19 November 2018

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (PART 8)

sambungan dari Bukchon Hanok Village menuju ke Tempat Shopping di Korea :)

GWANGJANG MARKET

Selain syurga kain, Gwangjang Market terkenal dengan syurga makanan. Tapi kami hanya mampu nengok jelah ... mostly tidak Halal! 

 Waktu pernigaan di Gwangjang Market dibuka dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Ahad tutup tau.

Macam-macam jenis makanan Korea terlihat disini. Cik Pork Pork pun ado .... seram kakak nengok kepala Pork Pork ... hehehehe ...

Kemain gomok cumi cumi kat Korea ni ...

Longgokkan kain ela ... mur mur ajer!

Get ready memborong ye ahjumma ahjussi ...

Kain cotton Korea di sini hanya 10,000 won jer untuk 4 meter (RM37 jer). Kualiti kain memang puas hati :) Tapikan, entah kali ke berapalah kakak rasa nyesal lagi sebab hanya beli kain cotton Korea 2 helai jer. Sudahnya memang menyesal tak sudahlah ... huhuhuhu

Selain kain dan makanan, di Gwangjang Market korang boleh cari souvenir, hanbok, cadar dan peralatan rumah kesukaan perempuan. Tapi kalau souviner better beli kat Namdaemun kot.

Ingat kain, ingat Kwang Jang Market tau! Eh Gwangjang ke Kwang Jang ....

Gerak dulu! Nak sambung shopping ke Namdaemun Market pulak ....

Aigo!!!! Bas Ahjussi yang bawak kami tu ada kerosakan sikit, digantikan dengan bas lain yang bling bling ... kalah dato Vida koooooo ....

NAMDAEMUN MARKET

Inilah tempat wajib pergi jika ke Korea yang sentiasa di omong-omongkan jika mahu mencari souviner atau ole-ole buat teman-teman dan sanak saudara. Hamboi! macam banyak sangat pulak nak memborong kan. 

Inilah rupa Namdaemun Market. 

Kami diturunkan di Gate 5 Namdaemun. Jika terpisah, inilah tempat kami bertemu semula nanti.

Kakak bayangkan Namdaemun Market ni satu kedai jer ... rupanya macam-macam kedai ada. Larat dan tak larat jer korang nak tawaf.

Misi kami disini nak cari brooch Korea, T'shirt Korea, ole-ole Korea ... tak sabarnya ...

Kami usya-usya kedai kat sini dulu sebelum dibawa ke kedai syurga idaman wanita :)

Aigoooo!!! yeppeuda (cantik)....

Inilah syurga kegemaran wanita. Berpinau mata weiiii .... syantik syantik sangattttt ...

Tempat jual brooch Korea ni korang kena masuk satu bangunan kedai bertingkat-tingkat yang mana kakak lupa nama kodainya ... hah! tepukkk!!!!

Percaya tak kakak beli banyak ni je brooch Korea?

Percayalah weiii!!! Dan sesungguhnya kakak menyesal tak kesudahan lagi ni. Sebenarnya dah buat list berapa banyak kena beli brooch Korea ni tapi dan-dan lupa ingatan sampai sini. Selalu orang terpukau beli banyak kan tapi kakak dipukau beli sikit jer ... huhuhu. Ampun Kak KE (bini bos kakak) sebab melupakan dirimu ... bila bos kakak cakap mana brooch? kakak terpaku malu. Tiba-tiba rasa nak booking tiket pi Korea balik :(

Selain penuh dengan pin baju (brooch korea), di sini juga ada jual assesori idaman wanita macam cincin, gelang dan memacamlah lagilah yang blink-blink. Dan paling best kami jumpa kedai souviner harga mampu milik.

Sampai habis waktulah kami memborong souviner kat kedai Ahjussi ni. Lebih murah dari kedai di luar tadi sampai tour guide kami kata Ahjussi ni bagi harga macam dah nak tutup kedai ... rezeki kami kot.

Setelah memasing insaf, bertemu semula di Gate 5. Memasing hampir lupa nak makan tenghari kan sebab sibuk menyopping.

Waktu perniagaan di Namdaemun Market ialah dari 11 malam hingga 5 petang esoknya . Ahad tutup. Kenapalah tempat shopping di Korea ni kebanyakkannya tutup Ahad? Mungkin Ahad hari dorang berehat bersama keluarga agaknya.

Tidak jauh dari Namdaemun, kami di bawa ke Restoran Kampungku untuk solat dan makan.

  Dah kenyang perut jom sambung labur duit won lagi ...

Restoran Kampungku ni terletak seberang jalan menuju ke Myeongdong.

MYEONGDONG 

Tempat wajib pergi jika ke Korea ialah Myeongdong. Myeongdong dikenali sebagai tempat membeli belah barangan kosmetik (skin care) dengan harga yang murah. Murah ke? Jom kita tengok.

Inilah rupa Myeongdong. Kota kegemaran para wanita jugak. Tu pasal orang lelaki kurang gemar ke Korea sebab asyik shopping jer ... kekeke ... 

Korang boleh bayangkan Myeongdong camner kan? Kat Malaysia macam Petaling Street kot. Kiri kanan penuh kedai. Bukan takat kiri kanan, kat celah-celah kedai pun banyak lagi kedai.

Nak ke sini pastikan kuda-kuda masih kuat. Iman juga harus kuat. Duit juga harus lumayan ... kalau tak nanti gigit jarilah korang nengok orang lain membeli belah.

Kami diberi masa lebih kurang 3 jam di sini. Dan percayalah ... tak cukup weiiii!!!

Siapa yang sukakan makeup, kosmetik mahukan skin care harus ke Myeongdong. Kalau dah nama ikut tour guide haruslah kita mencelah mengikut walaupun kita taknak membelikan. Kita ada pilihan, sama ada nak lepak kedai kopi sambil tunggu kengkawan menyopping atau kita penat kaki ikut kengkawan kita keluar masuk dari satu butik ke butik lain. Ngeeee ....

Kedai make up (skincare) pertama yang kami jejak ialah Nature Republic. Nak cari facial mask murah kat sinilah. 40 peket cuma 19,000 won (RM70.50) sahaja. 1 keping tak sampai 2 hengget pon.

Mula masuk je kakak dah tak tentu arah. Tak tentu arah sebab tak tau nak beli apa ... ha!ha!ha!

Macam-macam ada weiiii .... 

Kalau bawak laki kakak mesti rabak poket dia ... tu pasal dia kirim duit jer sebab kalau bawak dia sekali pasti makin rabak poket Abang Kembong :)

Seterusnya kami masuk kedai Innisfree ... sebenarnya banyak sangat kedai kosmetik di Myeongdong ni tapi kami tak jalan habis memandangkan ada kaki yang sedang penat ... hehehehe ...


Kat Etude House ni kakak banyak jugak membeli ... selain membeli kakak juga memburu free gift. Ngee ...


Dapat jugak rembat plate eyeshadow Etude House setelah seploh kali berfikir :)

Ole-ole buat anak dara kakak ...

Antara butik make up (skincare) yang popular dan laris di Myeongdong :-

Nature Repulic
The Face Shop
Etude House
Skin Food
Innisfree
Missha
Tony Molly
It's Skin
Olive Young

Tips : Sebelum korang membeli di Myeongdong, korang survey/buat perbandingan harga di Korea online store macam Hermo atau Altea. Ada yang murah dan ada yang mahal. Pepandailah korang buat perbandingan harga. Tapi konsep kakak dah alang-alang sampai Korea, beli jer sambil pejam mata. Kat sini memang kakak tak rasa ralat sebab apa yang kakak nak semua kakak beli.

Stokin mur mur di Myeongdong. Comel pulak tu ...

Kakak suggestkan kalau nak bagi orang souviner boleh sangat beli souviner stokin korea ni. Sepasang cuma 1,000 won jer. Beli 10 pasang dapat 10,000 jimat 1,000 won :)

Kakak suka kalau orang bagi ole-ole stokin ni sebab kakak memang pengumpul stokin :)

Mamat jual stokin ni kekwat mulanya, muka ketat jer bila kita tanya-tanya. Sekali bila kakak nak bayar ... pandai pulak dia jawab 'Terima Kasih' :)

Eh! pandai pulak dia cakap melayu. Pandai pulak dia senyum ... dia ingat kakak tak mampu agaknya nak bayar 30 helai stokin tu ... huhuhu

Ada satu lagi insiden kelakar gabra. Masa sessi membeli t'shirt wajib I Love Korea dengan sorang makcik Korea ni, kakak pun menggelabah saja test panggil dia Ahjumma ... sekali dia punya marah sambil membebel tahap mak tiri pulak ... kekekekeke. Padan muka kakak kan degil cam Pak Abu. Ada sesetengah penjual tak kisah kita panggil Ahjumma. Yang makcik ni kisah sangat nampaknya ... kekekeke. Katanya ada yang tak suka dipanggil Ahjumma sebab bersamaan makcik gemok ... hadoi!

Nak tak nak terpaksalah beli t'shirt Korea tu dengan harga 5000 won (RM18.50) demi jaga hati ahjumma tadi :)

Hasil tuaian di Myeongdong sampai ke malam :)

Masa ni hanya tinggal kami bertiga jer. Yang lain dah balik hotel. Kami bertiga jer sambung shopping kat Myeongdong. Balik kami naik subway. Menghabiskan duit T-Money kami. Tak cukup di Myeongdong, kami singgah ke Dongdaemun semula ... kekekekeke ... maklumlah esok dah nak balik Malaysia. 

Okay! Kakak nak pantau anak kakak yang sedang berpening kepala SPM tu ... chow!

No comments:

Post a Comment