4 March 2020

TWENTY ANNIVERSARY


Twenty years! Happy anniversary to us 😍

Alhamdulillah. Hari ini hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 20 tahun. Syukur sehingga ke detik dan saat ini kami masih bersama-sama. 

Masih sama-sama berpegangan tangan.
Masih sama-sama tidur bersebelahan.
Masih sama-sama berpelukan.
Masih sama-sama makan bersama.
Masih sama-sama punya tanggungjawab terhadap keluarga.
Masih sama-sama mengharungi susah dan senang.
Masih sama-sama menikmati suka duka kehidupan.


Video Jeju with Love Part 1 is done


Bukan masa yang sekejap ye 20 tahun. 20 tahun kongsi suka duka bersama. Susah senang hanya kami yang tahu. Selama 20 tahun, maafkan saya kerana mampu beri Abang 2 orang anak sahaja. 20 tahun banyak salah silap saya pada Abang, ampunkan saya. Semoga 20 tahun dan lebih lagi cinta kita masih segar bugar walau di mamah usia.


Saya tahu saya bukanlah yang terbaik buat Abang. Saya tidak hebat masak, tidak cepat menguruskan anak, tidak sempurna dari segalanya tapi saya cuba jadi yang terbaik.


20 tahun penuh liku kita lalui. Ada masam ada manis. Ada suka ada duka. 


Terima kasih Abang kerana selalu layan saya seperti princess. Walaupun kadang Abang nyampah (saya tahu) tapi Abang tetap layan saya. 


Jangan cuba buat saya gembira tapi cuba buat kita semua bersama gembira dan bahagia sehingga kita akan bersama-sama di alam abadi.


Doa saya moga kita kekal berkasih sayang. 


20 tahun ... 40 tahun ... 80 tahun ... forever insyaAllah


Terima kasih Abang kerana merealisasikan impian honeymoon saya walaupun terpaksa menunggu hingga 20 tahun. Manisnya sampai mati saya kenang. Indahnya rasa macam di syurga.    

Happy Annivesary Love,
4.3.2000 - 4.3.2020 💓

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment