Sempena hujung minggu ni, meh kakak belanjer korang resepi guna Periuk Noxxa.
Nak masak apa ek? Kakak try buat Gulai Nangka lah ...
RESEPI GULAI NANGKA NOXXA (12 minit)
Bahan-Bahan :-
2 kg nangka muda
4 biji bawang besar *
20 biji cili padi *
1 inci kunyit *
sedikit ikan bilis *
1 kiub ikan bilis
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1 cawan air
1 kotak santan (sederhana)
garam dan perasa
Semua bahan * dikisar
P/S : sila guna pot noxxa
Punyalah ghairah nak masak Gulai Nangka dalam periuk noxxa sampai kakak lupa nak buang batang nangka tu ... kekekekeke
Cara-cara :-
- Masuk nangka yang telah dibersihkan dan sedikit garam. Masukkan air sehingga menutupi nangka tersebut.
- Tutup periuk dan laraskan tombol Pressure. Tekan High Presure 10 minit dan On.
- Setelah 10 minit, tukar arah tombol ke Steam untuk lepaskan tekanan wap. Apabila tiada bunyi desiran, tekan butang Off dan buka tudung periuk perlahan-lahan.
- Toskan nangka dan ketepikan.
- Kemudian masukkan nangka tersebut kedalam inner periuk noxxa semula.
- Masukkan bahan kisar, kiub ikan bilis, serai, daun kunyit, air dan santan.
- Tekan Tekan butang Stir Fry dan On.
- Kacau sehingga menggelegak. Tekan butang Off. Siap.
Siap dah Gulai Nangka Noxxa. Mudahnya dengan Periuk Noxxa ialah korang tak payah nak tunggu lama merebus nangka tersebut. Suka tak?
with love 💗
pls follow/like/subcribe
No comments:
Post a Comment