10 May 2018

JALAN-JALAN IPOH

PASAR KARAT IPOH

Rupa-rupanya Pasar Karat Ipoh ni dekat sangat dengan hotel kami (Kinta Riverfront Hotel & Apartment). Kami siap naik kereta lagi. Sudahnya, parking balik kereta dalam hotel sebab Pasar Karat ni depan hotel kami jer. Pasar Karat Ipoh dibuka setiap pagi Ahad dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Pasar Karat Ipoh ini dikenali dengan jualan barang-barang lama dan rare. Tak percaya meh kakak belanjer gambar ...


Nampak? Telefon zaman 90 an ada , radio lama dan macam-macam lagilah ...


Cawan dan botol ni memang rare. Ni zaman kakak kecik-kecik dulu glamer ni ... 


Dalam tak sihat tu sibuk jugak nak ikut kami jalan Pasar Karat. Boring katanya. Nampak kedai jual cincin sukalah Haji Matusan ni tau ...


Ni pun rare  ... payah nak jumpa sekarang ni ...


Tengok uncle ni, barang-barang camni pun dia jual. Speaker tu ada je kat umah mak abah dulu, tak teringat pun nak simpan ... leh buat duit kan ...


Lega sakit bila dapat beli kaset pop yehyeh Abah. Seketul RM30. Boleh buat duit betul ... hehehehe ..

Pada kakak, okaylah Pasar Karat Ipoh ni. Ada banyak benda jual sampai skru-skru yang dah berkarat pun depa juai ... lagi dasyat ada pulak yang membeli tu ...  hehehehehe ...

RESTORAN HOLLYWOOD

Lepas check out, kami terus cari makan. Awalnya nak makan Mee Kari Mat Jasak tapi disebabkan anak cina jadian ni sibuk nak makan wantan terpaksa ubah tempat.

Bila sampai je kedai dituju, agak terkejut. Takkan nak makan kedai ni ... macam kedai cina kat welfare jer ... Tapi ramai je umat melayu makan situ. Anak cina jadian tu nak jugak. Okay! kakak layankan jelah selepas buat kajian tentang Restoran Hollywood ni ...


Sukalah tu anak cina jadian ni dapat makanan kegemaran dia (kakak lupa nama apa)


Sumpah! Mee Kicap Pedas kat Restoran Hollywood sedap giler weiiii ... kakak asyik terbayang jer ni. Macam nak ajak Abang Kembong pi rempit jer ke Ipoh ... semua cukup rasa ...

dan ....

kopi ais kat situ memang sedap gilerrr

STREET ART IPOH

Dah kenyang dan singgah solat, kami singgah ke Street Art Ipoh sebelum menuju pulang ke Sungai Buloh.


Bini mana ... hahahaha


April boys


Bawak kakak jenjalan bagi hilang stress nak exam besar tahun ni ...


psttttt!!!!


Anak bujang lagi satu taknak bergambor sebab bad mood :)



Tak semua Mural Art Ipoh ni kami sempat bergambar. Ada mural yang masih berkeadaan baik dan ada yang sudah luntur warnanya. Sebenarnya banyak lagi cuma malas nak teruskan memandangkan masa terhad.

Plan B pun kami tak singgah sebab last year dah singgah lagipun tak sempat hari makin petang. Alhamdulillah, segala urusan di Ipoh dipermudahkan. Niat nak bawak anak-anak dan keluarga bercuti walaupun sekejap terlaksana. Lepas ni kakak kena kuarantin sebab nak exam besar hujung tahun ni. 

Sekian pengalaman Jalan-Jalan Ipoh dari Akak Kembang :)

No comments:

Post a Comment