3 March 2016

TRIP MUSIM SEJUK JEPUN (Sayonara)

Last Episod - 26.12.2016
Uhuk!Uhuk! Sedihlah pulak. Dah nak berakhir kisah Akak Kembang Jejak Jepun (sebenarnya ada lagi...hehehe) Hampir 2 bulan, lengkap 11 entri. Nasib baik aku pi 5 hari je kan. Kalau pergi 2 minggu, mau setahun entri aku kot ... wakakakakaka ...
Kami berpisah dengan Arif di Shinjuku (JR) Station. Kerja rajin-rajin ye Arif.
Masih berbaki sejam lagi untuk ronda-ronda Shinjuku. Yang lelaki terus ambil beg kat hotel tapi yang pompuan nak merayap Shinjuku lagi. Nak singgah Kinokuniya Shinjuku jap. Katanya bertingkek-tingkek :)

Waris maharaja jepun katanya ....

Jumpa jugak akhirnya. Possing depan Kinokuniya Shinjuku. Ada banyak tingkat ... 

Kami jalan sekitar ground floor je. Misi aku nak cari majalah yang ada free gift. Banyak lagi duit syiling ni ...

Akhirnya dapat jugak .... beli majalah free 2 beg mickey mouse yang comel :)

Nak balik ambil beg tu jumpa lagi kedai buah. Kenapalah dah nak balik baru teringat nak makan buah kan? Korang jangan lupa pulak try buah sedap kat Jepun ni tau!

Tak puas aku makan strawberry takat 3 ketul ni ....sedap bangattt dehhhh ...
Lepas ambil beg kami, memasing cepat-cepat menuju ke Shinjuku Station. Masa dah time ... huhuhu ...Azabnya kami yang gegurl ni nak menolak luggage. Rasa nak menangis pun ado. Beg aku dahlah berat giler. Masa nilah baru teringat dan rindu sangat ngan Park Ra Shid ... huhuhuhu ...
Punyalah berkejar-kejar nak sampai ke station sampai je kat depan pintu masuk Shinjuku Station ... takde lift ... takde eskalator pulak!!!  Ya! Allah! Otokeiiii???? Nisa pun dah tanya kat kaunter pertanyaan, eskalator kat pintu lain. Takkan nak keluar pulak. Huhuhuhu ... Nisa kata kita pelan-pelan angkat beg ni. Fuhhhh!!! Menggelegak peluh akak tau. Dari tahan sejuk sampai dah berbahang pulak jadinya. Kamipun angkat perlahan-lahan berdua beg memasing. Yang aku pelik, bab tolong angkat mengangkat ni takde pulak mamat Jepun yang gentleman nak tolong kami. Semua menonong jalan cepat jer. Okay! Fine!


"This is not goodbye but a see you soon"
Termengah-mengah aku sampai keluar peluh jantan. Terima kasihlah sapa yang tangkap gambar aku ni ek. Senyum sedih sebenarnya tu .... penatt kottt...
Ad siap boleh bukak luggage lagi. Kalau aku bukak luggage aku konpem terburai ... hehehehehe ...

Dah sampai pun Narita International Airport ...

Flight kami jam 9.40 malam (waktu Jepun) dan dijangka mendarat di Malaysia jam 4.40 pagi (5.40 pagi waktu Malaysia) 

Check in beg dulu ... 

Dua beg aku tu ngam-ngam 30 kg. Gelabah gak aku kalau over weight pulak ...

Dah habis urusan check in bag, kami naik ke atas untuk makan malam pulak ... nak solat pun surau ada di Narita Airport ni. 

Free tax di Narita Airport ni pun agak murah harganya. Dapatlah aku beli T'Shirt I Love Tokyo untuk mak aku yang bersaiz 2XL dengan harga 1500 yen :) 
Nak dijadikan cerita, masa kami last perabihkan duit yen yang tak habis-habis ni (especially duit syiling) sampai terlupa masa dah time. Kedai pun dah nak tutup kami dok ralit kat area free tax ni ... huhuhuhu ... sampai dah ada announcement flight kitaorang. Apa lagi!! menggelabahlah kami bertiga. Kekekeekeke...punyalah berlari sakan. Hilang keayuan masing-masing. Makin lama lari makin tak sampai-sampai pulak pintu gate MAS ni. Rupanya, pintu MAS yang paling hujung sekali . Huaaaaaaaaaa!!! rasa nak nangis semput. Bila dah nampak pintu gate tu barulah lega rasa hati ...kelakar pulak bila diingat kembali ...

Kami naik MAS untuk pulang ke Malaysia. Makan malam pun best tapi aku tak makan sebab takut sakit perut..hehehehehe ...
Alhamdulillah. Hampir 7 jam perjalanan dari Jepun, sampailah kami mendarat dengan selamat di KLIA. Kemudian kami naik KLIA Ekpress dan turun di KL Sentral. Hehehehehe ... mesti citer aku yang last ni boring kan??? Dah kering idea ...  hehehehe...
Rindu pulak ngan cuaca sejuk di Jepun. Rindu makan mee ramen. Rindu nak naik turun train. Rindu nak jalan sampai 1 km. Rindu nak shopping .... InsyaAllah, kalau boleh memang nak gi lagi sebab banyak tempat kami tak sempat nak singgah. Boleh bawak family ke pulak. InsyaAllah ...
Pada pembaca blog Akak Kembang ... mohon ampun dan maaf jika ada terlebih ataupun terkurang bahasa. Cerita berdasarkan pengalaman sendiri dengan harapan bolehlah dijadikan panduan serba sedikit buat yang nak bercita-cita mahu ke Jepun.
Jutaan terima kasih buat bos yang sudi bawak kami ke negara yang memang tak pernah saya mimpikan (saya mimpi nak pi Korea :)). Terima kasih buat bos dan wife jugak sebab layan jer perangai giler-giler kitaorang ni. Terima kasih buat Nisa yang sudi jadi tour guide buat kami. Kalau takde Nisa mesti kami dah sampai Korea kot ... hehehehe ... Terima kasih buat oppa Rosly, Abg Su, Kak Wanie, Ad & Keroll my bodyguard yang sudi kongsi makan, sudi bawakkan bag shopping dan sudi ketipkan gambar buat saya :) Terima kasih atas segalanya. Ada umur panjang ... ada rezeki ... entah kemana pulak kami tahun ni ... doa-doalah dapat pi Korea ke Australia ke ... wakakakaka ...
Sayonara! Mataatode!
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment