25 April 2018

PENGALAMAN ABAH KENA SAWAN

19.4.2018 

Khamis lepas, jam 12 lebih tengah malam, aku dikejutkan dengan tangisan dan jeritan dari kakak Balqis dan mak.

"Mama! Bangun ... tengok atok tu!"

Aku kira aku baru hampir terlelap ketika itu. Dengan pantas aku dan Abang Kembong terus ke bilik mak. Masih menggelabah. Masih bercelaru.

Abah kena heart attack lagi ke? 

"Tengok Abah ko ni Len ... Mak panggil-panggil dia tak jawab! Tadi Abah ko macam kena sawan. Kaki dan tangan dia semua mengejang ke atas"

Ketika itu aku lihat Abah aku terbaring dengan mulut berbuih dan bernafas dengan kuat sekali (macam sukar bernafas).

Kami gerak-gerakkan Abah sambil pangil-panggil nama abah tapi tiada respon. Abah tetap kaku dengan mulut berbuih-buih (masa ni kaki dan tangan abah dah tak kejang).

Aku buntu. Terus suruh adik Moon call ambulans.

Dalam pada tu, Mak suruh aku ajar Abah mengucap. Bila sebut je La Ilaha Illallah Muhammadur Rasullah, ditelinga Abah ... jiwa dan raga aku seperti disentap. Pelbagai andaian dalam fikiran aku. Ya! Allah ... bantulah hambamu ini. Aku tak kuat sebenarnya.

Dekat 15 minit kami cuba menggerakkan Abah masih tidak berjaya. Sementara menunggu ambulans sampai, paramedik dalam talian cuba membantu meredakan keadaan yang sedia gelabah tu.

Adik Moon memang dah menangis-nangis sampai tak boleh cakap ... pas telefon pada Abang Kembong. Nasib baik Abang Kembong jenis tak gelabah (tak tunjuk sebenarnya).

Paramedik mengajar step by step menghadapi orang kena sawan :-

1. Jangan panik - sapa tak panikkan? Pertama kali keluarga kami menghadapi situasi sebegini. Nasib baik Abang Kembong boleh buat apa yang paramedik suruh dalam talian.
2. Alihkan sebarang bantal di kepala pesakit - masa kena sawan tu memang Abah tengah tidur. 
3. Lap air liur pesakit - masa ni dalam hati kami berkata Abah masih bernyawa ... huhuhuhu 
4. Mengerengkan badan pesakit - Tidak kisah alihkan sebelah kiri atau kanan. Janji mengereng. 

Selepas kami mengerengkan badan Abah, baru ada reaksi pada anggota badan Abah. Tangan Abah dah bergerak. Kemudian, Abah sedar dan terus bangun. Tau tak keadaan kami masa ni rasa nak menangis pun ada nak tergelak pun ado. Macam kelakar. Macam sedih. Bersyukur.

Bila Abah dah tersedar, Abah terus bangun nak berjalan. Abang Kembong dan adik ipar aku, Yuz papah Abah. Kejap ke depan terduduk. Kejap ke dapur, terduduk lagi. Memang kelihatan Abah lemah sangat.

Kami tanya Abah, kenal tak kami? Dia jawab entah .... Allahu.

Tidak lama kemudian, ambulans pun sampai (pun pengalaman pertama panggil ambulans datang rumah).  

    

Masa ni nurse tanya nama Abah pun tak ingat lagi ... 


Semoga Allah lindungi Abah. Abang Kembong ikut naik ambulans. Masa dalam perjalanan ke hospital, Abang Kembong whatsapp Abah dah boleh kenal menantu dia lepas kena nap. Tapi Abah tak ingat apa yang terjadi pada dia sebelum tu ...


Ya! Allah ... sedihnya lihat Abah macam ni .... meruntun-runtun hati aku tapi aku taknak menangis sebab nanti mak mesti lagi nangis ... aku tahan jer ...

 

Keadaan Abah ketika sampai di Wad Kecemasan Hospital Sungai Buloh. Masa ni Abang Kembong jer yang teman Abah. Kami sampai kemudian di hospital.


