10 June 2020

PENGALAMAN BERAYA MUSIM PKP 2020

Assalamualaikum & Salam Syawal ke 18.

Aidilfitri 2020 akan dikenang sampai bila-bila buat semua umat islam di Malaysia. Tak terjangkau sebenarnya benda ni akan jadi dalam hidup kita kan. Ketentuan Ilahi. Kita kena redha.

Persiapan raya tetap buat cuma bezanya raya kali ini takde kelam kabut kejut anak-anak bersiap solat raya di masjid. Takde sibuk nak kemas meja siapkan makanan sambil menanti tetamu datang. Takde kelam kabut bersiap-siap sebab selalunya tengahari kami akan balik kampung mak. Takde lah kelam kelibut pi beraya cepat-cepat nak balik sebab malam ada orang nak datang beraya. Takde penat asik basuh pinggan jer πŸ˜‹ Raya kali ni memang tenang.

Walaupun dibenarkan keluarga terdekat datang ziarah raya, kami taknak tanggung risiko kot. Demi keselamatan sendiri dan mereka jugak. Mujur saudara mara dan sahabat handai dapat memahami. Bukan untuk memutuskan silatuhrahim tapi demi memutuskan rangkaian wabak ini, kami rela raya syok sendiri je kat umah mak abah.


Kalau korang nak nengok aktiviti sebelum raya boleh nonton youtube sista ye 😍  

Alhamdulillah, kami sangat beruntung sebab masih dapat beraya bersama Mak Abah. Dah duduk sebumbung kan πŸ˜‹Untuk makluman, kami memang tinggal bersama mak abah lagi. Ada umah sendiri pun still menyemak umah mak. Tu pasal nampak meriah je keluarga Hj Matusan & Hjh Zainab.


Aktiviti wajib setiap kali pagi raya, memohon kemaafan.


Sayang Mak & Abah. Maafkan anakmu ini yang selalu buat salah πŸ˜“ 


Anak paling gedik ni ...


Sessi bermaafan kami disulami tangis dan tawa. Memasing banyak salah kan ...


Gambar keluarga kecil kami. 
Jangan ditanya kenapa anak bujang sis mukanya alakadar jer sebab tu style katanya ... πŸ˜†πŸ˜†

Oh! Ye ... tema raya tahun ni dipilih oleh Mak tersayang. Mak nak #temamaroon katanya. Decide colour ni masa pi Bandung last year. Terus beli jam tu jugak. Dan nasib baik baju raya dah siap sebelum PKP sebab kitaorang jenis habis raya terus decide tahun depan tema apa pulak dan terus tempah 😝

Habis possing dalam rumah kami ke luar rumah pulak. Maklumlah raya syok sendiri kan. Syukurlah rumah mak abah jenis rumah kampung. Banyaklah tempat nak bergambar kan.


Mak & Abah kesayangan πŸ’“


satu pose pakai mask pulak ...


Selalu berempat ...


Aidilfitri 2020 kami berenam pulak 😎


Adik no.2 sis tengah tunggu boiprend tak datang-datang plak ...


Adik bongsu sis ...


Yang dia ni memang tak sempat tempah baju sebab kain hilang. Nasib ada kakak terror jahit kan. Semua tangkap muat.


Ahli baru family kami, Miko Chan 😻


Disebabkan PKP maka tak sempatlah membeli baju melayu Abang Kembong dan Qayyum. Nipun cuba nasib beli kurta online sebab sayang plak nak beli baju melayu. Nak jimat kan 😁Nasib sempat sampai sebelum raya tapi tak sempat nak alter pun πŸ˜…



bilalah nak dapat berat cam anak dara sis ... huhuhu ...


Mask muka tu adik sis yang buat, dia kan tokey mask muka ...





buh sini untuk kenangan anak cucu cicit nengok omma oyang dorang masa muda πŸ˜›

Itu jer lah cerita raya Akak Kembang untuk tahun 2020. Lepas possing, kami tukar baju sambung makan lontong & ketupat. Itu jelah dok ulang sampai raya ke 3. Raya keempat memasing dah naik keje.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MOHON AMPUN DAN MAAF buat sanak keluarga, keluarga mentua di Seremban dan sahabat handai jika semua karangan sis dalam Blog Akak Kembang ni ada menyinggung hari dan perasaan korang. Semoga wabak ini akan berakhir tidak lama lagi supaya kita boleh kembali kepada kehidupan normal. Ingat dalam bergembira PKP dilonggarkan, jaga SOP ye.

Video Raya 2020

with love πŸ’— 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment