25 April 2018

PENGALAMAN ABAH KENA SAWAN

19.4.2018 

Khamis lepas, jam 12 lebih tengah malam, aku dikejutkan dengan tangisan dan jeritan dari kakak Balqis dan mak.

"Mama! Bangun ... tengok atok tu!"

Aku kira aku baru hampir terlelap ketika itu. Dengan pantas aku dan Abang Kembong terus ke bilik mak. Masih menggelabah. Masih bercelaru.

Abah kena heart attack lagi ke? 

"Tengok Abah ko ni Len ... Mak panggil-panggil dia tak jawab! Tadi Abah ko macam kena sawan. Kaki dan tangan dia semua mengejang ke atas"

Ketika itu aku lihat Abah aku terbaring dengan mulut berbuih dan bernafas dengan kuat sekali (macam sukar bernafas).

Kami gerak-gerakkan Abah sambil pangil-panggil nama abah tapi tiada respon. Abah tetap kaku dengan mulut berbuih-buih (masa ni kaki dan tangan abah dah tak kejang).

Aku buntu. Terus suruh adik Moon call ambulans.

Dalam pada tu, Mak suruh aku ajar Abah mengucap. Bila sebut je La Ilaha Illallah Muhammadur Rasullah, ditelinga Abah ... jiwa dan raga aku seperti disentap. Pelbagai andaian dalam fikiran aku. Ya! Allah ... bantulah hambamu ini. Aku tak kuat sebenarnya.

Dekat 15 minit kami cuba menggerakkan Abah masih tidak berjaya. Sementara menunggu ambulans sampai, paramedik dalam talian cuba membantu meredakan keadaan yang sedia gelabah tu.

Adik Moon memang dah menangis-nangis sampai tak boleh cakap ... pas telefon pada Abang Kembong. Nasib baik Abang Kembong jenis tak gelabah (tak tunjuk sebenarnya).

Paramedik mengajar step by step menghadapi orang kena sawan :-

1. Jangan panik - sapa tak panikkan? Pertama kali keluarga kami menghadapi situasi sebegini. Nasib baik Abang Kembong boleh buat apa yang paramedik suruh dalam talian.
2. Alihkan sebarang bantal di kepala pesakit - masa kena sawan tu memang Abah tengah tidur. 
3. Lap air liur pesakit - masa ni dalam hati kami berkata Abah masih bernyawa ... huhuhuhu 
4. Mengerengkan badan pesakit - Tidak kisah alihkan sebelah kiri atau kanan. Janji mengereng. 

Selepas kami mengerengkan badan Abah, baru ada reaksi pada anggota badan Abah. Tangan Abah dah bergerak. Kemudian, Abah sedar dan terus bangun. Tau tak keadaan kami masa ni rasa nak menangis pun ada nak tergelak pun ado. Macam kelakar. Macam sedih. Bersyukur.

Bila Abah dah tersedar, Abah terus bangun nak berjalan. Abang Kembong dan adik ipar aku, Yuz papah Abah. Kejap ke depan terduduk. Kejap ke dapur, terduduk lagi. Memang kelihatan Abah lemah sangat.

Kami tanya Abah, kenal tak kami? Dia jawab entah .... Allahu.

Tidak lama kemudian, ambulans pun sampai (pun pengalaman pertama panggil ambulans datang rumah).  

    

Masa ni nurse tanya nama Abah pun tak ingat lagi ... 


Semoga Allah lindungi Abah. Abang Kembong ikut naik ambulans. Masa dalam perjalanan ke hospital, Abang Kembong whatsapp Abah dah boleh kenal menantu dia lepas kena nap. Tapi Abah tak ingat apa yang terjadi pada dia sebelum tu ...


Ya! Allah ... sedihnya lihat Abah macam ni .... meruntun-runtun hati aku tapi aku taknak menangis sebab nanti mak mesti lagi nangis ... aku tahan jer ...

 

Keadaan Abah ketika sampai di Wad Kecemasan Hospital Sungai Buloh. Masa ni Abang Kembong jer yang teman Abah. Kami sampai kemudian di hospital.


Bila kami sampai jer Abah baru buat scan MRI dan X-tray. Nampak jer kami Abah terus tersengih.


