24 October 2018

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (PART 6)


Bagi mengubat kedukaan hati perempuan disebabkan kedai kain Kwang Jang Market tutup, Salam terus bawak kami ke Tower Cinta :)

Memang tak lengkap ke Korea jika tak singgah Namsan Tower atau Seoul Tower. Ini pun salah satu tempat impian kakak jika ke Korea. Semua gara-gara drama Korea, The Legend of The Blue Sea :)

Untuk pengetahuan korang, sebarang kenderaan tidak dibenarkan naik sampai ke Namsan Tower. Ahjussi bas kami berhentikan kami kat bawah jer. Mahu tak mahu kami terpaksa rela jalan kaki ke Namsan Tower.  

Kakak warning awal-awal ye... kuda-kuda kaki kena kuat sebab nak ke Namsan Tower ni kena daki bukit sikit. Tapi apalah sangat takat bukit jer kan ... yang penting pengalaman best.

Jauh ke nak daki tu? Takdelah jauh sangat, cukup-cukup nafas korang sampailah ke atas tu ... hehehe


Penat pendakian kami hilang bila nampak Namsan Tower Seoul :) 


Port pertama untuk possing. Dari sini korang boleh tengok bandar Seoul. Jika waktu malam mesti lagi best.

Takdelah besar sangat pun kawasan ni. Kena berebut-rebut nak ambil gambar semata nak bagi nampak Seoul City.


Saranghae Oppa Rashidan ...

Namsan Tower ni sesuai untuk orang yang tengah cintan cintun pasal korang boleh kunci cinta korang kat sini, pastu nanti dah clash boleh bukak balik ... matilanakkkk nak kena beli tiket ke Korea lagi semata nak bukak mangga cinta korang plak ... kekekeke

Tips : Sila bawak padlocks/mangga dari Malaysia ye sebab kat sana mahal ... hehehehe


Protege kaki silang kakak ... kekekeke


Sessi pembulian berlaku ...


Gaya itu penting kan bosses!


Mencari-cari kerusi senget yang femes di Namsan Tower tapi malangnya dah takde ... Salam kata mungkin dah patah ... huhuhu. Duduk cangkung pun boleh kan ...


Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu cukuplah ... takyah nak lock kat sini ... jauh benor nak bukak nanti :)


Satu-satunya hasil bulian terbaik!


Selain bergambar bersama-sama kunci cinta, korang wajib cuba coffee Korea. Sedap!

Bergambar kenangan di Seoul Tower Plaza.

Tour Guide Murah di Korea boleh usya KRtourguidemy 
Kakak rekomen!


Di sini berlaku lagi kekesalan kerana tak sampai 1000 keping gambar pun. Korang amiklah beribu-ribu gambar supaya tak menyesal macam kakak :(

Ada banyak tempat lagi untuk kaki possing di Namsan Tower ni, disebabkan kuda-kuda makin lemah, kami tak tak jalan sepenuhnya pun. Korang ... silalah terokai Namsan Tower ye ... nanti menyesal cam kakak. Berapa kali menyesal daaaaa ....

Jika ke Korea lagi, kakak nak suruh Salam bawak kakak pi rumah Lee Min Hoo dalam drama Legend of The Blue Sea yang boleh nampak Namsan Tower tu. Berangan is free kan :)

Kakak nak gi masak jap, nanti kita sambung hari ke 4 kakak di Korea plak ye! Bai

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

1 comment: