26 March 2018

NAIK GENTING HIGHLANDS

Alang-alang Janda Baik bersebelahan jer dengan Genting Highlands, maka kami nak buat lawatan muhibbah ke Genting Premium Outlet (GPO).

Perjalanan dari Janda Baik ke GPO mengambil masa dalam 35 minit. Tak semua waris IB Clans ikut ke sana. Nenek-nenek dan atuk-atuk semua berehat di hotel jer. Lagipun kami ke sana nak usya line jer … kekekekeke … siap tempah baju sesamer lagi.

Rupanya GPO ni terletak sama bangunan dengan Cable Car Awana Skyway yang baru. Senanglah … lepas shopping boleh naik Genting pulak … Jangan risau, parking kereta banyak dalam bangunan GPO ni. Bayar jer …

Lebih 16 tahun kami (suami isteri) tidak menjejak Genting Highlands ni. Dan kali ini adalah kali ke 3 aku jejak Genting Highlands.


Kami sekadar cuci mata jelah di GPO ni. Jalan-jalan sambal hirup udara nyaman di sini sudah memadai.


Sebenarnya masa sampai je di GPO ni Qayyum mula tak larat nak jalan. Sakit kaki katanya. Mana tak sakit, sehari suntuk dok berendam dalam kolam. Sekarang ni, kaki Qayyum tak boleh sejuk-sejuk sangat, nanti akan rasa krem. Kakak memang risau yaamat tapi ditenangkan oleh Abang Kembong.


Anak bujang kakak sorang lagi ... nasib baik yang ni tak banyak hal :)


Anak dara kakak ... semuanya pertama kali jejak Genting Highlands.


Geng Akak Gorjes :)


Susah nak berkumpul berenam ni.
Takde kazen lain ke? Ya Ampun ... kazen kakak ramai tapi inilah yang paling sekepala ... yang lain sebantal ... hehehehe


Pengalaman naik Cable Car Awana Skyway
Ini adalah pengalaman pertama anak-anak kakak naik cable car ... 
kalau bawak mak ajah lagi dia nebes ni ... ngeh ... ngeh ...


Teringat zaman muda mudi (lepas pantang 2001) kita naik Genting kan ...


Qayyum agak teruja tapi tak tunjuk sangat ... sambil menahan sakit.


Terima kasih abang merealisasikan impian gedik bini dan anak-anakmu ini ...

Awalnya, kami hampir nak pulang terus ke hotel tapi memandangkan ini kali pertama nak bawak anak-anak kakak naik cable car, Abang Kembong meneruskan jugak misi. Tupun banyak kali tanya kat Qayyum ‘Larat ke dik’. 'Tak tau' jawabnya. Ok. Kita jalan pelan-pelan ye dik. 

Turun jer dari Genting, kena jalan lagi rupanya. Dah lain benor Genting Highlands. Takpe. Kita cari tempat makan dulu bagi kaki adik relaks dulu ye. Sampai je tempat makan, Abang Kembong urut-urut kaki Qayyum (nasib baik Moksu bawak minyak). Alhamdulillah, dekat setengah jam ... perut pun dah kenyang, Qayyum kembali bertenaga. 

Sapa kata kata bawak budak 13 tahun tak mencabar? Lagi mencabar weiiiii (anak akulah) kekekekeke ....

Bila dah okay sikit, kami sedut angin sejuk je kat luar hotel Awana Genting tu ...


Tengok! Dia dah senyum sikit kan. Sebelum tu memang tak tenang hati mama ni ...


Terima kasih pada Mak Ita sudi bawak kami naik Genting (dia dah naik 100 kali kot). Walaupun hanya sedut udara sejuk, bahagia sekali rasanya.

P/S : Happy Birthday buat anak buah mamalong yang comel Ahmad Farrell a.k.a Roro. Sekejap je dedek dah besar. Semoga membesar sebagai insan yang berguna pada ibu bapa dan negara. Mamalong love you so much :)


2 comments:

  1. dah berbelas tahun tak naik Genting...masa awal remaja dulu mmg suka ke Genting...

    ReplyDelete
  2. Baru naik last week, Dapat masuk snow world je..yang lain macam 3D art museum tu penuh sebab cuti sekolah..then pi GPO..ronda2 makan..pas tu balik..anak dara tak in nak shopping..bukan fav dia shopping2 ni

    ReplyDelete