Ketika gambar ini di ambil Abah masih di wad kecemasan. Jika tengok lagak gayanya, Abah seperti tak sakit kan? Memang cam gitulah cara Abah. Selalu pura-pura tak sakit tapi sebenarnya dia sakit ... huhuhuhu ...

 

Dekat pukul 3 petang baru Abah di masukkan ke dalam wad biasa. Tapi Abah kena masuk wad di Hospital Kusta (hospital lama ... pun pertama kali).

Kat situ macam best sini suasana wadnya. Tenang, best dan bebas.Nak tau sebab apa?

*
*
*
*
*
*
*

 

Pesakit boleh keluar ambil angin cam Abah aku tu ... tengoklah tu ... menonong jer keluar sebab tak sabar nak jumpa cucu ....

 

Kat sini bolehlah terlepas keluar jumpa cucu-cucu dia ... taupun rindu ... lepas ni takleh degil lagi tau Abah :)

 

Haji Matusan bin Mohd Salimin - 71 tahun


Masa ni Abah dah rasa sihat. Sibok mintak nak balik. Nak gi Ipoh katanya ... Doktor masih kena pantau sehingga 24 jam bagi pesakit yang kena sawan ni. Jadi kena stay kat sini lagi ye bah.

Doktor kata ada pendarahan dalam kepala Abah aku. Itu tanda-tanda awal Abah aku kena sawan dan angin ahmar. Pastu patutlah sebelum ni Abah penah terjatuh dan tetiba dia lupa ingatan. Tak ingat kami dan tak ingat apa yang terjadi. Itu salah satu tanda jugak.

  

Kebetulan hari jadi Abang Kembong 20 April lepas jatuh masa Abah kat hospital. Tak sempat nak seprise-seprise bagai. 

Terima kasih Abang kerana sudi teman Abah saya di hospital. Saya tak dapat hadiahkan apa-apapun tapi Allah hadiahkan Abang pahala di harijadi Abang yang ke 39 tahun ini (insyaAllah) kerana jaga Abah saya.


Abah. Kakak selalu doakan Abah cepat sembuh. Kakak tak sanggup nak lihat Abah menanggung sakit. Bagi kakak Abah terlalu baik. Terlalu banyak pengorbanan Abah pada kakak dan adik-adik. Abah terlalu sayangkan kami kan. Sampai sakit pun Abah tetap senyum. Selagi hayat dikandung badan, kakak akan jaga Abah dan Mak sehabis baik. Kakak sayang Abah.

Sekarang ni kami kena pantau tahap kesihatan Abah. Kena makan ubat (abah selalu skip makan ubat jantung dia). Dah tambah ubat sawan pulak sekarang ni (kena tengok dia makan ubat depan mata). Kena tegah Abah dari gi mancing (tu hobi tegar dia). Abah tak tak boleh buat keje part time dia (abah selalu repair letrik dan paip orang kampung). Dah tak boleh tinggal Abah sensorang (takut sawan berulang). Yapi Abah aku ni jenis degil yaamat. Geram kadang tu ... semoga pengalaman baru Abah ni buat Abah lebih berhati-hati.

Jutaan terima kasih buat kaum keluarga kami, sahabat handai yang kenal dan tidak kenal serta geng sekolah Gading Prihatin 79 yang tak putus berdoa buat abah. hanya Tuhan yang dapat membalasnya. 


18 April 2018

CARA HILANGKAN KESAN CALAR KERETA

Baru-baru ni kereta adik kakak kena langgar orang. Berdebar jugak bila dia call Abang Kembong. Alhamdulillah cuma kereta jer cedera, dia ok.

Dia hantar gambar kereta kemek sikit dan bercalar balar. Jenuhlah nak bege-bege repair tu nanti. Tapi benda dah nak jadi kan ...

Bila sampai rumah, Abang Kembong belek-beleklah kereta adik kakak tu. Baru dia teringat, dia ada  beli Pencuci Kereta Amway dan Penggilap Kereta Amway. Dia pun try test cubalah .... hehehehe .... (tengah gian mencuba produk Amway :))


Inilah rupa kereta adik kakak yang kena sagat tu ... sakitnya mata nengok kan. Nasib baik adik kakak dah mintak ganti rugi.


