10 April 2020

PERCUTIAN PENDEK DI MELAKA 2019 (Part 2)

Sambungan dari Part 1 | Hotel Best di Melaka & Taming Sari Tower

Assalamulaikum blogger. Masih steady ke? Sis masih okay dalam resah (giteww). Resah menanti pengumuman baru PM. Resah mengenangkan nasib kelak. Hanya doa yang baik-baik jelah mampu. Anggap ini sebagai ujian buat kita insan yang selalu alpa dengan Tuhan.

Melaka, 7 April 2019 - Hari Kedua 

Breakfast di Moty Hotel ni pun sedap-sedap belaka. Berbaloi dengan harga bilik yang kami bayar. Pagi tu, aktiviti berendam buat bapak dan anak. Buat mak-mak pulak ada aktiviti gosip ... hahahaha. Chef Mona dah sediakan makan lagi sebelum check out.


Sis memang jarang ambik breakfast tambahan buat anak-anak sebab dorang memang takkan makan pagi. Buat rugi jer.


Masa untuk pulang. Tapi sebelum pulang kami nak singgah ke Kampung Morten & Pantai Klebang
             

Thank you korang 💓

Kampung Morten, Melaka

Dah  banyak  kali  ke Melaka,  tak pernah sekalipun  ke  Kampung  Morten.  Kalau  korang naik bot River Cruise Melaka tu mesti nampak rumah-rumah tradisional Melaka yang cantik sepanjang Sungai Melaka.


Salah satu rumah tradisional Melaka yang masih kekal dengan elemen asal. Sis tak ingat nama tuan rumah (maklumlah dah setahun kan 😜). Tapi serius dalam banyak-banyak rumah tradisional di Kampung Morten ni, rumah ni yang kami sangat berkenan.


Korang boleh masuk rumah tradisional tersebut secara percuma. Tapi kalau nak balik nanti ada jer tabung disediakan. Hulurkan sumbangan sedikit supaya anak cucu kita pulak nanti akan dapat melihat rumah tradisional ni lagi sebab sumbangan tupun untuk pelihara rumah ini dari pupus.


Makcik korang kalau possing, kalah retis weiiii ...


Antara koleksi asal rumah tradisional ini. Dulu-dulu mak sis ada almari camni. Zaman dah berlalu, maka mak sis pun dah buang lemari ni. Kalau tau simpan buat kenangan.


 Antara koleksi pinggan mangkuk jugak ada.



 Kamar tidur zaman dulu. Memang klasik.


Eh!Eh! Sis tumpang bersanding sekali lagi ye. Pelamin zaman dulu ni, sis dah merasalah sebab pelamin makcik dan pakcik dulu-dulu lebih kurang camni. Lagi dasyat pelamin yang letak pasu bunga hidup beb.


 Jom main kawin-kawin


Ruang tamu lebih kurang rumah sis dan arwah nenek sis dulu. Karpet merah tu legend kot.


Ambil peluang bergambar dengan pelancong asing. Uncle yang comel (tengah) tu adalah generasi terkini rumah tradisional ini.


Cak!


Adabi ... melazatkan ...


Adabi ... menyelerakan ...


Mengandungi pelbagai rempah ...


 Macam Iklan Adabi tak 😜


Balik dari Pantai Klebang, kami berpecah. Eju dan sis sepakat nak follow Lily pi menghantar anak dia ke asrama SMT Melaka. Merasalah kami menghantar anak buah balik asrama.

Semoga tahun hadapan, kita bisa bersama berkumpul kembali. Semoga wabak corona virus ini cepat lenyap dari dunia. Ampuni kami Ya Allah.


with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment