1 May 2020

SHORT VACATION IN PHUKET (PART 1)

Sawadikap. Kam Kum Kap 🙏

Selamat Berpuasa. Dah seminggu kita berpuasa yang kali ini sangat berbeza seumur hidup. Mahu tak mahu kita kena biasakan.

Bila puasa ni otak agak payah nak bergabung sikit. Dengan PKP dilanjutkan ke Fasa ke 4 pulak 😥 Mental sis pun dah nak koyak ni. Namun, sis masih setia #stayathome jer buat masa ni. Nak pergi beli barang pun dah boleh berdua tapi biarlah Abang Kembong jer yang keluar sorang. Sis order online jer 😆

Okay! ada yang rindu kemerepekan sis tak? Sis sambung menulis ye tentang cerita sis yang tergantung dah setahun pun. Sebak jer nengok memory Phuket keluar kat FB & IG. Rindunya nak jenjalan.

Phuket, 26 Apr 2019 - Day 1

Sebelum ni tak terlintas pulak nak ke negara belah-belah Thailand. Selalunya kami akan ke belah Indonesia jika cuti-cuti tergempak ni 😝 Sebelum tu kami pakat vote nak kemana dan akhirnya Phuket jadi pilihan hati ramai. Sis tahu mesti yang lelaki pakat undi Phuket ni kan 😝 Sis okay jer sebab belum pernah ke sana pun. Ada orang kata Phuket panaslah. Takde apa-apalah. Boringlah. Sis tak kisah pun. Sis okay. Kalau nak ke Bandung lagi pun sis tak pernah jemu 😝


Flight kami jam 7.20 pagi. Seawal jam 4.30 kami dah sampai KLIA2. 
Ahli rombongan seramai 13 orang kali ni.


Penerbangan dari KLIA2 ke Phuket mengambil masa 40 minit jer. 
Baru nak lentok dah sampai beb 😜


Menunggu transport kami. Perjalanan dari Phuket Airport ke Hotel Andakira mengambil masa dalam 40 minit ke 1 jam camtu. Agak jauh sebab kami punya hotel berdekatan dengan Patong Beach. Airport transport kami booking melalui TravinPhuket. Harga transport kami ialah 1 van 900 baht yang boleh memuatkan 8 orang.


Tak kira kemana sahaja sis pergi, mesti buat currency converter RM to Baht supaya senang nak rujuk. Sis bab convert-convert ni lemah sikit 😝

Alhamdulillah, kami dapat check in awal haritu. Nasib bilik pun dah sedia ada. Memandangkan perut memasing dah berkeroncong, kami keluar semula nak cari makan.


sis payung sekeping Phuket yang panas lit-lit 😁


Orang kata, jika ke Phuket wajib pi 7 Eleven kat sana. 
Betul orang kata memang meriah.
Tapi tak semua halal.


Susu Meiji wajib dicoba. 
Sedap nak matik!


Kami cari kedai makan jalan kaki jer. Semua pakat kedekut nak naik tut-tut 😝


Akhirnya jumpa jugak makanan halal iaitu Nasi duaplohhengget 😄 di Jungceylon Shopping Mall area Patong

Muka riang gembira bila dapat live di IG 😋 Beli simkad kat Jungceylon Shopping Mall share reramai 👧

Dah dapat simkad, barulah boleh bukak langkah panjang. Dah datang Phuket mana boleh dok dendiam. Haruslah berjalan sakan kan. Kami cari tut tut paling murah dan rezeki kami dapat yang mur mur jer depan Jungceylon Shopping Mall. Cover 3 tempat, pakcik tut tut tu amik 1500 baht (bahagi 6 orang, sorang bayar RM32 jer).


Punyalah excited naik tut tut pestime. Dia punya teruja tu lenmacam.


Acah-acah ayu sis korang kan


Tempat Menarik Untuk Dikunjungi di Phuket ialah Big Buddha Temple

Nak kesana pun mencabar bila naik tut tut. Dengan jalan berbukit dan selekoh. Salute sama pakcik yang bawak tut tut ni.


Video Phuket dah siap. Jangan lupa like & subcribe Akak Kembang Channell 😉


Besar kan. Nilah tempat dorang sembahyang.


Tangga di Big Buddha Temple ni taklah setinggi Batu Caves. Korang boleh relaks-relaks naik pelan-pelan. Mulanya malas nak naik tapi disebabkan dari jauh datang rugilah tak nengok apa ada kat atas tu kan.

Ok jom naik.


Dalam temple yang ada tok sami besaq tu tempat dorang buat semayang. Pastu tepi-tepi ada patung emas camni. Sis layan je.


Pastu korang boleh tengok Tokong Ular tak silap. Dari situ boleh tengok view laut Phuket.



Sis ngan Saiy jelah yang usya semua tempat bagi puas hati. Sapa tak suka tak yah pi. Tak jatuh iman pun. Saja suka-suka. Bukan pi nak menyembah pun.

Tempat menarik untuk dikunjungi di Phuket yang seterusnya ialah Wat Chalong Temple. Antara temple terbesar dan tercantik di Phuket. 

 
Cantikkan.



Lupa nak story, kami memang dah chartered pakcik tut tut untuk cover tempat-tempat ni. So, dia tunggu jer kami. Senang buat camtu supaya takdelah tertunggu-tunggu atau nak main harga tut tut.


Sis tak tahulah orang lain tapi sis suka jer dapat melawat Wat Chalong Temple ni. Temple-temple kat sini so chantik lebih-lebih lagi buat kaki  #ootd


Sempat kami cari baju pantai dan topi untuk acara esok pagi. Bersebelahan dengan Wat Chalong Temple ni ada tempat jual-jual. Kalau korang berhasrat nak cari baju pantai atau topi besar ni, boleh cari kat sini sebab nescaya tempat lain tak jumpa (macam kami). Walaupun kat situ harga agak mahal sedikit tak mengapalah dari kami melopong nanti 😜

Settle jumpa memasing punya baju pantai dan topi, kami pulang semula ke hotel. Malam nanti nak dinner pulak.


Masa untuk dinner. Kami terus chartered tut tut pakcik siang tadi. Senang. Walaupun pakcik tu tak reti cakap English lagikan nak cakap Melayu 😝 Nasib baik guard hotel kitaorang tui orang Patani. Dialah yang tolong kami translate. Harga tut tut dari Andakira Hotel ke Kedai Makan ialah 200 baht (bahagi 7 orang baru 3.80 sorang 😙)


Terjumpa kedai makan halal di Phuket. Awalnya kami nak makan kat kedai yang sepatutnya kami dinner esok harinya. Tapi masa tu kedai macam ramai orang dan servis mungkin lambat. Sambil jalan-jalan tu, terjumpa Kedai Makan Kalim Rim Lay.


Kedai makan ni kedai orang Pattani. Dorang boleh cakap Melayu. 


Kedai Makan Kalim Rim Lay ni menghadap laut. 


Nyaman jer rasa makan tepi laut


waiting our food




Antara menu yang ada di Kedai Makan di Phuket, Kalim Rim Lay


Siap hidangan kami 😁


Kami berpecah group sebab ada yang naik motor. Yang dalam tut tut ni semua takde lesen motor 😁

Aktiviti lepas makan ialah ronda-ronda Tempat Menarik di Phuket iaitu Bangla Road. Selalu dengar dan tengok je Bangla Road ni. Dulu tempat ni pernah kena tsunami. Tapi sekarang dah hidup balik. Kalau kat Malaysia dah insaf kot 😎


Welcome to Bangla Road. Ingatkan banyak bangla. Rupanya banyak nyah 😜


Mak malu-malu kucing nak ...


Bangla Road ni terkenal dengan kelab malam. Kat sini hidup malam jer. Sepanjang jalan ni kiri kanan atas bawah semua pub. Bising kat sini. Tapi demi nak lihat camnelah Bangla Road tu, sis redah jer. Pengalaman hidup kan.

Cuma nasihat sis ...

Yang ada laki baiklah korang ikut laki pi ye. Jangan biar dia pi sensorang takut kena tarik plak. Yang ada anak-anak bawah umur dan warga emas tidak digalakkan ke Bangla Road ni. Takut sakit hati plak 😜


Jumpa pulak buaya panggang. Dasyat dorang ni ...

Berakhirlah malam pertama kami di Phuket. Malam ni kena tidur awal sebab esok ada aktiviti mencabar (sangat 😋)


with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment