Bandung, 22 Feb 2019 - Hari ke 3
Aktiviti harini kami jadi Personal Shopper Bandung. Bukanlah untung sangat tapi memadailah untuk menyenangkan orang lain. Takyah susah-susah ke sana kan.
Apa yang paling best di Ivory Hotel Bandung ni adalah breakfastnya. Cafe dia memang awesome. Korang akan fefeling cafe hipster. Serius gempak
Breakfast kat sini pun best
PASAR BARU
Kemudian, kami mulakan aktiviti di Pasar Baru. Kami adik badik jadi Personal Shopper Bandung pun secara kebetulan. Kebetulan ada kengkawan nak order. Bukan senang ye jadi PS ni, macam-macam kerenah kena layan tapi alhamdulillah ... customer kami semua gempak. Dekat sehari suntuk kami Pasar Baru tu. Nasib Mas Igol dah biasa ngan kami dan dia pun faham 😉
Salah satu barang kiriman hot yang kami belikan untuk customer.
Kain batik pun tengah hot masa ni.
Kalau makan di Pasar Baru ni, korang yang tak tahan bising baik tak yah makan kat sini. Semua peniaga kat sini berpusu-pusu tarikh korang untuk ke gerai makan dorang. Macam kami dah biasa ... layankan jerlah. Sekali tukang layan kami (gambar) tu pernah bekerja di Malaysia. Apalagi ... borang sakan lah kami. Zulkarnain namanya.
RUMAH MODE
RUMAH MODE
Sebelum makan malam, kami singgah ke Rumah Mode. Takde apa nak shopping pun saja cuci mata.
THE STONE CAFE
Tak silap ini adalah kali ke 4 sis makan malam di The Stone Cafe. Jemu? mestilah tak sebab selang setahun atau 2 tahun sekali je 😝
Akhirnya dapat jugak bawak kakak Baby makan kat sini ...
My sista yang pocoyo 😍
Harga makanan di The Stone Cafe 😎 Sesekali jadi orang kaya kan.
Prinsip sis ketika travel memang bab makan takmau nak berkira sangat. Sebabnya, penat-penat kumpul duit nak travel tapi kalau kemut apa gunanya kan. Masa travellah kita nak rasa makanan negara orang kan 😍 Kalau korang sejenis kemut-kemut jangan follow prinsip sis tau 😜
Selain makan sedap, jika travel mana-mana (macam ayat poyo je kan), sis suka singgah dan tengok mini market dorang. Suka tengok packaging negara tersebut.
Kornet Daging Sapi. Bunyi lenmacam je kan ...
Kalau kat sini ada packaging macam ni kan bagus ... tak perlu beli sebotol
Packaging minyak camni takdelah geli geliman nak pegang ... bersih jer
Tak taulah amende ni ...
Okaylah, nak sambung ngombrol dalam bilik pulak. Esoknya dah nak balik Malaysia ...
enjoy my video 💛
with love 💗
pls follow/like/subcribe
Macam SA plak..pergi mana-mana kan...SA x suka shopping tapi kalau takat belikan.souvenir utk family tu SA buat la...SA more to tgok budaya org, makan dan more to enjoy scenery..selalunya dalam camera phone atau camera digital yg SA bawak mesti penuh gambar pemandangan dan dan benda pelik yg SA jumpa kat negara org
ReplyDeletesronok jln2 bandung...dh smp juga thn 2018 tp tk sempat lg update entry di blog
ReplyDelete