Jakarta/Bandung, 21 Feb 2019 - Hari ke-2
Morning ibuk dan bapak!!!
Travel untuk kali ini, sis cuba naik keretapi dari Jakarta ke Bandung. Awalnya memang agak takut sebab semuanya perempuan tapi kami tawakal jelah. Lepas baca review dan pengalaman orang lain, kami yakin kami boleh.
Bai-Bai Jakarta
Seawal jam 4.00 pagi kami dah check out dari hotel sebab train kami akan bertolak jam 5.05 waktu Jakarta. Malangnya Uber yang kami booking tu reject kami sebab beg kami besar-besar kerana kami tersilap booking kereta kecik pulak. Kemudian, kami mintak tolong dengan orang hotel untuk bookingkan teksi sebab takut lambat sampai kat Stesten Keretapi Gambir pulak. Alhamdulillah, muat je teksi 5 penumpang tu untuk ke Stesyen Gambir. Bapaknya baik sekali sumbat semua beg sampai jadi muat.
Sampai je Stesyen Keretapi Gambir Jakarta, kami tercengang-cengang jugak. Tak tahu arah mana nak tuju sebab macam dah lambat. Nasib baik ada petugas yang bertugas kat situ. Terus dia tunjuk mesin check in tiket. Wah! canggih bangat deh!
1. Buka website Tiket.com
2. Pilih Destinasi Jakarta ke Bandung - Pilih Tarikh - Pilih berapa orang penumpang.
3. Pilih Kelas yang korang nak. Ekonomi, Bisnes atau Executive.
4. Pilih Waktu.
5. Isi Detail.
6. Buat Bayaran.
7. Korang akan terima E-Ticket korang melalui email yang korang daftar tadi. Jangan lupa print.
8. Sampai di Stesyen Gambir, cari mesin E-Ticket.
9. Masukkan nombor booking.
10.Scan E-Ticket nanti akan keluar boarding pass.
Peringatan! Korang wajib sampai di Stesyen Keretapi Gambir 30 minit lebih awal. Kalau lambat alamat kena tinggallah korang. Disebabkan kami sampai ngam-ngam jadi tak sempat nak meninjau camne rupanya Stesyen Gambir. Lepas settle print boarding pass, kami terus naik atas dan cari keretapi Argo Parahyangan 20. Fuhh! lega rasanya. Nasib tak kena tinggal.
Boarding Pass Keretapi Jakarta - Bandung
Harga tiket keretapi dari Jakarta ke Bandung untuk kelas eksekutif ialah 150,000 rupiah (dalam RM45). Ada lagi murah. Ikut bajet koranglah. Macam sis, jika travel taknak terlalu murah taknak terlalu mahal. Asalkan selesa.
Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Kalau ikutkan lebih kurang naik kereta tapi nak rasa adventure sikit untuk travel kali ni. Boleh mentido jer.
Bare face. Tak koser nak makeup pepagi buta. Nak sambung tido ...
Jika korang naik kereta dari Bandung ke Jakarta, korang pasti akan nampak rail keretapi yang menyeramkan ni. Ini jugak punca awalnya sis takut nak naik keretapi. Tapi bila baca pengalaman orang. Ternyata asyik sekali deh. Try lah korang. Tak menyesal punya.
Alhamdulillah, 8.39 pagi kami selamat sampai ke Bandung. Dalam keretapi sis memang tido manjang. Nak cover balik tido tak cukup semalam. Harap sampai Bandung, sis sihat bugar kembali. Amin.
Kedatangan kami buat kali ketiga (bersama adik) disambut Mas Igol dari Pakej Supir Murah Bandung. Bertabahlah Mas Igol dengan kegilaan kami shopping nanti ye.Kemudian kami terus pi check in hotel.
Kali ni, kami pilih hotel lain pulak. Yang pasti mesti awesome. Kami memilih menginap di Hotel Ivory Bandung. Memang tak rugi kami memilih Ivory Hotel Bandung ni. Memang cantik dan bersih.
Kalau korang nak tahu, Ivory Hotel Bandung ni dekat jer dengan Factory Outlet macam The Heritage, Rumah Tas dan banyak lagi. Jalan kaki dalam 5 minit jer. Tapi kami tak jalan sebab dah ada supir.
Sebab utama sis memilih Ivory Hotel Bandung ni sebab hotel ni menyediakan bilik untuk empat orang. Senang sikit kami duduk sekali. Boleh gosip-gosip together π
Lobi hotel pun dah cantik weiii... sis bagi seploh bintang.
Memang rezeki kami dapat bilik awal pagi tu. Settle masalah. Tempat Lawatan di Bandung yang pertama kami ingin kunjungi ialah The Lodge Maribaya, Lembang.
