5 February 2018

Bercuti di Kuala Terengganu (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera bloggerian ...

Bertabahlah korang baca maraton trip kakak ye ...

Dah alang-alang sampai Cherating, niat kami nak terus ke Kuala Terengganu pulak. Pada awalnya kami hampir batalkan percutian ke Kuala Terengganu memandangkan sana musim hujan kan. Tapi kami tawakal jer lagipun hotel dah bayar. Alhamdulillah dipermudahkan.

Ini merupakan kali pertama kakak sekeluarga sampai ke Kuala Terengganu. Maka lengkaplah 12 negeri di Malaysia kakak jejak. Tinggal Sabah dan Sarawak je belum. InsyaAllah jika ada rezeki.

Nasiblah Abang Kembong sudi bawak bini dia ke sana jugakkan. Memang senyum sampai ke telingalah. Tapi sebelum sampai tu ... punyalah berzikir dalam hati sepanjang perjalanan. Mana tak berzikir, dengan cuaca tak menentu pastu sepanjang jalan penuh kelapa sawit. Jenuhlah menung dalam kereta nak sampai ke LPT2. Sepanjang perjalanan di LPT 2 tu ... hujan turun lebat selebatnya. 

Akhirnya bertolak dari jam 12.30 tengahari dari Cherating sampai ke bandar Kuala Terengganu lebih kurang jam 3.30 petang.

Sampai je bandar Kuala Terengganu, benda pertama kakak usya mestilah Pasar Payang .... hahahaha. Itulah tujuan utama kakak nak pi Kuala Terengganu.


Nilah Pasar Payang rupanya. Jumpa masa pusing-pusing cari hotel. Nampaknya tak sempat nak singgah Pasar Payang petang sebab tutup pukul 6.00 petang.


Di Kuala Terengganu, kami menginap di Hotel Grand Puteri. Hotel ni terletak tengah-tengah bandar. Tak jauh dari Pasar Payang. Nampak permainan kakak??? kekekeke ... 

Satu malam bilik standard di hotel Grand Puteri ni berharga RM155.00. Ada kolam tapi tak sempat nak mandi pun sebab sepanjang hari hujan. 

Kami check in dan letak barang dulu. Kemudian keluar balik nak cari kedai makan. Anak bujang dah mengamok kelaparan :)

Memandangkan hari makin petang, Abang Kembong terus bawak kami ke Masjid Kristal Kuala Terengganu. Bini nak sangat pegi kan ...

Cuaca haritu memang tak cantik. Kakak dah berangan nak possing pakai jubah yang mak ajah beli kat Mekah ritu nampaknya tinggal angan-angan.

Kakak bayangkan Masjid Kristal ni macam kawasan di Putrajaya tu. Bila ikut waze, dia bawak jalan kampung yang macam tak percaya ... betul ke ni jalan nak pi Masjid Kristal? Rupanya memang betul.

Kawasan masjid ni pun agak terpencil. Dari jakun jadi seram plak ... hehehehe ...


Di hadapan Masjid Kristal Terengganu


Masa ni hujan renyai-renyai ...


Nak masuk ke dalam keadaan tidak mengizinkan. Possing celah-celah masjid jelah ...


Cantik dan kagum.


Anak bujang angkat ni jelah yang sudi bergambar. Yang bujang sorang lagi memang tak layan ...


Yang ni dibahagian taman. Nak dijadikan cerita part nak bergambar ni memakan masa jugak. Sampai mengamok anak bujang kakak sebab dah kelaparan ... 

Mana taknya ... baru amik sekeping gambar ... hujan turun terus lari ke kereta. Bila benti ... sambung balik possing ... gigih kan? Bukan selalu sampai pun ...



Gigih lagi possing walaupun hujan mula turun balik ...


Last sebelum hujan turun makin lebat ... hehehehe ...



Akhirnya jumpa jugak kedai makan. Lain yang dicari lain yang jumpa. Tapi lupa nama kedai sebab dah lapar sangat. Memang sedap dan murah.

Lepas je makan, kami terus pulang ke hotel. Malam tu tak keluar pun. Lepak-lepak je dalam bilik sebab kat luar hujan jer.

Tak sabar nak tunggu esok :) Nak pi Pasar Payang ... hehehehe ... 

No comments:

Post a Comment