasar Baru ni, korang yang tak tahan bising baik tak yah makan kat sini. Semua peniaga kat sini berpusu-pusu tarikh korang untuk ke gerai makan dorang. Macam kami dah biasa ... layankan jerlah. Sekali tukang layan kami (gambar) tu pernah bekerja di Malaysia. Apalagi ... borang sakan lah kami. Zulkarnain namanya.

RUMAH MODE


Sebelum makan malam, kami singgah ke Rumah Mode. Takde apa nak shopping pun saja cuci mata.

THE STONE CAFE

Tak silap ini adalah kali ke 4 sis makan malam di The Stone Cafe. Jemu? mestilah tak sebab selang setahun atau 2 tahun sekali je 😝


Akhirnya dapat jugak bawak kakak Baby makan kat sini ...


My sista yang pocoyo 😍


Harga makanan di The Stone Cafe 😎 Sesekali jadi orang kaya kan. 

Prinsip sis ketika travel memang bab makan takmau nak berkira sangat. Sebabnya, penat-penat kumpul duit nak travel tapi kalau kemut apa gunanya kan. Masa travellah kita nak rasa makanan negara orang kan 😍 Kalau korang sejenis kemut-kemut jangan follow prinsip sis tau 😜

Selain makan sedap, jika travel mana-mana (macam ayat poyo je kan), sis suka singgah dan tengok mini market dorang. Suka tengok packaging negara tersebut.


Kornet Daging Sapi. Bunyi lenmacam je kan ...


Kalau kat sini ada packaging macam ni kan bagus ... tak perlu beli sebotol


Packaging minyak camni takdelah geli geliman nak pegang ... bersih jer


Tak taulah amende ni ...

Okaylah, nak sambung ngombrol dalam bilik pulak. Esoknya dah nak balik Malaysia ...


enjoy my video 💛

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube


22 April 2020

TRAVEL JAKARTA BANDUNG 2019 (Part 2)

sambungan dari Part 1 | Jakarta Aku Datang Lagi

Jakarta/Bandung, 21 Feb 2019 - Hari ke-2 

Morning ibuk dan bapak!!!

Travel untuk kali ini, sis cuba naik keretapi dari Jakarta ke Bandung. Awalnya memang agak takut sebab semuanya perempuan tapi kami tawakal jelah. Lepas baca review dan pengalaman orang lain, kami yakin kami boleh.


Bai-Bai Jakarta

Seawal jam 4.00 pagi kami dah check out dari hotel sebab train kami akan bertolak jam 5.05 waktu Jakarta. Malangnya Uber yang kami booking tu reject kami sebab beg kami besar-besar kerana kami tersilap booking kereta kecik pulak. Kemudian, kami mintak tolong dengan orang hotel untuk bookingkan teksi sebab takut lambat sampai kat Stesten Keretapi Gambir pulak. Alhamdulillah, muat je teksi 5 penumpang tu untuk ke Stesyen Gambir. Bapaknya baik sekali sumbat semua beg sampai jadi muat.

Sampai je Stesyen Keretapi Gambir Jakarta, kami tercengang-cengang jugak. Tak tahu arah mana nak tuju sebab macam dah lambat. Nasib baik ada petugas yang bertugas kat situ. Terus dia tunjuk mesin check in tiket. Wah! canggih bangat deh!


Cara Beli Tiket Keretapi Jakarta ke Bandung :

1. Buka website Tiket.com
2. Pilih Destinasi Jakarta ke Bandung - Pilih Tarikh - Pilih berapa orang penumpang.
3. Pilih Kelas yang korang nak. Ekonomi, Bisnes atau Executive.
4. Pilih Waktu.
5. Isi Detail.
6. Buat Bayaran.
7. Korang akan terima E-Ticket korang melalui email yang korang daftar tadi. Jangan lupa print.
8. Sampai di Stesyen Gambir, cari mesin E-Ticket.
9. Masukkan nombor booking.
10.Scan E-Ticket nanti akan keluar boarding pass.

Peringatan!  Korang  wajib  sampai  di Stesyen  Keretapi  Gambir 30  minit  lebih awal. Kalau lambat alamat kena  tinggallah korang. Disebabkan kami sampai ngam-ngam  jadi  tak  sempat nak meninjau camne rupanya Stesyen  Gambir. Lepas  settle  print  boarding  pass,  kami  terus  naik  atas  dan  cari  keretapi Argo Parahyangan 20. Fuhh! lega rasanya. Nasib tak kena tinggal.


Boarding Pass Keretapi Jakarta - Bandung

Harga  tiket  keretapi  dari  Jakarta  ke  Bandung  untuk  kelas  eksekutif  ialah 150,000 rupiah (dalam RM45). Ada  lagi  murah. Ikut  bajet  koranglah. Macam  sis,  jika  travel taknak terlalu murah taknak terlalu mahal. Asalkan selesa. 

Perjalanan  dari  Jakarta  ke  Bandung mengambil  masa lebih  kurang  3 jam setengah. Kalau ikutkan lebih kurang naik kereta tapi nak rasa adventure sikit untuk travel kali ni. Boleh mentido jer.


Bare face. Tak koser nak makeup pepagi buta. Nak sambung tido ...


Jika korang naik kereta dari Bandung ke Jakarta, korang pasti akan nampak rail keretapi yang menyeramkan ni. Ini jugak punca awalnya sis takut nak naik keretapi. Tapi bila baca pengalaman orang. Ternyata asyik sekali deh. Try lah korang. Tak menyesal punya.