THE LODGE MARIBAYA
Harga Tiket Masuk The Lodge Woodland Maribaya, Bandung ialah :
Weekday - 15,000
Weekend - 25,000
Nak masuk kena ikut lorong ni ye...
Settle bayar tiket kami terus masuk The Lodge Woodland
Sapa yang sukakan kehijauan pasti suka tempat sebegini
Mini Love for Abang Kembong sebab selalu support apa kesukaan bini dia π
Suka anak dara sis dapat ikut jenjalan ... jenuh mak ko kumpul duit ...
nanti dah kerja belanjer mama pulak ...
Love the view
Wahai Balqis, jadikan kenangan ini sebagai memori manis buatmu bila mama sudah tiada lagi nanti
Adik-badik dan anak dara sis
Disini ada banyak spot untuk korang bergambar. Tapi semuanya di caj ye. Caj sebanyak 15k - 25k akan dikenakan mengikut spot yang korang pilih termasuk photographer.
Attraction pertama di The Lodge Maribaya yang sis nak sangat try ialah Sky Tree. Sebelum ni dok fikir camnerlah rupanya dorang amik gambar Skt Tree tu kan ... Dah cuba baru tahu ...
Sis tak gigih sebenarnya tapi demi anak dan adik-adik, sis redha.
i did it π yay!
sis is jeran (trauma) π
Nak tengok di sebalik tabir macamana sis panjat pokok sena tu, boleh layan video ni ☝
Adik Moon dan Balqis try Zip Bike pulak. Sis takmau join ... gayat beb!
Swing-swing in the sky
Okay. Hot Baloon ni sis berani π
Gambar-gambar yang photographer dorang amikkan tadi bukan free ye. Korang pilih dan akan dikenakan caj setiap sekeping gambar tak silap 10,000 rupiah kot.
Tips :
πJangan pergi The Lodge Maribaya weekend sebab mesti full giler. Kami gi jumaat pun dah sakan penuh. Yang memenuhkannya pun orang-orang Indonesia jugak.
πPakai kasut yang selesa macam sportshoes. Kasut tinggi tak digalakkan.
πBawak wang yang banyak sebab lain port lain bayaran. Nak softcopy gambar pun kena caj lain ye.
kesayangan
Glamping pun disediakan untuk korang sewa jika nak try bercamping di The Lodge Maribaya ni.
Adik-adik sis sedang buat video Si Nopal
Sis sukakan kehijauan pokok-pokok yang ada di The Lodge Maribaya tapi sis tak suka aksi-aksi gayat semata untuk gambar. Seram. Tapi sis akan kembali lagi disini untuk hilangkan kegayatan tu. Sapa tau boleh hilangkan?
So next destination is Dusun Bambu. Sebelum ni sis dah pernah sampai tapi disebabkan Adik Azie dan Balqis belum pernah sampai, maka kita bawak dia pulak.
Dusun Bambu ni terletak di kawasan Lembang jugak. Harga tiket masuk ialah 25,000 rupiah. Lepas beli tiket, kami dibawa dengan kenderaan seperti trak kecik untuk sampai ke atas. Jika mahu jalan kaki agak lumayan jauhnya ya.
DUSUN BAMBU LEMBANG
Signature Dusun Bambu harus ada bambunya π
Kami ke Dusun Bambu sebenarnya nak makan tengahari. Masa pestime kami cuba dulu sedap giler sambal bebek a.k.a Bebek Rica-Rica di Restoran Lutung Kasarung.
Tempat makan disini dibina seperti sarung burung.
So korang leh pepeling makan dalam sarung burung ye ...
sementara menunggu makanan tiba, kami possing dulu.
Kebetulan hanya kami bereempat jer yang makan di saung purbasari ni.
Menu Bebek Rica Rica dah takde. Yang sis order ni memang tak berapa sedap tapi dah lapar bedal jelah ...
Rupanya dorang dah tukar management baru. Patutlah nama pun dah bertukar nama
Restoran Burangrang
Apapun kami enjoy!
with love π
pls follow/like/subcribe
Wahh... bestnya.. Myra tak pernah sampai ke Bandung lagi. Thank you for sharing.
ReplyDeleteStay safe dear.
InsyaAllah lepas covid selesai boleh pi jika ada rezeki lebih nnt myra
Deletecantiknya view. Suka tengok kehijauan alam hutan gunung ganang macam ni. Bila nak sampai sini entahlah
ReplyDeleteInsyaAllah satu hari ada rezeki boleh sampai.
DeleteTeringinnya pergi lagi dan dawak Dania jugak..eh Alin jom la pi lagi..kita bawak anak dara kita jom..
ReplyDeleteJom Jom hehehehe ... Dania pun dah besar senang bawak jalan
Deleteyg naik basikal tu mmg gayat btul..tp gigih juga naik..mmg seronok
ReplyDeletetu psl AK tak berani ...gayat...
Delete