Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

1 September 2018

RESEPI NASI GORENG JAGUNG NOXXA

Korang mesti pernah rasa tetiba ada orang call nak datang rumah kan? 

Gelabah tak? Giler tak gelabah ! Jenuh fikir nak bagi makan apa ek? 

Selak peti ais lauk semua habis... yang ado cili padi, bawang putih, bawang merah ngan telor jer...

Pandang Periuk Noxxa dapat idea!! Boleh masak Nasi Goreng Noxxa ni...

Resepi Nasi Goreng Jagung Noxxa (8 minit) 

Bahan-bahan :-

5 pot beras (cuci bersih dan toskan) 
6 cawan air (guna pot periuk noxxa) 
3 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
2 biji telor
garam dan perisa secukup rasa

*blender


Cara-cara masak Nasi Goreng Noxxa :-

1. Tekan Stir Fry. Tekan on. Letak minyak dalam inner periuk. Tunggu minyak panas kemudian tumiskan bahan kisar tadi.
2. Kacau hingga garing (sila guna senduk kayu).


3. Masukkan telor. Jangan kacau, biarkan seketika. Agak-agak dah putih telor tu baru kacau. Bukan apa, kalau kacau cepat nanti agak hanyir.


4. Bila dah garing, masukkan jagung dan kacau.


5. Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi. Letak air, garam dan perisa. Kacau rata.


Tadaaa! !  Dah siap Nasi Goreng 8 minit 😊


Nak lagi sedap boh skit Perencah Nasi Goreng Cina Seri Aji. 


Nasi Goreng Jagung Noxxa sedia dimakan.

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
Blog| IG | Youtube

11 April 2018

RESEPI NASI GORENG SOTONG NOXXA

Morning korang ... dah masak ke belum? 

Sejak ada Pressure Cooker Noxxa ni, asal weekend jer nak masak masakan paling sempoi tanpa semak dapur. Harini malas nak masak lauk pauk, kita masak Nasi Goreng Sotong Noxxa jer :) 




Bahan-Bahan :-

2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
10 biji cili padi *
2 biji telur
2 cawan beras (dibasuh dan tos)
3 cawan air
sedikit sotong
sedikit minyak masak
garam dan perasa

Semua bahan * dikisar

P/S : sila guna pot noxxa


Cara-cara :-

  1. Tekan butang Stir Fry dan On.
  2. Masukkan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  3. Masuk telur. Kacau sehingga rata. Kemudian masukkan sotong. Kacau hingga garing.
  4. Masukkan beras, air & garam. Kacau rata. Tekan butang Off.
  5. Laraskan tombol ke arah Pressure.
  6. Tekan butang High Pressure 6 minit. Tekan butang On.
  7. Setelah 6 minit akan bunyi bip. Keluarkan wap steam dan tunggu sehingga habis.
  8. Buka tudung periuk perlahan-lahan dan siap Nasi Goreng Sotong Noxxa. 

Nasi Goreng Sotong Noxxa ....

Cuba tau!

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
Blog| IG | Youtube