Alhamdulillah, 8.39 pagi kami selamat sampai ke Bandung. Dalam keretapi sis memang tido manjang. Nak cover balik tido tak cukup semalam. Harap sampai Bandung, sis sihat bugar kembali. Amin.

Kedatangan kami buat kali ketiga (bersama adik) disambut Mas Igol dari Pakej Supir Murah Bandung. Bertabahlah Mas Igol dengan kegilaan kami shopping nanti ye.Kemudian kami terus pi check in hotel.

Kali ni, kami pilih hotel lain pulak. Yang pasti mesti awesome. Kami memilih menginap di Hotel Ivory Bandung. Memang tak rugi kami memilih Ivory Hotel Bandung ni. Memang cantik dan bersih. 

Kalau korang nak tahu, Ivory Hotel Bandung ni dekat jer dengan Factory Outlet macam The Heritage, Rumah Tas dan banyak lagi. Jalan kaki dalam 5 minit jer. Tapi kami tak jalan sebab dah ada supir.


Sebab utama sis memilih Ivory Hotel Bandung ni sebab hotel ni menyediakan bilik untuk empat orang. Senang sikit kami duduk sekali. Boleh gosip-gosip together 😝


Lobi hotel pun dah cantik weiii... sis bagi seploh bintang.

Memang rezeki kami dapat bilik awal pagi tu. Settle masalah. Tempat Lawatan di Bandung yang pertama kami ingin kunjungi ialah The Lodge Maribaya, Lembang.

THE LODGE MARIBAYA

Harga Tiket Masuk The Lodge Woodland Maribaya, Bandung ialah :

Weekday - 15,000
Weekend - 25,000


Nak masuk kena ikut lorong ni ye...


Settle bayar tiket kami terus masuk The Lodge Woodland


Sapa yang sukakan kehijauan pasti suka tempat sebegini


Mini Love for Abang Kembong sebab selalu support apa kesukaan bini dia 😍


Suka anak dara sis dapat ikut jenjalan ... jenuh mak ko kumpul duit ...
nanti dah kerja belanjer mama pulak ...


Love the view


Wahai Balqis, jadikan kenangan ini sebagai memori manis buatmu bila mama sudah tiada lagi nanti 


Adik-badik dan anak dara sis


Disini ada banyak spot untuk korang bergambar. Tapi semuanya di caj ye. Caj sebanyak 15k - 25k akan dikenakan mengikut spot yang korang pilih termasuk photographer.

Attraction pertama di The Lodge Maribaya yang sis nak sangat try ialah Sky Tree. Sebelum ni dok fikir camnerlah rupanya dorang amik gambar Skt Tree tu kan ... Dah cuba baru tahu ...


Sis tak gigih sebenarnya tapi demi anak dan adik-adik, sis redha.


i did it 😍 yay! 
sis is jeran (trauma) 😜


Nak tengok di sebalik tabir macamana sis panjat pokok sena tu, boleh layan video ni ☝


Adik Moon dan Balqis try Zip Bike pulak. Sis takmau join ... gayat beb!


Swing-swing in the sky


Okay. Hot Baloon ni sis berani 😝


Gambar-gambar yang photographer dorang amikkan tadi bukan free ye. Korang pilih dan akan dikenakan caj setiap sekeping gambar tak silap 10,000 rupiah kot.


                                                                     annoying sistaaa



Tips :

💛Jangan pergi The Lodge Maribaya weekend sebab mesti full giler. Kami gi jumaat pun dah sakan penuh. Yang memenuhkannya pun orang-orang Indonesia jugak.

💛Pakai kasut yang selesa macam sportshoes. Kasut tinggi tak digalakkan.

💛Bawak wang yang banyak sebab lain port lain bayaran. Nak softcopy gambar pun kena caj lain ye.


kesayangan


 Glamping pun disediakan untuk korang sewa jika nak try bercamping di The Lodge Maribaya ni. 



                                              Adik-adik sis sedang buat video Si Nopal


Sis sukakan kehijauan pokok-pokok yang ada di The Lodge Maribaya tapi sis tak suka aksi-aksi gayat semata untuk gambar. Seram. Tapi sis akan kembali lagi disini untuk hilangkan kegayatan tu. Sapa tau boleh hilangkan?

So next destination is Dusun Bambu. Sebelum ni sis dah pernah sampai tapi disebabkan Adik Azie dan Balqis belum pernah sampai, maka kita bawak dia pulak. 

Dusun Bambu ni terletak di kawasan Lembang jugak. Harga tiket masuk ialah 25,000 rupiah. Lepas beli tiket, kami dibawa dengan kenderaan seperti trak kecik untuk sampai ke atas. Jika mahu jalan kaki agak lumayan jauhnya ya.

DUSUN BAMBU LEMBANG


Signature Dusun Bambu harus ada bambunya 😊

Kami ke Dusun Bambu sebenarnya nak makan tengahari. Masa pestime kami cuba dulu sedap giler sambal bebek a.k.a Bebek Rica-Rica di Restoran Lutung Kasarung.


Tempat makan disini dibina seperti sarung burung.


So korang leh pepeling makan dalam sarung burung ye ...


sementara menunggu makanan tiba, kami possing dulu.




Kebetulan hanya kami bereempat jer yang makan di saung purbasari ni.


 Menu Bebek Rica Rica dah takde. Yang sis order ni memang tak berapa sedap tapi dah lapar bedal jelah ...


Rupanya dorang dah tukar management baru. Patutlah nama pun dah bertukar nama 
Restoran Burangrang


Apapun kami enjoy!

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube