22 October 2018

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (PART 5)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera korang... 

Kakak syak mahu setahun kot entri kakak pasal Korea ni hahahahaha ... kekangan masa terlampau sedang melanda kakak. Harap korang tak jemu menanti dan membaca blog kakak ye ...

Okay jom sambung Trip Akak Kembang ke Korea Musim Panas. 

INSADONG

Selepas puas pepeling jadi Princess Korea, kami dibawa ke Insadong untuk makan tengahari. Tidak jauh pun dari Gyeongbokjung Palace.


Pemandangan sekitar jalan Insadong. Ramai sungguh orang disini. Bukan saja pelancong macam kami, orang Korea pun ramai. Mungkin cuti hujung minggu kot. 

Menurut Salam, Insadong terkenal sebagai tempat jual barang-barang unik dan antik. Ada juga souviner tapi mahal sikit. Kami tak sempat cari pun sebab perut memasing dah kelaparan masa tu ...


Ini baru sebahagian jalan di Insadong


Di kiri kanan jalan di Insadong ni banyak kedai. Macam-macam barang ada. 

Malangnya kakak tak survey apa yang ada di Insadong sebelum ke sini. Sebenarnya ada banyak lagi port menarik.

Disebabkan kami fokus nak makan jer kat sini maka yang lain-lain terlepas pandang. 

Salam nak bawa kami makan di kedai Ikan Bakar Korea. Nama kedai tak ingat tapi tak jauh je dari entrance masuk ke jalan Insadong.


Ikan Bakar Korea weiiii! 
Menu kami berempat. Memang puas hati dan sedap sangat weiiii ...


Orang kata jika ke Korea rugi diet hehehehe.   Jom cuba aiskrim Arab plak di Korea! 


Memang sedap giler lagi-lagi cuaca hangat kan ... 


Jika anda penggemar Takoyaki,  anda wajib mencuba Takoyaki original Korea di Insadong! Jangan risau ianya Halal :) 

Oh Ya! Jika korang mencari gula-gula madu atau gula tarik, di Insadong ada jual. Selang 2 gerai jer dari gerai jual Takoyaki ni. Malang sekali lagi kakak hanya mampu lihat je orang beli... lepas tu menyesal tak sudah sebab tak beli ... huhuhu

Jadi kakak harap korang jangan jadi cam kakak. Jika tour guide bagi masa untuk korang tour Insadong tu... gunalah sebaik mungkin jangan jadi macam kakak asyik nak melekat dengan tour guide jer... kekekeke...


Gambar kenangan dengan Salam. Esok ganti dengan orang lain pulak ... huhuhuhu ... sedih pulak Mama tauu ... hehehe

KTO SEOUL

Selepas kenyang dan kenyang lagi, kami dibawa ke KTO Seoul (Korea Tourism Organization) untuk solat. Selain solat korang boleh jalan-jalan dalam KTO. Ada banyak benda rupanya boleh cuba. Rupanya nak try hanbok free pun boleh tapi sebab kami dah cuba so tak heranlah kan!


KTO Seoul ni terletak sebelah Cheonggyecheon Stream jer ... 


Toilet di KTO sangat cantik dan best. Sampai berejam deme duduk dalam tu ...


Ruang solat di KTO ni comel jer. Boleh  muat 2 orang jer. So, kena gilir-gilir sembahyang. 



Kakak jatuh cinta dengan tempat ambil wuduk di KTO yang comel sangat!


Ada ruang lepak rupanya di KTO ni. 


Nasib tak berapa baik takde artis Korea plak datang KTO haritu :) Nasib baik ada patung pun jadilah ... 


Di sepanjang Sungai Cheonggyecheon ada banyak food truck tapi kami hanya mampu tengok jelah sebab non halal ye. 

KWANG JANG MARKET

Selesai solat dan buang hajat memasing, kami dibawa ke Kwang Jang Market. Tidak jauh jugak dari KTO Seoul tadi. 


Jika mahu membeli kain cotton semurah 10000 untuk 4 meter disinilah tempatnya. 10000 won bersamaan RM37 hengget. 

Perempuan bila dengar kain cotton murah, bergetar ovari kan (betul ke ayat orang sekarang camni kan) hehehehe


Ada pasar makanan rupanya ... nasib tak boleh makan hehehe


Malangnya, dah tutup kedai kain di Kwang Jang Market. Rupanya pukul 5 petang dorang dah tutup.

Disebabkan memasing frust tak dapat kain cotton, Salam bawa kami ke Namsan Tower. Terubat jiwa perempuan :) 

akan bersambung ...

P/S: Pada yang inginkan perkhidmatan tour guide di Korea boleh tengok di FB dan IG KRtourguidemy. Kakak rekomen! 

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

4 comments:

  1. Alaaaaaa.....x klimaks la x beli kain kan....cepat nak baca next entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sabar SA ... bos asyik kacau sampai takde masa nak tulis hehehe

      Delete
  2. Selalu baca trip Korea musim sejuk, ni trip Korea musim panas nampak macam best jugak

    ReplyDelete