23 February 2018

Appoinment PPUM 2018

Update Cerita Tentang Qayyum untuk tahun ke 8.

Pada yang selalu ambil peduli dengan blog kakak ni mesti tahu serba sedikit kisah anak bujang Firhan Qayyum. Boleh rujuk label Cerita Tentang Qayyum.

20.2.2018 lepas follow up check up tahunan untuk Qayyum di PPUM. Temujanji jam 2 petang tapi seawal jam 12 tengahari kami dah sampai. Bukan apa, nak amik nombor giliran pun makan masa kadang tu. 

Banyak perubahan di PPUM nampaknya. Food Court dah diruntuhkan. Nak besarkan jalan barangkali. Jalan situ sempit. 

Nampaknya, hari ini tak perlu menunggu agak lama. Tak sampai setengah jam, nombor giliran Qayyum dipanggil.


Kalini, dapat doktor cina lagi ... hensem pulak tu ... kekeke ... tu pasal mama berani masuk sekali ...

Seperti biasa, doktor akan tanya perkembangan kaki Qayyum. Kali ini aku cakap, kaki Qayyum kerap rasa krem dan sakit terutama waktu sejuk. Doktor tu pun suruh Qayyum jalan. Pastu pegang kat bahagian yang dikatakan sakit tu.

Kemudian, datang doktor senior. Doktor tu dah banyak kali jumpa. Doktor senior kata, kesakitan tu berlaku disebabkan urat-urat disekeliling tapak kaki yang kadang tak dapat menampung beban. Itu yang menyebabkan Qayyum rasa sakit. Lagipun kecederaan tumit kakinya agak teruk.

Solution : Doktor suruh tunggu umur Qayyum 18 tahun jika pembedahan perlu dilakukan. Buat masa sekarang tidak digalakkan kerana pertumbuhan tulang masih berlaku.

Nampak aku tenang tapi sebenarnya tidak sebab doktor pun cakap macam berlapik jer ngan aku. Doktor tu pun macam Qayyum, dapat tahu isi hati aku agaknya.

Next appoinment bulan Feb 2019. Kena buat x-tray dan CT Scan jugak. Semoga dipermudahkan urusan kami. Doa aku seperti selalu, semoga ada keajaiban buat anakku Firhan Qayyum.

4 comments:

  1. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan menghilangkan segala kesakitan Qayyum. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan buat Qayyum..insyaallah Qayyum akan sihat seperti biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Memang itu yg diharapkan sebagai Mama ...

      Delete