Bila kami sampai jer Abah baru buat scan MRI dan X-tray. Nampak jer kami Abah terus tersengih.


Ketika gambar ini di ambil Abah masih di wad kecemasan. Jika tengok lagak gayanya, Abah seperti tak sakit kan? Memang cam gitulah cara Abah. Selalu pura-pura tak sakit tapi sebenarnya dia sakit ... huhuhuhu ...

 

Dekat pukul 3 petang baru Abah di masukkan ke dalam wad biasa. Tapi Abah kena masuk wad di Hospital Kusta (hospital lama ... pun pertama kali).

Kat situ macam best sini suasana wadnya. Tenang, best dan bebas.Nak tau sebab apa?

*
*
*
*
*
*
*

 

Pesakit boleh keluar ambil angin cam Abah aku tu ... tengoklah tu ... menonong jer keluar sebab tak sabar nak jumpa cucu ....

 

Kat sini bolehlah terlepas keluar jumpa cucu-cucu dia ... taupun rindu ... lepas ni takleh degil lagi tau Abah :)

 

Haji Matusan bin Mohd Salimin - 71 tahun


Masa ni Abah dah rasa sihat. Sibok mintak nak balik. Nak gi Ipoh katanya ... Doktor masih kena pantau sehingga 24 jam bagi pesakit yang kena sawan ni. Jadi kena stay kat sini lagi ye bah.

Doktor kata ada pendarahan dalam kepala Abah aku. Itu tanda-tanda awal Abah aku kena sawan dan angin ahmar. Pastu patutlah sebelum ni Abah penah terjatuh dan tetiba dia lupa ingatan. Tak ingat kami dan tak ingat apa yang terjadi. Itu salah satu tanda jugak.

  

Kebetulan hari jadi Abang Kembong 20 April lepas jatuh masa Abah kat hospital. Tak sempat nak seprise-seprise bagai. 

Terima kasih Abang kerana sudi teman Abah saya di hospital. Saya tak dapat hadiahkan apa-apapun tapi Allah hadiahkan Abang pahala di harijadi Abang yang ke 39 tahun ini (insyaAllah) kerana jaga Abah saya.


Abah. Kakak selalu doakan Abah cepat sembuh. Kakak tak sanggup nak lihat Abah menanggung sakit. Bagi kakak Abah terlalu baik. Terlalu banyak pengorbanan Abah pada kakak dan adik-adik. Abah terlalu sayangkan kami kan. Sampai sakit pun Abah tetap senyum. Selagi hayat dikandung badan, kakak akan jaga Abah dan Mak sehabis baik. Kakak sayang Abah.

Sekarang ni kami kena pantau tahap kesihatan Abah. Kena makan ubat (abah selalu skip makan ubat jantung dia). Dah tambah ubat sawan pulak sekarang ni (kena tengok dia makan ubat depan mata). Kena tegah Abah dari gi mancing (tu hobi tegar dia). Abah tak tak boleh buat keje part time dia (abah selalu repair letrik dan paip orang kampung). Dah tak boleh tinggal Abah sensorang (takut sawan berulang). Yapi Abah aku ni jenis degil yaamat. Geram kadang tu ... semoga pengalaman baru Abah ni buat Abah lebih berhati-hati.

Jutaan terima kasih buat kaum keluarga kami, sahabat handai yang kenal dan tidak kenal serta geng sekolah Gading Prihatin 79 yang tak putus berdoa buat abah. hanya Tuhan yang dapat membalasnya. 


3 comments:

  1. Assalaam lin..
    Semuga abah lin cpt sihat..
    Sedih aunty baca..uncle pun seusia abah lin..��

    ReplyDelete
  2. Apa sahaja yang berlaku yang melibatkan mak abah memang menakutkan...confirm panik..tapi macam SA dan adik yang kerja klinik swasta tu dah tau dah apa nak buat kalau ada kecemasan macam tu..Abah kami kalau sakit manja sangat..even demam sikit pun..memang x leh buat apa..melepek je..

    ReplyDelete
  3. semoga mak ayah kita sentiasa dalam peliharaan ALLAH..
    alhamdulilah semua dah ok kan.

    ReplyDelete