23 April 2019

TRIP KOREA MUSIM PANAS 2018 (PART 9)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera bloggers dan peminat blog Akak Kembang. Lama kakak menghilang kan? Rindu kan? 

Mana tak rindu ... dekat 5 bulan Blog Akak Kembang berabuk. Sekali bukak blog, hak aloh! entri pi Korea tak habis-habis lagi ... ampunnnn!!

Jom sambung!

Hari ke 5. 11 Sept 2018 (Selasa)

Sekejap jer dah 5 hari kami di negara k-pop. Tak puas sebenarnya dan agak sedih nak meninggalkan Korea ... huhuhuhu ...

Flight kami petang, jadi ngam-ngam check out pukul 12 kami terus gerak ke Incheon Airport. Tak sempat nak kemana-mana ...


Syukur beg tak beranak pinak tapi terpaksa jugak menumpang beg kecik ngan orang lain disebabkan beg pokadot kakak tu dah merekah ... huhuhuhu


Geng Giler-Giler



Nak tebus tax boleh guna mesin ni jer ... Kami tak dak nak tebus tax sebab dah siap-siap tolak kat kedai masa beli.


Terima kasih Azrul. Semoga sukses dalam pelajaran.


Mampu amik gambar jer sebab tekak kakak takleh terima sebarang sushi mushi :)


Berbakikan masa yang ada, kami mencari surat di Incheon Airport. Jangan risau, di Incheon Airport ni memang ada menyediakan surau untuk muslim. 

Tips mencari surau di Incheon Airport : Selepas melepasi imegresen, jalan ke arah belah kanan dan cari Gate 24. 


Pestime kakak jumpa surau bercampur jantina. Jangan risau, amik wuduk kat toilet ye ... bukan dalam surau :)


Jika nampak kedai Peanuts ni, surau bersebelahan jer ...


Tak banyak tips yang kakak nak bagitau sebab kami ambil pakej tour guide. Tour guide jugak terpulang pada kehendak korang. Ada orang suka jalan sendiri sebab lagi jimat. Ada orang suka ambil tour guide sebab malas nak jalan ... malas nak fikir. Semua terpulang bajet masing-masing.

Ikhlasnya jika ke Korea, kakak lebih suka pakai tour guide sebab ada transport, tak payah nak sibuk-sibuk tengok map, tak payah nak pasang kuda-kuda sangat ... hehehehehe

Terpulang ... macam kami, dua-dua merasa. Siang pergi dengan tour guide, malam merayap sendiri.

Pada yang inginkan perkhidmatan tour guide di Korea boleh tengok di Facebook dan Instagram KRtourguidemy. Kakak rekomen! 

Jika ada rezeki pasti kakak ke sana lagi bawak family pulak :)

with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

3 comments:

  1. Entah ada ke tidak rezeki mak nak sampai ke Korea...

    ReplyDelete
  2. Total kos ke Korea berapa..jeling2 saving ni..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Tahun bilalah nak up cerita Phuket pulak eh? :D

    ReplyDelete