Abang Kembong kata takyah hantar kedai repair dulu. Dia nak try Silicone Glaze Amway yang dia beli ritu. Bolehlah jadi bahan uji kaji ...


Tadaaaaa ..... hilang sudah kesan calar, kesan geseran dengan Penggilap Kereta Amway ni. Makin licin berkilat githewwww ...

Kelebihan Silicone Glaze Amway :-
  • Melindungi kemasan kereta anda dan memberikan kilatan yang tahan berbulan-bulan.
  • Mudah disapu dan menangkis kotoran jalan, tar dan tompokan air.
  • Membersih dan pengilat kereta tanpa merosakkan permukaan.
  • Boleh juga digunakan pada motor, bot, rumah bermotor, peralatan dapur, jubin seramik, atas kaunter, porselin dan jubin dinding.

Kepada sesapa yang nak mengilatkan kereta secara JIMAT CERMAT boleh try Silicone Glaze keluaran Amway ni. Tak payah hantar kedai bagai ... jimat kan ...

Harga sebotol Silicone Glaze (500 ml) ialah RM40  



whatsapp : 013 3670079
                     013 4235479

14 April 2018

RESEPI NASI GORENG NOXXA 6 MINIT JER

Assalamualaikum korang ...

Harini kakak malas nak masak ... macam nak masak Nasi Goreng jer ...

Selalu kita nak masak nasi goreng kena tunggu nasi masak dululah ... pastu kena tunggu lagi sampai nasi tu betul-kering ... kalau tak nanti jadi lembik pulak nasi goreng kita ...

Meh kakak ajar korang masak nasi goreng guna beras terus jadi nasik goreng :)



Bahan-Bahan :-

2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
10 biji cili padi *
sedikit ikan bilis (ditumbuk sedikit)
5 batang sosej (dipotong kecil)
2 cawan beras (dibasuh dan tos)
3 cawan air
sedikit minyak masak
garam dan perasa

Semua bahan * dikisar

P/S : sila guna pot noxxa

Cara-cara :-
  1. Tekan butang Stir Fry dan On.
  2. Masukkan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan sosej. Kacau rata.
  3. Masukkan beras, air & garam. Kacau rata. Tekan butang Off.
  4. Laraskan tombol ke arah Pressure.
  5. Tekan butang High Pressure 6 minit. Tekan butang On.
  6. Setelah 6 minit akan bunyi bip. Keluarkan wap steam dan tunggu sehingga habis.
  7. Buka tudung periuk perlahan-lahan dan siap Nasi Goreng Noxxa 6 minit. 

Mudah tak?
Nak tak Pressure Cooker Noxxa?
Boleh bayar sehingga 4 kali ansuran.
Bayar ansuran pertama terus dapat barang.
Untuk detail boleh hubungi Akak Kembang.

WHATSAPP 013 4235479 @ 013 3670079
DM Instagram : Akak Kembang

13 April 2018

TRAVELOG : JALAN-JALAN BANDUNG LAGI (Part 7 Last)


16.3.2018 - Hari Ketiga

Hari terakhir di Bandung. Bangun tetap awal dan beg semua dah ready kemas. Lepas sarapan kami terus check out. Rasa tak sabar nak pulang Malaysia tapi sedih meninggalkan kenangan manis sepanjang 3 hari di Bandung.

Memandangkan flight kami ke Kuala Lumpur jam 7.30 malam, jadi banyak tempat leh singgah merendek.

Misi kami pagi itu, sambung shopping di Pasar Baru ... hehehehe ... kan kakak dah kata, kalau pi sehari ke Pasar Baru memang tak cukup tangan nak membeli :) Mesti kena pi lagi ...



Terima kasih buat Fave Hotel Braga. Tak pernah mengecewakan. Kalau pi Bandung, pasti kakak tidur sini lagi.


Dah 5 kali kakak ke Bandung, tak pernah pun singgah ke kedai tanter Lisa. Kalau sapa pernah/selalu pi Pasar Baru ... mesti ada terjumpa tanter Lisa kat tepi elavator sambil hulur sticker kedai dia. Tanter Lisa kata ramai artis Malaysia pi salon/kedai dia.

Kami sebenarnya tengah mencari minyak angin dan jus tolak angin. Kebetulan pembantu supir kami yang tunjukkan kedai tanter Lisa ni. 


Macam-macam ada jual kat kedai Tanter Lisa ni rupanya. Ada pil kurus, pil putih, pil ketat ... hahahahaha ... tapi jus Tolak Angin ni jugak pujaan hati kami.


Benda best kalau pi Bandung kena beli. Sedozen kakak borong minyak angin Fresh Care Roll On. Tapi tak cukup weiiii .... ramai peminat ...


Kalau korang lapar kat dalam Pasar Baru tu, leh singgah kedai makan di Lantai 6. Ada satu kedai ni murah dan sedap gilerrrr ...


Habis shopping di Pasar Baru, Mas Igol bawa kami ke kedai kek Bandung Makuta. Dari semalamnya dah bagitau dia kalau sempat nak singgah kedai kek Laudya Cynthia Bella. Nasib baik sempat. Malangya Bella tak balik Bandung pun ... huhuhuhu ...


Dengan gambar pun jadilah ....


Pandai pulak budak ni acah-acah berlakon dengan sis ...


Ingatkan di Bandung Makuta ni jual kek yang jenis slice ke rupanya segedabak besar tapi murah gilerrrr ...


Kami cuba rasberry cheese cake Bandung Makuta. Besar ni cuma Rp 65,000 jer ... murah kan ...


Destinasi terakhir kami singgah ialah Kartika Sari. Tak sah kalau tak singgah sini. Wajib beli Brownies Kartika Sari sebab sedap (tekak kakak ye)


Pertama kali cobain Bagelen Bandung ni ... sedap gilerrrr ... rugi beli sebungkus jer ..

Habis borong di Kartika Sari, kami terus ke airport. Sengaja kami sampai awal di airport Bandung. Kunun nak sorting barang-barang yang baru beli. Pastu bolehlah tumpang timbang beg nanti sebab memasing dah cuak takut berlebihan muatan beg. Rupanya kami dibenarkan masuk ke dalam jam 5 petang nanti. Berjanggut menunggu 2 jam kat luar. Biar cepat jangan lambat kan ...

Sudahnya kami lepak kat luar jer dulu sambil sorting barang-barang. Jenuh sumbat sana sini ... harap lepaslah ... Balik Malaysia terus whatsapp dia sedap bangat kot Bolu Lembang tu. Next time dia bawakkan , katanya :)


Tengah sibok kemas beg, tetiba Mas Igol datang bawak kek. Buah tangan dari Bandung katanya. Ya! Allah ... kakak terharu sangat. Siap tapau satu untuk bos kakak lagi. Terima kasih Mas Igol dan isterinya Lenny. Semoga makin luas rezeki Mas sekeluarga. 

Mekasih Mas Igol dari Andra Tour yang baik sekali.

Sapa nak cari supir murah di Bandung, boleh contact :-
FB Supir Bandung : Pakej Supir Murah Bandung
Whatsapp : Angga +6285624983033

orang punya :)

Alhamdulillah urusan di Bandung selesai dengan mudah. Airport Bandung pun dah berubah. Makin cantik dan selesa.

Beg pun selesai dengan jayanya. Muatan beg memasing ada yang ngam-ngam dan ada yang berlebih (sapa nak tumpang ... ngeee). 

Begitu juga urusan di aiport Malaysia. Semua berjalan lancar. Kakak menggelabah gak takut kena sergah ngan kastam/imegresen. Alhamdulillah lepas semua rombongan kakak.

Terima kasih yang mempercayai Personal Shopper VJ by Mulin. Mana tak kami tak sempat ambil tempahan, mohon maaf. Mungkin lain kali kami akan ke sana lagi.

Sekian cerita tentang Akak Kembang Jalan-Jalan Bandung 2018 bersama ahli keluarga. Mohon maaf jika ada salah silap Akak Kembang sepanjang trip kita ke Bandung. Panjang umur, murah rezeki bertemu lagi di Bandung ...

12 April 2018

TRAVELOG : JALAN-JALAN BANDUNG LAGI (Part 6)

Selain Dusun Bambu dan Floating Market, Tempat Menarik di Bandung yang patut korang lawati ialah Farm House Lembang.

Bagusnya supir kami yang mengatur perjalanan harini. Dari Dusun Bambu ke Floating Market dan akhir sekali ke Farm House Lembang. Semua satu jalan.

Oleh itu, kakak nasihatkan korang jika nak ke 3 Tempat Menarik di Bandung ni kenalah gerak dari kota Bandung seawal pagi kerana disini jam 5 sudah mulai gelap. Takut gambar gelap ... hahahaha ...


FARM HOUSE LEMBANG

Farm House Lembang ni ala-ala perkampungan Hobbit di Eropah (orang kerdil). Suasana disini nyaman sekali. Tidak begitu ramai pengunjung. Mungkin hari bekerja.


Bagusnya tempat lawatan kami, setiap kali melawat pasti dapat air free :) Jangan buang kupon nanti boleh redeem susu Lembang.

Disebelah kanan anda tempat parkir kereta. Disebelah kiri anda laluan masuk ke perkampungan Hobbit. Gerai-gerai tu menjual cenderahati.

Laluan masuk ke perkampungan Hobbit.

saya suka :)


Tak muatlah kalau kakak nak bobok ni ...


Comel betul rumah-rumah hobbit ni ...


Nak main masak-masak ke dik ...


Kakak sukalah dapur kayu camni ...

Cik Ton dan menantu 


Sapa tak amik gambar kat sini memang rugi ... 


Makcik-makcik aku risau masa anak-anak buah dia bergambar kat sini. Mana tak risau ko jenguk kebelakang ada gaung belakang tu ... hehehehehe ...

Love :)


Jangan lupa masuk ke dalam muzium Hobbit. 


Aku syak sejenis muzium yang mana hobbit ni kerja kot ... kekekeke ...


Pandai budak jaga rumah Hobbit ni ambik gambar kakak ... flawless angat (padahal ...)

Merasa jugak kakak pepeling cam rumah mat salleh ... kekekeke ...


Jemput makan ....


Tercari-cari gak orang kerdil kat sini ... takde rumah agaknya ... ngeee




Kakak tersuka plak pintu pattern camni ... mana nak dapat ek ?


Alahai ayunya kazen kakak ni ...


Kalaulah boleh masuk ke dalam ... entah muat ke idak kakak ni kan ...


Matahari takde lampu pun jadilah kan ...


Akhirnya impian menjadi kenyataan. Gambar kenang-kenangan di hadapan rumah Hobbit (yeke). Tapi kalau dapat pi New Zealand lagi syok kan (amin)
Cik Kam pun ado kat sini ... segar bugar



Jangan lupa redeem susu korang. Ada perisa asli, coklat & strawberi. Rupanya kupon tu boleh pilih samada mahu ditukar minuman atau makanan. Dah balik Malaysia baru ku perasan ... huhuhu

Kalau korang nak bergaya dengan kostum ala-ala gadis eropah boleh sewa baju di situ (harga lupa). Kakak tak sewa pun sebab kejar masa terang. Kekekeke ... kang dah gelap tak lawa plak gambor J

Sebenarnya ada beberapa tempat yang kakak tak sempat nak melawat memandangkan ada agenda lain selepas ni (takpe ... pegi lagi ...)

Harga tiket masuk ke Farm House Lembang ialah Rp 25,000 dan parking mobil ialah Rp 10,000.

Waktu operasi dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam (jika weekend hingga jam 11.00 malam)

JALAN RIAU

Dari Farm House Susu Lembang, Mas Igol bawak kami ke kedai jual pisang salai . Sambil beli kami boleh rasa semua makanan di situ ... manyak untonggggg .... hehehehe ...



Kakak beli pisang cheese jer. Ingatkan nak borong banyak, sekali tengok packaging ... susah nak bawak balik dan jaga ni ... kakak belilah 5 peket jer untuk mak abah.

Lepas borong pisang cheese, kami terus ke Factory Outlet Jalan Riau. Ada Heritage, Rumah Tas, Secret dan macam-macam factory outlet lah. Larat dengan tak larat je korang nak singgah.


Tujuan lain ke Jalan Riau ialah menunaikan hajat adik kecik kakak ni ... masa pergi dulu kakak tak bagi dia makan aiskrim durian tepi jalan ... kekekeke ...


Tapi kakak tetap suka aiskrim durian depan Secret tu ... yang ni kureng skit ... hehehehe ...

Jomlah pulang ...

Baca Juga : Floating Market