31 October 2018

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (PART 7)

Sambungan dari Part 6 | Namsan Tower 

Hari ke 4, 10 Sept 2018 (Isnin)

Hari ke 4 kakak di Seoul. Otokee! Sekejap je dah 4 hari, esok dah nak pulang :(

Itinerary hari ke 4 adalah shoppinggggg!! Kakak sukaaa!! hehehehe ...

Tour guide kami berganti lagi. Kali ni perempuan plak, Hani. Kecik comel jer orangnya. Student engineering kat Sungkyunkwan University.

Kami akan dibawa ke perkampungan orang Korea zaman dulu, Namsangol Hanok Village. Alaa .... macam dalam cerita korea tu. Tapi malangnya, haritu tutup pulak. Kecewa kakak tau. Baru nak possing ala-ala orang Korea kat depan umah dorang tu. Takde rezeki kan.

Hani bawa kami ke Bukchon Hanok Village.

BUKCHON HANOK VILLAGE

Meh kakak citer sikit pasal Bukchon Hanok Village (nipun Hani yang bagitau ... hehehe). Perkampung Bukchon Village ni ni sebuah perkampungan/penempatan tradisional yang terpelihara dari zaman moden. Jika di lihat, semua rumah di sini adalah berkonsepkan rumah tradisional orang Korea. Menurut Hani, kebanyakan penghuni kat situ semua orang kaya-kaya. Tengok bumbung rumah pun tau ... hehehehe


Di kiri dan kanan perkampungan Bukchon Hanok Village ni semuanya rumah tradisional korea.

Jalan di kawasan Bukchon Hanok ni agak berbukit-bukit. Standard kawasan di Korea lah kan! Tu pasal orang kecil selim melim :)

Kaja! (Jom)


Di sini anda di larang buat bising kerana kebanyakkan rumah di Bukchon Hanok ni berpenghuni. Memang sukar buat kami Geng Suka Gelak sebenarnya untuk menjaga tatasusila ... jalan sikit gelak ... nak possing pun gelak ... acaner?

Hani kata, orang muda Korea terutama yang tengah belajar tak suka bercampur gaul sesama mereka. Selfishlah omputih kata ... 

Menantu sapalah berseluar pelekat di Korea ni :)

Hani kata lagi, orang-orang muda di Korea zaman sekarang tak nak kahwin sebab kosnya sangat mahal. Jika nak kahwin, pengantin lelaki kena sediakan rumah manakala pengantin perempuan pulak kena beli perabot untuk rumah tu pulak. Disebabkan bebanan tula dorang lebih rela bercinta je dari berkahwin.

Tu pasal susah nak tengok baby atau anak kecil di Korea sebab dorang tak mau beranak pinak.

Nak gelak pun kena gelak pelan-pelan ...

Sebelum dorang kacau kakak, baik kakak amik gambar dorang dulu ...

Anda rasa kakak ada masa nak pening kepala??

Dimana-mana kakak mangsa bulian dorang ni ... takleh nak possing molek ...

oklaylah! kakak bagi can tumpang glamer kakak ... kekekeke

Tak taulah kenapa hanya rumah tu jer yang jadi tumpuan kami bergambar, padahal ada banyak lagi rumah kat atas kat bawah. Larat dengan tak larat jelah korang nak jalan.

Tuan umah tak bagi masuk ... ingatkan bolehlah makan nasi dengan kimchi ... huhuhu

Sebenarnya, di Bukchon Hanok Village juga terdapat kedai sewa hanbok. Jika korang nak jalan-jalan sambil pakai hanbok boleh cari ada jer sekitar Bukchon Hanok tu. 

Selesai kawasan sebelah timur, kita ke barat pulak. Kat situ ada 2-3 kedai jual cenderahati. Bolehlah nak beli tapi kami tahan nafsu sebab nak berabih kat Namdaemun nanti ...

Di kawasan barat sama juga berkonsepkan rumah tradisional Korea cuma di sebelah barat ni korang dah boleh tunjuk perangai korang sikit. Bolehlah nak gelak-gelak balik hehehehe ....


Disebabkankan yang lain udah capek, maka kami bertiga je yang larat mendaki bukit lagi bersama Hani. Bukan selalu ke Korea kan, jangan buang masa ... hahaha. Kalau kakak jadi tour guide mesti korang tak sanggup kan sebab semua tempat nak singgah hahahaha ...

Lorong pujaan sebab payahnya nak tunggu takde orang lalu lalang ...

Mini Love :)

Tour Guide Murah di Korea boleh usya Salam Tour Guide


Tumpang berehat jap ...


Bergabong Meletop Kebabom

Okaylah! Kakak nak hantar periuk noxxa jap, tunggu entry Kwang Jang Market pulak ye!

Tour Guide Murah di Korea boleh usya KRtourguidemy 
Kakak rekomen!

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

2 comments:

  1. Wah bestnya trip ke korea. Banyak tempat cantik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dapat lihat negara orang ... memang negara idaman.

      Delete